SEDARKAH KITA?? WAHAI MUSLIMAH...

Sedarkah kita salah satu tanda-tanda kiamat sudah dekat ialah, ada kebanyakan wanita yang berpakaian tetapi seperti telanjang. Seperti yang diriwayatkan dari Abu Hurairah RA : “Di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah akan muncul pakaian-pakaian wanita dan apabila mereka memakainya keadaannya seperti telanjang”.

Bukan sahaja, malah huru-hara dan peperangan yang semakin parah di dunia hari ini adalah bersumber dari jiwa manusia yang tidak didorong, dipandu dan disuburkan untuk cinta dan takut pada Allah. Kita yang umat di akhir zaman ini hati dan jiwa yang jahat boleh dan telah  mencetuskan kekacauan yang berterusan. Kita lihat sahaja di Negara-negara saudara kita, rasa kasihan pula melihat mereka. Di tembak, di hina, di rejam, di caci, di bom sana sini, Ya Allah bantu la mereka, beri la kekuatan kepada mereka…Walau ilmu tinggi melangit, pengalaman berpuluh tahun, namun selama hati jahat, selama itulah manusia tidak akan dapat mendamaikan dunia ini. Hati ialah pokok pangkal bagaimana kita ini di lihat dan di nilai oleh orang sekeliling kita. Jika hati kita bersih maka bersih la diri kita jika kotor hati kita ini maka kotor la pemikiran dan segala perbuatan kita. Jaga la hati wahai muslimah.

Mari kita lihat agenda dan strategi syaitan menggoda dan menghasut kaum lemah yakni kaum wanita.

1)      Hijab di definisi kan kepada beberapa peringkat. Antara strategi syaitan itu, ia menciptakan beberapa jenis tdung yang boleh menarik minat dan cinta akan muslimah itu kepada tudung itu. Tudung yang dikatakan mampu menyembunyikan aurat seorang wanita, tetapi di salah tafsirkan oleh kita wanita. Tudung itu hanya sekadar menutup rambut. Tetapi tidak yang lain. DI katakana tudung itu biar labuh melepasi dada, tetapi di singkat lagi sehingga menampakkan gunung itu.

2)      Pakaian dengan fesyen yang pelbagai ragam. Baju sekarang ada pelbagai jenis. Ada juga yang transparent, ada juga ketat sana dan sini dan ada juga yang singkat. Apakah tujuan pakaian ini tercipta ??? Tidak syak lagi tujuannya hanya untuk menghasut kaum wanita untuk yang mudah kalah. Kita di nasihat kan agar tidak berpakaian menunjuk bentuk badan malah bukan sekadar menutupi badan, tetapi biarlah menjaga maruah kita. Diving ?? Perlukah kita berpakaian seperti itu ?? Tanya lah yang pakar. Allah SWT tidak melarang kita meneruskan aktiviti harian kita tetapi haruslah berwaspada. Seluruh isi lam melihat pakaian yang kita pakai. Pertunjukan-pertunjukan hanya menyesatkan kita. Allahualam. (sila beri tunjuk ajar kepada saya sekiranya point sy ada lemah dan kurang di mana)

3)      Hiasan yang berlebihan yang memaksa kita menayangkan apa asset yang kita ada. Maysallah, ini lagi satu fenomena yang berlaku sekarang ini. Berbagai-bagai

Jadi la kamu seperti Muti’ah. Kenal kah kita akan siapa Muti’ah itu??? Muti’ah ialah wanita pertama memasuki syurga Allah SWT. Mari kita baca beramai-ramai, setelah di datagi oleh Fatimah anak Rasullullah S.A.W. akan gerangan Muti’ah itu siapa.

Fatimah mengetuk pintu rumah Mutiah dan memberi salam. Wa’alaikumussalam! Siapa di luar? Terdengar jawapan lemah lembut dari dalam. Suara cerah dan merdu.

“Saya Fatimah, puteri Rasulullah”

“Alhamdulillah, alangkah bahagianya saya hari ini, Fatimah sudi berkunjung ke gubuk saya” terdengar kembali jawapan dari dalam. Kali ini nyata lebih gembira lagi makin dekat dengan pintu.

“Sendirian Fatimah?” Tanya Muti’ah

“Aku ditemani Hasan” Kata Fatimah

“Aduh, maaf ya” suara Muti’ah terdengar menyesal.

” Saya belum mendapat izin suami untuk menemui tamu lelaki” jawab Muti’ah

” Tapi Hasan masih kecil” jelas Fatimah

” Meskipun kecil, Hasan lelaki. Esok saja datang lagi, saya minta izin kepada suami,” sahut Mutiah tidak kurang kecewanya.

Esoknya Fatimah datang dengan membawa Husain sekali. Selepas memberi salam dan dijawap gembira, Mutiah berkata dari dalam.

“Datang dengan Hasan Fatimah? Suami saya sudah memberi izin”

“Ya dengan Hasan dan Husain ”

“Ha? Mengapa tidak beritahu dari kelmarin?”

“Yang dapat izin cuma Hasan. Husain belum. Saya terpaksa meminta izin dari suami” jawab Muti’ah.

Hanya esok harinya baru mereka disambut baik oleh Mutiah di rumahnya. Keadaan rumah itu sangat sederhana. Tidak ada satu pun perabot mewah. Namun semuanya teratur rapi membuat tetamu senang berada di rumah itu. Fatimah kagum melihat suasana yang menyenangkan itu. Sehingga Hasan dan Husain yang biasa di rumah orang, kali ini nampak asyik bermain.

“Maaf ya, saya tidak boleh menemani Fatimah duduk. Sebab saya sedang menyiapkan makanan untuk suami saya” kata Muti’ah sambil sibuk di dapur.

Hampir waktu tengahari, masakan itu sudah siap semuanya lalu diletakkan diatas talam. Mutiah mengambil rotan dan diletakkan di sebelah hidangan.

Fatimah bertanya kepada Mutiah “suamimu kerja di mana?”

“Di ladang” Jawab Muti’ah

“Sebagai pengembala?” soal Fatimah.

“Bukan. Bercucuk tanam” Jawab Muti’ah lagi.

“Tapi mengapa kau bawakan rotan juga?” tanya Fatimah.

“Rotan itu saya sediakan untuk keperluan lain. Kalau suami saya sedang makan , saya tanyakan apakah masakan saya sedap atau sebaliknya. Kalau suami saya jawab, “sedap”, takkan terjadi apa-apa.Jika tidak sedap, rotan itu saya berikan kepadanya agar dirotan punggung saya sebab ia tidak menyenangkan suami”.

“Atas kehendak suamimukah kau bawa rotan itu” tanya Fatimah.

“Oh, sama sekali tidak. Suami saya seorang yang penyayang. Ini semata-mata kehendak saya agar jangan sampai menjadi isteri derhaka kepada suami.”

Fatimah lantas meminta izin pulang. Dalam hati berkata, patut kalau Mutiah menjadi perempuan pertama masuk syurga, lantaran baktinya kepada suami begitu besar dan tulus. Fatimah sedar kenapa Muti’ah itu Rasulullah SAW katakana wanita pertama masuk syurga.

Oleh itu, apakah pengajaran yang kita dapat?? Sama-sama lah kita renung. Sekian dari saya. Sesungguhnya yang baik itu dari Allah SWT dan buruk itu datangnya dari saya..Amin.

Comments

Popular posts from this blog

Ikhlas Tu Macamana?

Renungan ku renungan mu jua..siri 2

Ujian Itu Hanya Untuk Orang Yang Kuat