Tiada tajuk Yang tepat Lagi (BAB 1)
" Awak Khadijah saya, dia Aisyah saya, kasih sayang saya tak sama antara awak berdua" perbualan tadi masih terngiang-ngiang di telinga Haliza atau nama sebenar Nur Halizaf Noor Mohamad. Walaupun perbualan di telefon berjam-jam lamanya tidak mungkin dapat mengubat hatinya yang luluh hanya kerana sebaris ayat yang keizinan darinya. 'Kalaulah aku bisa menarik semula kata-kata ku dua minggu yang lalu, tidak mungkin ini balasan ke atas penyesalan yang aku terima', bisik hatinya. Kasih sayang yang disalah ertikan oleh mereka yang tidak mengerti isi hatinya. Hati mana yang tidak luluh dan hancur perasaannya apabila buah hati yang di belai dengan kasih sayang dan penuh pengharapan bahawa dialah pendamping di syurga kelak mempunyai kasih hati yang lain. Keputusan Hasry bukan untuk meninggalkan Haliza, sama sekali tidak untuk menduakannya, tetapi perasaan kasihan dan simpati kepada Adreena putus tunang dan ingin mencari pengganti merawat hati di luar batasnya sebagai seorang ...