BEKERJA DAN BELAJAR

Ini hanyalah pandangan peribadi saya selama ini. sekiranya anda tidak bersetuju sila komen dan utarakan sahaja pendapat anda.

Zaman sekarang kemudahan melanjutkan pengajian ke peringkat lebih tinggi ada di mana-mana. Terpulang kepada adik-adik mendaftar program yang diminati. Namun terdapat juga para adik zaman sekarang tidak minat belajar. Mereka minat mengumpul wang.

Mengumpul wang di zaman muda tidak salah. Elders yang berpandangan jauh akan memberi nasihat yang mampu mengubah destinasi adik-adik  namun semuanya terpulang kepada adik-adik.

Wang yang dikumpul pada zaman muda kelebihannya ialah KEPUASAN.
Ilmu yang telah ditinggalkan kerugiannya adalah pada MASA DEPAN.

Saya tidak bersetuju jika kita andaikan orang tidak berpendidikan tidak akan maju, kerana orang-orang ini telah diberi kelebihan yang lain. Mereka bukan tidak berminat hendak sambung belajar tetapi ingin memberi peluang kepada adik beradik yang lain untuk belajar dan mereka akan meneruskan perlajanan hidup mereka.

SPM atau bekerja? saudara, adik beradik, sepupu dan kawna-kawan sering bertanya apa yang THE BEST untuk mereka. Saya tidak berani memberi jawapan. Namun hanya berkongsi cerita sahaja dengan mereka.

Pertama
Jika bekerja, (maksudnya sudah mendapat tawaran kerja) maka UP TO YOU la. Kerana sekarang lepasan graduan Ijazah dan Diploma berlambak di pasaran. semuanya ingin mencari kerja dengan sijil yang diperolehi. Namun sampai bertahun-tahun menganggur.

Kedua
Jika belajar, at least mencuba nasib lah untuk mencapai cita-cita yang di idam selama ini. Namun still perlu belajar bersungguh-sungguh. Tidak memegang duit, malah LOAN lagi. Pelabuarn masa depan, mereka katakan. (sofy sikit bunyinya)

Ketiga
Sangat mustahil sekiranya lepasan SPM belajar dan bekerja. Saya percaya mereka masih belum mampu memikirkan PJJ dan PLK. Unless jika mereka, sudah 3 atau 4 tahun meninggalkan SPM. Itu tidak mustahil.

So, fikirlah sedalam-dalamnya, peluang hanya datang sekali, rebut peluang yang ada. Sekarang, kalau ingin belajar semula sudah ada PJJ dan PLK, tiada masalah sekiranya ingin bekerja dahulu. Dan sekiranya ingin belajar dulu, akan datang 3 / 4 tahun banyak juga organisasi kecil dan besar akan mencari anda bezanya mungkin tidak sesuai dengan kelayakan anda.

Sekian. Ini bukan berdasarkan survey atau kajian dari mana-mana, Ini hanya pendapat saya. Thanks.

Comments

Popular posts from this blog

Ikhlas Tu Macamana?

Renungan ku renungan mu jua..siri 2

Ujian Itu Hanya Untuk Orang Yang Kuat