KEUPAYAAN KOGNITIF KANAK-KANAK PADA TAHAP PRAOPERASI
Perkembangan cara berfikir yang berlainan dari masa bayi sampai usia dewasa meliputi tindakan dari bayi, pra operasi, operasi konkrit dan opersai formal. Proses-proses kompleks ini adalah asimilasi dan akomodasi, yang diatur oleh ekuilibrasi. Kanak-kanak selalu dirujuk sebagai seseorang yang belum dewasa yang mempunyai ciri-ciri tertentu. Tahap praoperasi kanak-kanak adalah berlaku pada umur dua dan enam tahun. Pada tahap keupayaan ini perkembangan bahasa merupakan salah satu tanda utama. Semasa peringkat praoperasi ini juga, kanak-kanak membuat peralihan dari simbol primitif kepada simbol-simbol dan tanda-tanda yang lebih canggih. Contohnya, kanak-kanak menggunakan kayu sebagai kereta. Pada tahap ini juga kanak-kanak belum lagi memahami logik konkrit yang mana keupayaan memanipulasi maklumat secara mental adalah sukar pada tahap ini. Satu perkara yang perlu diingatkan adalah, kanak-kanak ini adalah egosentrik. Mereka mempunyai kesulitan melihat perspektif orang lain dan sering ...