Pekan Kecil
Kelmarin aku berjalan-jalan menyusuri lorong yang berlopak. Kadang-kadang aku berasa pelik dengan orang disekililing aku. mereka memandang aku seperti aku ini orang luar. Mungkinkah kerana aku nampak lain sedikit dari mereka? Ku kira aku pun sama macam mereka..Aku mixblood mereka pun apa kurangnya..memang tidak dinafikan, rata-rata penduduk di daerah tempat asal ku ini hasil dari khawin campur. Ibu bapa mereka berasal dari pelbagai 'races'. Seperti aku juga, mereka pun sama. hanya kaum kami yang membezakan kami. Kadang-kadang aku perhatikan kaum-kaum di di sini suka senyum. Aku senang kerana orang di tempat ku suka senyum, mesra dan manis senyumannya, bangga sekiranya ada pelancong luar datang. Aku berasal dari suku kaum "Bajau+Dusun". Mama ku pure "Bajau" manakala papa ku "Dusun". Kedua-duanya berasal dari daerah yang berbeza tapi di bawah satu negeri, iaitu Negeri di Bawah Bayu. Mama berasal dari daerah Kota Belud, manakala papa ku berasal dari d...