Posts

Showing posts from January 7, 2018

Berhati-hati dengan Microsleep

Microsleep boleh membawa bahaya! Ini kerana seseorang ada isu "hutang" masa tidur. Tidur yang tidak cukup atau tidak berkualiti akan menyebabkan fungsi otak kita lemah dan tidak produktif. Microsleep kadang-kadang berlaku dalam 10-15 saat. Manakala boleh mencapai 30 saat. Ini sangat bahaya sekiranya masa tu kita sedang memandu. Kebergantungan kepada kafein atau muzik yang kuat tetap tidak membantu. Kita hendaklah cukupkan waktu tidur tu.. Contoh: kanak-kanak 8-9 jam masa tidur; 7-8 jam masa tidur pula untuk dewasa. Sekiranya masa tidur tidak cukup kita akan terlelap di mana-mana sahaja. Kemudian, cara mengatasi untuk jangka pendek ialah minum air suam dan usahakan tidur 10 minit untuk mencukupkan jam tidur. Oleh itu, sesibuk manapun kita tidur jangan lupa. Rehat tu mesti cukup. Sedangkan mesin pun kita rehatkan semalaman daripada berterusan panas inikan pula fungsi tubuh manusia.