Monday, July 17, 2017

Melawat Mahkamah Kota Kinabalu

Assalammualaikum wbt.

Siang tadi saya dan 6 orang pelajar telah membuat lawatan tidak rasmi ke mahkamah Kota Kinabalu. Tujuan lawatan adalah memberi pendedahan kepada pelajar senario kes atau hukuman dijatuhkan kepada tertuduh.

Diharapkan pelajar mengambil iktibar sepanjang beberapa perbicaraan siang tadi.

Saya amati sepanjang lawatan tadi, kelompok yang paling ramai menanti di koridor tempat kami duduk adalah golongan tua. Saya simpulkan mungkin inilah raut wajah yang membesarkan anak-anak dari kecil sehingga dewasa namun apa yang mereka dapat? Hanya mendengar hukuman untuk anak mereka.. perasaan sedih saya bertambah-tambah apabila terlihat sekelompok manusia yang sudah selesai perbicaraan.

Ceritanya begini:: Setelah hukuman dijatuhkan ibu bapa hanya sempat mengiringi anak tersayang yang bergari sampai ke lori polis. Si anak hanya mampu meraung "tolong selamatkan aku" namun harapan kedua ibu bapa ku kira lebih besar agar anaknya berubah namun tidak terluah hanya mampu membisikkan "anakku..anakku".. sungguhpun mereka bukan saudara ku namun perasaan hancur lagi kecewa ibu bapa itu tidak dapat disembunyikan.

Berbanggalah kita yang masih punya ibu bapa ini. Lihat sahaja dipintu mahkanah pun mereka sanggup berdiri malah mendoakan si anak inikan pula yang ada di depan mata.
Kita yang sihat ini perlulah sering memberi hadiah iaitu Al-Fatihah pagi dan petang kepada keduanya agar hidup kita lebih tenang tenteram dan diluaskan rezeki.