Ujian Itu Hanya Untuk Orang Yang Kuat
Assalammualaikum waramatullaahi wabarakatuh. Selamat menyambut bulan Ramadhan al mubarak kepada semua umat Islam dan selamat berpuasa. Awal bulan puasa baru-baru ni saya sempat berpuasa 5 hari saja. Puasa keenam suda ponteng bersebab ya. Saya mengalami sakit perut atas dan bawah yang teruk. Adalah lebih kurang 3 minggu. Tapi saya pendamkan sahaja. Sampailah satu tahap saya muhasabah diri harus ke hospital. So, saya pun driving merempuh road block sempena PKP 2020. Jammed yang teramat dari rumah sepatutnya hanya 10 minit ke hospital. Disebabkan oleh PKP tu sy sangkit agak lama. Saya khuatir sakit perut datang lagi. Tiba-tiba ada seorang pegawai polis ketuk tingkap kereta yang saya pandu. "Mau kemana cik" kata pegawai polis yang bertugas. "Saya mau p klinik" kata saya. "Lebih bagus simpang ke hospital terus, ok sila ikut laluan ni". Kata polis sambil menunjuk arah shortcut tu. Saya pun dengan rela ke hospital. Padahal ingin ke klinik saja.