Santai di rumah sebab PKP (Covid 19 dan Sihir 2/2)
Assalammualaikum semua..salam subuh pejuang-prjyang Islam 😊... Sorry bahagian 2 ada delayed sedikit. Ok. Masa ust datang malam tu. Ust start dengan soalan-soalan, selepas tu dia pun rukyah dengan ayat-ayat quran yang memang kita familiar (saya selalu juga baca Quran jadi sedarlah surah-surah yang dibaca) 😉 Selepas lebih kurang 15 minit begitu, ustaz pun mula merawat bahagian yang sakit..ust pakai ilmu batin dalam merawat. Saya tengok saja. Semua keluarga pun tengok..kiranya depan semua orang lah gituw..😊 Ust tanya pinggang mana yang sakit..saya cakap kiri. Semua anggota sebelah kiri saya memang sakit. 😢 Ust seperti mencabut sesuatu sahaja. Tangannya tu seperti mencabut-cabut sesuatu yang ada d pinggang kanan dan kiri dan di tulang belakang saya. Mama saya cakap ust seperti mengumpul semuanya kemudian mencabutnya seperti merentap dengan kuat. Agak besar juga benda tu. Sebab jari jemari ust tak bersatu. Kanan dan kiri agak jauh antara satu sama lain. Selepas tu saya ...