SEDARKAH KITA?? WAHAI MUSLIMAH...
Sedarkah kita salah satu tanda-tanda kiamat sudah dekat ialah, ada kebanyakan wanita yang berpakaian tetapi seperti telanjang. Seperti yang diriwayatkan dari Abu Hurairah RA : “Di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah akan muncul pakaian-pakaian wanita dan apabila mereka memakainya keadaannya seperti telanjang”. Bukan sahaja, malah huru-hara dan peperangan yang semakin parah di dunia hari ini adalah bersumber dari jiwa manusia yang tidak didorong, dipandu dan disuburkan untuk cinta dan takut pada Allah. Kita yang umat di akhir zaman ini hati dan jiwa yang jahat boleh dan telah mencetuskan kekacauan yang berterusan. Kita lihat sahaja di Negara-negara saudara kita, rasa kasihan pula melihat mereka. Di tembak, di hina, di rejam, di caci, di bom sana sini, Ya Allah bantu la mereka, beri la kekuatan kepada mereka…Walau ilmu tinggi melangit, pengalaman berpuluh tahun, namun selama hati jahat, selama itulah manusia tidak akan dapat mendamaikan dunia ini. Hati ialah pokok...