BEKERJA DAN BELAJAR
Ini hanyalah pandangan peribadi saya selama ini. sekiranya anda tidak bersetuju sila komen dan utarakan sahaja pendapat anda. Zaman sekarang kemudahan melanjutkan pengajian ke peringkat lebih tinggi ada di mana-mana. Terpulang kepada adik-adik mendaftar program yang diminati. Namun terdapat juga para adik zaman sekarang tidak minat belajar. Mereka minat mengumpul wang. Mengumpul wang di zaman muda tidak salah. Elders yang berpandangan jauh akan memberi nasihat yang mampu mengubah destinasi adik-adik namun semuanya terpulang kepada adik-adik. Wang yang dikumpul pada zaman muda kelebihannya ialah KEPUASAN. Ilmu yang telah ditinggalkan kerugiannya adalah pada MASA DEPAN. Saya tidak bersetuju jika kita andaikan orang tidak berpendidikan tidak akan maju, kerana orang-orang ini telah diberi kelebihan yang lain. Mereka bukan tidak berminat hendak sambung belajar tetapi ingin memberi peluang kepada adik beradik yang lain untuk belajar dan mereka akan meneruskan perlajanan hidup ...