Cintai orang yang sudah tidak ada
Assalammualaikum wbt.. Salam 8 asyawal 1438h. Topik hari ini sedikit sedih ya. Mencintai orang yang sudah tidak ada. Yang pasti orang yang sudah tidak ada memang perlu kita ingat sebab iya sudah kita kenal..tidak perlu untuk orang itu mengenali kita. Yang penting perasaan kita terhadapnya. Contoh cinta dan rindu kepada Rasulullah saw. Perasaan ini memang kita tidak boleh sangkal lagi. Kita semua memang rindu dan cinta kepada Rasul saw..ini saya sangat yakin. Namun kita juga boleh rindu dan kenang pada seseorang yang sudah tidak ada seperti ibu bapa, sahabat, kekasih, datuk, nenek dan sesiapa sahaja yang layak kita rindu.. ini yang ingin saya kongsi..perasaan itu sudah ada didalam diri kita sebagai insan. Allah swt sudah meminjamkan kita perasaan ini..air mata ini.. Alhamdulillah.. cuba fikir orang yang tidak dikurniaNya? Payah menangis apalagi bersedih. Allah menarik rahmatNya kepada kita yang tidak bersyukur. Ada orang yang tidak mengenal erti rindu sayang cinta apa lagi menangis...