Friday, April 4, 2014

Ikhlas Ketika Bekerja

Assalammualaikum,

Apakah yang dimaksudkan dengan ikhlas?

Dari segi bahasa: ikhlas bermakna bersih dari kotoran dan menjadikan sesuatu bersih tidak kotor. Maka orang yang ikhlas adalah orang yang menjadikan agamanya murni hanya untuk Allah saja dengan menyembah-Nya dan tidak menyekutukan dengan yang lain dan tidak riya dalam beramal.

Manakala dari segi istilah: ikhlas bererti niat mengharap redha Allah saja dalam beramal tanpa menyekutukan-Nya dengan yang lain. Memurnikan niatnya dari kotoran yang tidak bagus.
Kunci ikhlas adalah orang yang ikhlas dalam hidupan hariannya akan sentiasa berasa senang dan tenang. Oleh itu cuba belajar menjadi seseorang yang ikhlas. Tenang ka tidak hari-hari anda? 
SANGAT TENANG BUKAN?

Pernah dengarkah Sabda Rasullah ini: “Ikhlaslah dalam beragama; cukup nagimu amal yang sedikit”. Rasulullah saw. bersabda, “Sesungguhnya Allah tidak menerima amal kecuali dilakukan dengan ikhlas dan mengharap ridha-Nya.”

Kerja di pejabat apabila sudah ditugaskan hendaklah ikhlas melakukannya. Kerana setiap bulan kita menerima imbuhan dari setiap yang kita lakukan iaitu GAJI. Yang kita bagi kepada kedua ibubapa kita, yang kita beri kepada anak isteri kita makan, yang kita gunakan untuk membayar rumah tempat berteduh, kereta sebagai kendaraan ke pejabat dan sebagai makan dan minum kita. Jika tidak ikhlas bekerja dan sering merungut bagaimana kita hendak menerima gaji dan apatah lagi membelanjankannya? Tidak MALUkah untuk menerima semua pemberian ini? Kerja di pejabat tidak pernah memudaratkan apatah lagi  mencelakakan diri sediri. Maka ikhlaskanlah bekerja. Jangan harapkan sanjungan ke atas sumbangan yang sedikit anda itu. Sama-samalah kita sentiasa muhasabah diri sendiri. Sekadar peringatan kepada diri sendiri dan anda yang membaca. 

Assalammualaikum.