Apa Kau Rasa?
Assalammualaikum wbt. Bukan ingin berkongsi tentang hati hitam. Cuma ingin memberi teguran kepada insan-insan yang walau dimana jua anda berada. Saya pasti kita semua pernah mendengar pepatah ini "what u give u get back" maknanya apa yang kita beri kita dapat semula. Direct translation 😅. Selepas melalui beberapa tempoh memeritkan dalam bidang pemasaran ini saya rasa sangat tercabar dengan irang-orang sekeliling. #Ada yang positif ada yang negatif. #Ada yang membantu ada yang memerli #Ada yang sekadar berkata2 namun habuk pun tiada #Ada yang ringan tulang dan sangat mengharukan #Ada yang setia ada yang tidak Inilah lumrah pelbagai "makhluk" di dunia ini. Kenapa saya cakap makhluk sebab kita semua ciptaan Allah SWT oleh itu tidak ada yang boleh membinasakan yang lain tanpa izinNya. Sedikit iktibar di mana kita perlu mencari kekuatan sepanjang menjalankan kerja adalah berbisik2 dengan Allah SWT. Allah SWT maha mendengar. Apabila cubaan datang ...