Posts

Melepas 1 Projek

Assalammualaikum wbt.. Perasaan hancusss...satu projek terlepas..25usd..aiyooo InshaAllah 190euro ni macam mana pula... Ya Allah kuatkanlah hsmbaMu ini...amiin.. Terima kasih sama-sama mendoakan diri sendiri.

Let's join extra money

Klik ya Dan pastikan u all pun register utk earn extra income. Click disini

Let's Click ☺

Let's travel

Skim Latihan 1 Malaysia Sabah 2017 SL1M 2017

Image
Assalammualaikum wbt.. Hari ini saya akan update u ols tentang aktiviti hari ini. Saya dan kakak mengisi masa lapang dengan datang ke UMS Kota Kinabalu sebab hari ini ada program SL1M 2017. Sangat crowded dan kawasan yang dipilih sangat tidak sesuai. SEMPIT. Bayangkan macamana orang nak cari keja kalo jarak booth bersentuhan bahu ke bahu... sangat sempit... tak selesa.. sempat jumpa kawan sekolah tadi kesian pening sebab tempat kecil namun crowded. Ini antara gambar yang saya dapat kongsi dengan u ols suasana sempit dan tidak selesa tempat yang dipilih. Ada yang duduk di kerusi tunggu keadaan cool... ada yang fotokopi sijil... Peluang kerja saya kira ok namun Sabah Forest Industry (SFI) & MDEC (e-rezeki) terbaik setakat ini. hehe.. Tadi ada artis AF Firman..saya tidak kenal namun bolehlah..beliau dapat menghiburkan kami yang boring..haha Sekian laporan utk SL1M 2017 Kota Kinabalu Sabah. Susa nak bagi rating.. ^^

Ujian Tanda Kasih Sayang Allah SWT

Image

HATI-HATI BUKU USRAH MENGANDUNGI FAHAMAN YANG MEROSAKKAN AKIDAH (SIRI 1)

HATI-HATI... BUKU USRAH MENGANDUNGI FAHAMAN YANG MEROSAKKAN AKIDAH (SIRI 1) Disslin dari Facebook Ustaz Yunan A Samad Telah sampai kepada kami beberapa buku usrah yang telah disebarkan dalam sekolah-sekolah agama di Kelantan dan kami terkejut dengan beberapa maklumat yang terdapat di dalamnya. Lebih mengejutkan kami ia adalah terbitan Yayasan Islam Kelantan (YIK), namun apa yang boleh dibuat rumusan daripadanya secara insaf, ada kebarangkalian ia berpunca dari tangan-tangan ghaib yang mempergunakan nama YIK untuk memasukkan pemikiran-pemikiran seperti ini ke dalam masyarakat di Kelantan terutamanya kepada guru, remaja dan pelajar sekolah sekali gus merosakkan fahaman agama mereka dari terus berpegang dengan pegangan Ahlus Sunnah Wal Jamaah. Di dalam buku usrah yang berjudul _Manhaj Qurani (MQ)_,bilangan ke 4, terbitan Yayasan Islam Kelantan (YIK), hlm. 35 ketika menyebutkan bagaimana ciri-ciri prinsip gerakan Islam dengan menyatakan sebagaimana berikut: _“4. Gerakan Yang Syu...

Melawat Mahkamah Kota Kinabalu

Assalammualaikum wbt. Siang tadi saya dan 6 orang pelajar telah membuat lawatan tidak rasmi ke mahkamah Kota Kinabalu. Tujuan lawatan adalah memberi pendedahan kepada pelajar senario kes atau hukuman dijatuhkan kepada tertuduh. Diharapkan pelajar mengambil iktibar sepanjang beberapa perbicaraan siang tadi. Saya amati sepanjang lawatan tadi, kelompok yang paling ramai menanti di koridor tempat kami duduk adalah golongan tua. Saya simpulkan mungkin inilah raut wajah yang membesarkan anak-anak dari kecil sehingga dewasa namun apa yang mereka dapat? Hanya mendengar hukuman untuk anak mereka.. perasaan sedih saya bertambah-tambah apabila terlihat sekelompok manusia yang sudah selesai perbicaraan. Ceritanya begini:: Setelah hukuman dijatuhkan ibu bapa hanya sempat mengiringi anak tersayang yang bergari sampai ke lori polis. Si anak hanya mampu meraung " tolong selamatkan aku" namun harapan kedua ibu bapa ku kira lebih besar agar anaknya berubah namun tidak terluah hanya mampu ...