Jenis-Jenis Kemahiran Berfikir
Hai kawan-kawan, cuba kita pakai otak kita berfikir?? apa yang kita dapat??Jum kita lihat kemahiran berfikir.. Jenis-Jenis Kemahiran Berfikir Apakah komponen utama kemahiran berfikir (KB)? 1. Komponen utama KBKK: Berfikir secara kritis, Berfikir secara kreatif. 2. Apakah kemahiran berfikir secara kritis? KB secara kritis ialah kecekapan dan keupayaan menggunakan minda untuk menilai kemunasabahan dan kewajaran sesuatu idea, meneliti kebernasan dan kelemahan sesuatu hujah, dan membuat pertimbangan yang wajar dengan menggunakan alasan dan bukti. 3. Apakah kemahiran berfikir secara kreatif? Kecekapan menggunakan minda untuk: menjana dan menghasilkan idea mencipta sesuatu yang baru, asli, luar biasa, pelbagai, dan bernilai sama ada bersifat maujud, abstrak, idea atau gagas...