Isteri Menyesal Seumur Hidup... - Kisah Pengajaran
Assalammualaikum wbt, ada kisah yg ingin dijadikan pengajaran kepada kita semua, samada yg suda menjadi isteri atau bakal menjadi isteri..tunggu den mang lama lg...huahuahuah.. "SAYA mahu berkongsi peristiwa yang masih mencengkam hidup walaupun ia sudah lama berlaku. Memang sukar untuk saya maafkan diri ini dan rasa bersalah sentiasa bermain difikiran apabila mengingatkan saat-saat itu. Saya dan suami adalah pasangan yang romantis malah menjadi perbualan rakan-rakan di pejabat. Walaupun sibuk dengan tugas harian, tangg ungjawab melayan suami dan menguruskan anak-anak, saya lakukan dengan sempurna. Suami memahami tannggungjawab di rumah dan sentiasa membantu menguruskan rumah tangga. Kami sering mengerjakan solat berjemaah dan saya gembira melihat hubungan dalamkeluarga saya. Walaupun sesibuk mana tugas di pejabat, tanggungjawab melayan suami dan anak-anak tidak pernah diabaikan. Saya bersyukur suami memahami saya dan sentiasa bertolak ansur. Ini menjadikan saya semakin sayang kepa...