Posts

Chapter 2 (My Journey)

Assalammualaikum. Izinkan saya sambung bahagian 2 ya. Selepas sebulan sakit. Ingatkan sembuh sepenuhnya dan boleh beraktiviti seperti biasa. Malangnya sakit lain pula yang datang. Masa pertengahan Ogos tu ada 1 benjol di paha kanan sy. Mula2 benjolan tu kecil sahaja. Saiz kira2 kurang 1 inci. So sy kira bengkak biasa dan akan surut. Selepas beberapa hari benjolan makin ketara pula. Selepas makan ubat dari Dr, dia tak surut pula tapi besar. Selepas tu, saya datang lagi hospital. Untuk checking saiz. Makin besar lagi....😢 Minggu kedua memang sakit..makan pain killer baru boleh gerak sana sini. Kalau tak makan terlantar saja d katil. Hampir 15 hari saya bergantung dengan pain killer. Minggu ketiga. Saya masuk wad di HKB. Mula2 Dr cakap abcess sahaja. Tapi selepas buat Xray dan Scan tengok apa dlm paha saya ni tukar nama penyakit 😂😂.. Sepanjang d HKB, Dr bg drip i/v melalui saluran darah setiap: ✔Jam 6 am ✔Jam 12pm ✔Jam 6pm ...

Chapter 1 (My Journey)

Assalammualaikum wbt Mungkin berkongsi disini boleh membantu ramai orang tentang cara-cara berhadapan dengan penyakit yang saya hidapi sekarang. Paling tidak pun, just caring. 😊 Mungkin ada sedikit emosi dan kekeliruan sepanjang penceritaan ini. Almaklum lah saya semakin lupa dan confusion pun menjadi-jadi. Saya sakit sejak Ogos 2018. Kita kena percaya ya hidup didunia ni bukannya kita sahaja. Ada alam ghaib yang kita tidak nampak. Perkongsian saya ini sedikit sebanyak akan membuka banyak minda dan hati-hati dengan orang sekeliling. Waima pacik macik atau sepupu sepapat kita sendiri. Asal namanya hati, memang tidak akan puas dan cukup. Inshallah tawakal kepada Allah kita dipertemukan dengan orang-orang yang baik sahaja. Balik kepada sakit. Pada Ogos 2018 saya telah disihir oleh  "seseorang" yang saya kenali. Sangat di kenali. Tubuh diperlaku seperti patung. Bahagian kepala diikat tegak dan direjam dibahagian dada untuk menyukarkan pernafasan. Saya tidak ...

Risau

Assalammualaikum. Hurmmm ibu mana yang tidak sedih melihat anaknya balik2 masuk wad cucuk jarum sana sini. Ubat segala macam... Hebat dan besarnya jiwa seorang ibu! Ibu melahirkan.. Dgn hrpn ank sihat hingga penghujung usianya.. Namun siapalah kita utk menghukum takdir. Kita hanya perlu terima dgn hati yg terbuka. Berlapang dada yakni redho. Aturan Sang Pencipta lagi hebat drpd kehendak kita. Allah swt lagi mengetahui yg terbaik buat  hambaNya. Sy turut simpati dgn nasib mama yg terpaksa menjaga sy 24 jam tanpa henti. Ibu mana yg tidak risaukan apabila anak2 sakit.. Sy hanya berharap ia tidak mengambil masa yg lama..inshaAllah sy redho. 😊

Pilihan

Kadang-kadang tidak mudah untuk membuat keputusan. Jarang-jarang kita mendapat peluang yang terbaik. Andai peluang yang datang sekali saja ini terbaik untuk diri, rebutlah! Macamana mau pastikan itu terbaik? Solatlah istikharah. Usaha seseorang hamba itu tidak akan sia-sia. Percayalah. Kesilapan yang lalu jadikan iktibar dan pengajaran. Diri sudah cukup dewasa, apalagi yang kita cari selain terus menunaikan tanggungjawab sebagai khalifah. Jangan kejar dunia..jangan pandang kisah silam..jangan banding kehidupan dgn yg lain..dia tidak merasa apa yang kita rasa. Kurangkan pergaulan...muhasabah diri.. Kawan yg baik akan sentiasa menasihati..kawan yg jahat akan sentiasa meracun diri. Kenali dengan siapa kita berteman! Cukuplah rasa kesepian. Jiwa yang kosong perlu diisi..bukan dengan manusia. Tetapi dengan cinta Allah. Sedarkah kita hidup ni sangat singkat? Bila2 saja kita akan dijemputNya. Isilah jiwa yang kosong dengan ISTIGHFAR. Menyesal dgn apa yg berlaku. Inshallah..Ad...

Aku Hanya Berhati-hati

Assalammualaikum wbt. Posting kali ni tiada kaitan dgn sakit yg sy alami. Lari sedikit la k! Aku juga hamba Allah yg tidak punya apa2. Andai Allah SWT mengizinkan dia imamku..aku redo. Cuma sedikit terkilan dan saya bingung dgn erti ikhlas yang sebenar. Aku bukan menidakkan perasaan yg sama kami alami, cuma aku rasa hanya perlu lebih berhati-hati. Kadang kita suka seseorg tp Allah takdirkan dia bukan milik kita. Kerna Allah telah mengaturkan seseorg yg lebih baik dari dia utk jd imam. Namun, demi Lillahitaala...andai jodoh kami kuat, inshallah dipermudahkan segala urusan. Allah sebaik2 perancang.

Ibu segala-galanya

Assalammualaikum wbt.. Kali ini saya ingin kongsi pasal kasih sayang ibu. Sebenarnya yang masih ada ibu tu beruntung kerana dari dunia hingga akhirat didoakan ibu setiap hari tanpa jemu. Saya sangat bersyukur dan bertuah dikurniakan seorang ibu yang penyabar, penyayang dan sangat mencintai anak-anaknya. Tanpa ibu siapalah kita. Ibu saya sangat menyayangi dan memberi tumpuan bukan sj kpd sy tp utk semua adik bradik yg lain.. sejak sy kerap kali sakit pada ogos 2018 sehingga kini ibu masih di sisi memberi kekuatan dan kasih syg. Keluar dan masuk hospital ibu ada... Rawatan sana sini ibu ada... Temu janji pakar sekian hari, ibu ada.. Ya Allah Engkau Maha Melihat Engkau Maha Besar Engkau Maha Mendengar Engkau Maha Mengetahui Engkau Maha Merasai Engkau Maha Penyayang.. Engkau memerintah sekalian alam Ya Allah.. Aku hambaMu yang hina dina lagi kecil penuh dosa memohon kesihatan, kesejahteraan, ketenangan, kekuatan, keceriaan, hidayah, keberkatan dan rahmatMu untuk ibuku Ya Al...

Mampu sujud 2 hari

Assalammualaikum.. Syukur kehadrat Allah swt kerana kesihatan sehingga hari ini. Syukur alhamdulillah akhirnya suda 2 hari sy dpt solat berdiri dgn sempurnsa Ya Allah... Ya Allah, betapa nikmatnya dapat sujud menyembah dan menyerah diri kpd Mu Ya Allah..😢😢 Hanya engkau yang mengetahuinya Ya Allah... Terima kasih Ya Allah d atas nikmat sihat selama 2 hari yg Engkau pinjamkan ini. Berbanding sebelum2 ini...2 minggu solat baring....2 bulan solat duduk..😊 Setelah " Berbanding sebelum ini...2 minggu solat baring....2 bulan solat duduk.. " dpt jg solat berdiri..syukran Ya Allah. Allahuakbar. Moga2 Engkau Ya Allah terus kekalkan aku agar sentiasa istiqomah dan redha dgn sesuatu ujian yg Engkau beri Ya Allah. Benarlah Rasa gembira milik Allah, Rasa duka milik Allah, Rasa sakit milik Allah, Siapalah kita untuk menyangka punya usia yang  panjang dan kekal sihat. Wallahualam.