Monday, September 19, 2011

Sejarah Perang Di Kota Belud Part 2


Assalammualaikum wbt,


Hai, jumpa lagi..jum kita sambung sejarah perang di Kota Belud siri kedua..Tempoari hanya pengenalan. Sekarang kita masuk kedalam sikit. Sejarah pertama yang di ambil ialah dari kisah Pahlawan Embo Ali @ Sharif Ali. Tahukah kawan2, perang di Kota Belud yang pertama ialah Perang Pandasan 1915. Sudah beratus tahun yang lalu...~ Dalam Perang Pandasan, ada beberapa tokoh penting yang terlibat. Tetapi yang paling menonjol ialah Embo Ali. 


Dikatakn Embo Ali ini bertarung bukan dengan pedang atau senjata tajam yang berlaku seperti pahlawan dahulu. Sekarang ini mcm2 nuklear ada. Seperti di Korea Utara dan Korea Selatan. Tidak pernah aman..!! Even ada UNNP pun xda hasil...(xmau cakap banyak, nanti glamer pla blog sy ini..huehuehueh)..


Embo Ali sangat dikagumi, kononya dia berani berdepan dengan orang British. Sejarah yang penting ialah, sebagai anak Bajau Samah Kota Belud, perlu sentiasa memikirkan titik perjuagan Embo Ali. Dia berani mempertahankan hak dan kebebasan pribumi. Di Kota Belud, dialah Pahlawan. Kenapa saya cakap pahlawan ialah, dia berjuang dan menyerahkan hidup mati kepada Allah kerana agamanya. 


Kerana beliau kami di satu daerah "Kota Belud" berpadu sampai sekarang. InsyaAllah... Bersatu dahulu kala untuk menentang SBBU (Syaraikat Berpiagam Borneo Utara). Saya juga aktif mengikuti satu kumpulan di Facebook tentang bangsa ku ini. Di dalam FB itu, nama kumpulan yang saya join ialah "KBBS". Bukan KBS World, itu siaran drama Korea. Ini ialah Kumpulan Bertindak Bangsa Samah. Di dalam forum ini, ahlinya memang sangat agresif mengemukan idea, ada yang sampai tahap gaban marah..warghhh..tapi best. 


Ok, di FB ini, mereka sangat setuju dengan slogan Embo ALi iaitu (rahsia). Carilah sendiri kerana ia sangat sensitif. 


Disisini apa yang ingin saya kongsi ialah, perjuangan beliau dan semangat beliau. Beliau ialah antara yang pertama terkorban kerana sanggup mempertahankan bangsanya dan rasa bertanggungjawaban yang tinggi. 


Jika sekarang ini, ketua yang sembunyi, dan membiarkan rakyat menjadi mangsa. Kita lihat sahaja negara2 yang berperang sekarang. Mereka bukan la berperang, tetapi mereka diperangi oleh musuh ketua mereka sendiri. Cerita ini hanya perkongsian bersama, ini kerana saya sangat yakin masih banyak yang tidak tahu tentang perjuangan beliau. 


Harap janganlah pula blog saya ini dijadikan contoh atau testimoni untuk kegunaan atau kepentingan sendiri. Assalam.
Makam Embo Ali