Tiada tajuk Yang tepat Lagi (BAB 1)

"Awak Khadijah saya, dia Aisyah saya, kasih sayang saya  tak sama antara awak berdua" perbualan tadi masih terngiang-ngiang di telinga Haliza atau nama sebenar Nur Halizaf Noor Mohamad. Walaupun perbualan di telefon berjam-jam lamanya tidak mungkin dapat mengubat hatinya yang luluh hanya kerana sebaris ayat yang keizinan darinya. 'Kalaulah aku bisa menarik semula kata-kata ku dua minggu yang lalu, tidak mungkin ini balasan ke atas penyesalan yang aku terima', bisik hatinya. 


Kasih sayang yang disalah ertikan oleh mereka yang tidak mengerti isi hatinya. Hati mana yang tidak luluh dan hancur perasaannya apabila buah hati yang di belai dengan kasih sayang dan penuh pengharapan bahawa dialah pendamping di syurga kelak mempunyai kasih hati yang lain. Keputusan Hasry bukan untuk meninggalkan Haliza, sama sekali tidak untuk menduakannya, tetapi perasaan kasihan dan simpati kepada Adreena putus tunang dan ingin mencari pengganti merawat hati di luar batasnya sebagai seorang hamba-Nya. 


Adreena yang menuntut diploma di UPM adalah seorang yang lemah lembut dan manis orangnya. Tidak rugi sang teruna memiliki dirinya. Kulit putih dan bertibuh kecil itu tidak kuat menanggung dugaan yang hebat dan sentiasa mencari teman untuk berkongsi perasaan. Wajarlah pada pandangan ku ia mencari kekasih baru bukan tempat berkongsi masalah. Haliza pula seorang pensyarah muda yang berjiwa kental, tidak mudah mengaku kalah dan tabah menerima dugaan hidupnya berkongsi kasih dengan Adreena. Perjalanan hidup Haliza penuh cabaran, bukan sahaja di tempat kerja malah di mana-mana dia berada. Benarlah apa yang dikata, Allah SWT tidak akan menuji hamba-Nya di luar kemampuannya. Hebat dugaan yang ditanggung oleh Haliza yang akhirnya menyebabkan dia sentiasa diburu rasa kesal yang amat mendalam. Ingin sekali dirinya menarik segala kata-kata 2 minggu yang lepas tetapi apakan daya, inilah yang tertulis takdir untuk dirinya. 


Engkau Maha Esa Ya Allah bisik hatinya, saban hari menangis, air mata pula seperti jenuh membasahi kulitnya yang mulus itu. 


"Awak sayang saya?" Persoalan yang sering dilempar kepada Hasry. 


Dengan tenang Hasry menjawab "saya sayang awak lebih dari Adreena, sudahlah sayang jangan tanya lagi awak Khadijah saya, bagaimana Rasulullah menyayangi Khadijah begitulah besarnya kasih dan sayang saya terhadap awak". Jenuh Hasry menjawab dan menerangkan semua soalan dari Haliza. Sungguh Hasry selalu dapat menyakinkan dan menenangkan gelodak perasaan Haliza pada ketika itu. Hasry seorang yang kuat agama, di tempat kerjanya dia sangat dihormati dan disegani. Dia mampu membaca perwatakan dan pembawaan seseorang tanpa mengenali akan dirinya.  


"Kalau awak sayang saya kenapa awak boleh terima dia?" Balas Haliza lagi.


"Awak yang izinkan saya untuk menerimanya, saya tak pernah merayu dari awak apa lagi memaksa awak menerima dia. Awak menyesalkah sayang?" balas Hasry pula.


"Tidak...tetapi" balas Haliza lalu membiarkan ayatnya sampai disitu sahaja. Tetapi di dalam hatinya, hanya Allah SWT yang tahu, seperti di hiris hati dan perasaannya. 


Sementara menunggu kelas bermula, Haliza seperti biasa akan menyebut nama pelajarnya seorang demi seorang. Ini sudah menjadi kebiasaannya supaya kedatangan pelajar dapat di rekod dengan baik. 'Kalau awak sayang saya kenapa awk terima dia? Kenapa Hasry, apa kurangnya diri saya?' Tiba-tiba Haliza meluru laju ke tandas dengan linangan air mata. Tanpa di sedari air mata itu menitis membasahi pipinya'. 


'Aku akui aku sibuk tetapi aku tidak pernah melupakanmu, kasih dan sayang ku hanya untukmu Hasry' bisik hati kecilnya lagi. Air mata terus membasahi pipi. 
'Mana janji mu sayang? Bukankah apabila sudah ikrar cinta dilafaz dialah satu-satunya bertakhta di hatimu, mengapa kau tega menerima cintanya sayang, kenapa?' Terdengar esak tangis Haliza oleh sahabat baiknya, Siti dan Ika.


'Aku mesti tabah aku kuat tetapi perasaan ku seperti tidak kuat pada ketika ini, kalaulah kau bisa ada seperti selalu mengesat air mataku, Ya Allah hebatnya dugaan Mu. Aku tidak berdaya Ya Allah....' Segala rahasia Haliza dikongsi bersama dengan Siti dan Ika.


Siti dan Ika lah yang sentiasa memberi dorongan dan nasihat supaya sahabat mereka itu kuat mengharungi hidupnya.


Lagu Aishiteru terngiang-ngiang di telinga dan seperti berzikir Haliza dibuatnya. 'Walau jasad kita terpisah jauh, namun hati kita selalu dekat...' Inilah salah satu tema lagu pasangan kekasih ini. 


Seperti pasangan rumahtangga yang lain, isteri mana yang ingin dimadu kasih oleh sang suami. Inikan pula pasangan yang belum bernikah. Peringkat pertama sahaja sudah menunjukkan kesetiaan yang belah bagi, apalagi di alam perkahwinan kelak. Dimanakah letaknya setia?


"Yang, Cik Haliza sungguh ke menerima saya?'' Persoalan dari pihak yang lain pula.


"Awak dah banyak kali saya cakap, Haliza sudah memberi izin supaya saya akan terus menjaga dan mencintai awak berdua" Balas Hasry pula. 


Yang ada diperasaan Hasry pada ketika itu hanya satu kerisauan 'Ya Allah, kuatkanlah hati Haliza, Engkau Maha Tahu Ya Allah, aku tidak tergamak menduakan dirinya, perasaan cintaku tulus dan hanya dia yang layak mengisi ruang dihati ini, aku hambaMu yang tidak tahu, mengapa dia sanggup menerima Adreena, betapa mulia diri dan hatinya Ya Allah, Engkau Ampunkanlah Segala Dosanya. Amin Ya Rabb'.


" Mulia sungguh hati Cik Haliza kan yang, saya suka dan bertambah sayang dengan Cik haliza tu" balas Adreena dengan wajah penuh keceriaan.


Hasry hanya mengangguk lemah dan secalit senyum dibibir tidak dilupakan. Sungguh mulia hatimu sayang', bisik Hasry khas untuk Haliza. 


"Sayaaang, awak kena janji jangan sia-siakan kita tau" Rayu Adreena dengan manja. 


Kalaulah Haliza ada mendengar bait-bait ayat Adreena ini, remuk dihatinya tiada siapa yang tahu.


"Ya, saya akan cuba berlaku adil, sayang saya pada awak berdua sangat berbeda, saya mesti sentiasa mengutamakan Haliza, harap sayang faham situasi kita ya" Balas Hasry supaya hati Adreena tidak lagi terluka seperti dahulu dan lebih jelas lagi menjaga maruah kedua-dua kekasihnya itu.


Siang malam Hasry berdoa agar kedua-duanya diberi kekuatan dan sentiasa berdoa untuk Adreena agar sihat dan mendoakan agar dia bertemu yang lebih sesuai untuk dirinya.


***seterusnya bab kedua...episod akan datang***

Comments

Popular posts from this blog

Ikhlas Tu Macamana?

Renungan ku renungan mu jua..siri 2

Ujian Itu Hanya Untuk Orang Yang Kuat