KEUPAYAAN KOGNITIF KANAK-KANAK PADA TAHAP PRAOPERASI

Perkembangan cara berfikir yang berlainan dari masa bayi sampai usia dewasa meliputi tindakan dari bayi, pra operasi, operasi konkrit dan opersai formal. Proses-proses kompleks ini adalah asimilasi dan akomodasi, yang diatur oleh ekuilibrasi. Kanak-kanak selalu dirujuk sebagai seseorang yang belum dewasa yang mempunyai ciri-ciri tertentu. Tahap praoperasi kanak-kanak adalah berlaku pada umur dua dan enam tahun.


Pada tahap keupayaan ini perkembangan bahasa merupakan salah satu tanda utama. Semasa peringkat praoperasi ini juga, kanak-kanak membuat peralihan dari simbol primitif kepada simbol-simbol dan tanda-tanda yang lebih canggih. Contohnya, kanak-kanak menggunakan kayu sebagai kereta. Pada tahap ini juga kanak-kanak belum lagi memahami logik konkrit yang mana keupayaan memanipulasi maklumat secara mental adalah sukar pada tahap ini. Satu perkara yang perlu diingatkan adalah, kanak-kanak ini adalah egosentrik. Mereka mempunyai kesulitan melihat perspektif orang lain dan sering tidak fleksibel dalam kepercayaan mereka.  Selain daripada itu, tahap praoperasi ini juga, kanak-kanak berasa sukar untuk memahami pandangan orang lain yang mungkin berbeza dengan pandangan mereka. Oleh itu, mereka tidak boleh membezakan angan-angan dan kenyataan. Mereka hanya boleh berfikir secara transaktif iaitu daripada contoh khusus kepada contoh yang khusus sahaja. Namun demikian, mereka tidak boleh berfikir secara induktif dan secara deduktif. Pada akhir peringkat ini, mereka mula berupaya memberi sebab untuk menyokong kepercayaan mereka boleh mengelaskan objek mengikut ciri-ciri tertentu dan memahami konsep pengabdian bilangan.     

Comments

Popular posts from this blog

OLIMPIK 2012 DI LONDON

Santai di rumah sebab PKP (Covid 19) (SIHIR 1/2)

PERSATUAN BOLA SEPAK MALAYSIA