Saturday, July 22, 2017

Skim Latihan 1 Malaysia Sabah 2017 SL1M 2017

Assalammualaikum wbt..

Hari ini saya akan update u ols tentang aktiviti hari ini.

Saya dan kakak mengisi masa lapang dengan datang ke UMS Kota Kinabalu sebab hari ini ada program SL1M 2017.

Sangat crowded dan kawasan yang dipilih sangat tidak sesuai. SEMPIT.

Bayangkan macamana orang nak cari keja kalo jarak booth bersentuhan bahu ke bahu... sangat sempit... tak selesa.. sempat jumpa kawan sekolah tadi kesian pening sebab tempat kecil namun crowded.

Ini antara gambar yang saya dapat kongsi dengan u ols suasana sempit dan tidak selesa tempat yang dipilih.

Ada yang duduk di kerusi tunggu keadaan cool... ada yang fotokopi sijil...

Peluang kerja saya kira ok namun Sabah Forest Industry (SFI) & MDEC (e-rezeki) terbaik setakat ini. hehe..

Tadi ada artis AF Firman..saya tidak kenal namun bolehlah..beliau dapat menghiburkan kami yang boring..haha

Sekian laporan utk SL1M 2017 Kota Kinabalu Sabah.

Susa nak bagi rating.. ^^

Wednesday, July 19, 2017

HATI-HATI BUKU USRAH MENGANDUNGI FAHAMAN YANG MEROSAKKAN AKIDAH (SIRI 1)

HATI-HATI...
BUKU USRAH MENGANDUNGI FAHAMAN YANG MEROSAKKAN AKIDAH (SIRI 1)

Disslin dari Facebook Ustaz Yunan A Samad

Telah sampai kepada kami beberapa buku usrah yang telah disebarkan dalam sekolah-sekolah agama di Kelantan dan kami terkejut dengan beberapa maklumat yang terdapat di dalamnya.

Lebih mengejutkan kami ia adalah terbitan Yayasan Islam Kelantan (YIK), namun apa yang boleh dibuat rumusan daripadanya secara insaf, ada kebarangkalian ia berpunca dari tangan-tangan ghaib yang mempergunakan nama YIK untuk memasukkan pemikiran-pemikiran seperti ini ke dalam masyarakat di Kelantan terutamanya kepada guru, remaja dan pelajar sekolah sekali gus merosakkan fahaman agama mereka dari terus berpegang dengan pegangan Ahlus Sunnah Wal Jamaah.

Di dalam buku usrah yang berjudul _Manhaj Qurani (MQ)_,bilangan ke 4, terbitan Yayasan Islam Kelantan (YIK), hlm. 35 ketika menyebutkan bagaimana ciri-ciri prinsip gerakan Islam dengan menyatakan sebagaimana berikut:

_“4. Gerakan Yang Syumul. Membawa erti gerakan Islam bukanlah dakwah yang hanya terbatas dalam usaha memperbaiki satu sudut sahaja dari sudut-sudut kehidupan manusia dengan tidak menghiraukan dari sudut-sudut yang lain. Ianya merupakan satu *GERAKAN SALAFIAH* kerana gerakan ini mengajak supaya umat Islam kembali kepada sumbernya yang suci iaitu al-Quran dan al-Sunnah. Gerakan ini juga merupakan gerakan sunniah [kononnya mereka ini Ahlus Sunnah Wal Jamaah] kerana ia berusaha untuk menghidupkan semula sunnah yang suci dalam kalangan anggotanya dan masyarakat”._intaha

Rujukan : Yayasan Islam Kelantan (YIK), _Manhaj Qurani (MQ)_, Percetakan Yayasan Islam Kelantan (YIK), tahun 2011, Kelantan, bilangan 4, hlm. 35.

*Ulasan:*

Pengistilahan “Gerakan Salafiyyah” banyak digunakan secara meluas oleh pemikir-pemikir wahhabi walaupun mereka bukanlah salaf dalam erti kata yang sebenar, dan sememangnya kebanyakan wahhabi pada hari ini segan menggunakan nama al-Wahhabiyyah kerana nama tersebut mempunyai sejarah hitam yang jelas di dalam kitab-kitab para ulama dengan bukti yang kukuh. Amat mengecewakan, jika benar yang dimaksudkan oleh penulis dengan “Gerakan Salafiyyah” ini adalah merujuk kepada gerakan pengikut Muhammad bin Abdul Wahhab dan pengikut ibn Taymiyyah yang ada pada hari ini kemudian menamakannya sebagai “gerakan sunniah”, maka ia adalah suatu perkara yang bahaya dan satu tindakan yang tidak bertanggungjawab. Apatah lagi menyifatkan gerakan wahhabiyah ini sebagai suatu gerakan yang syumul adalah suatu yang melucukan melihat kepada kesempitan dan kekalutan yang berlaku dalam dunia Islam disebabkan fitnah gerakan ini.

Walaupun begitu, ada kebarangkalian juga “Gerakan Salafiyyah” disebutkan oleh penulis betul-betul merujuk kepada Salafussoleh yang hidup pada tiga kurun yang pertama hijriah, tetapi kebarangkalian itu amat jauh apabila diteliti pada uslub bahasa dan struktur ayat yang digunakan serta isi kandungan buku usrah itu sendiri secara menyeluruhnya. Andaikata itulah maksudnya atau dengan kata lain jika penulis benar-benar merujuk kepada salafussoleh yang hidup pada tiga kurun yang pertama hijriyyah, sebaiknya digunakan istilah yang betul seperti “golongan salaf” atau “golongan salafussoleh” bukan “ Gerakan Salafiyyah”!!

Tambahan lagi, buku usrah _Manhaj Qurani_ ini terdapat di dalamnya beberapa perkara yang mengelirukan dan bercanggah dengan fahaman Ahlus Sunnah Wal Jamaah, serta selari pula dengan fahaman golongan al-Wahhabiyyah yang sudah tidak asing lagi pada hari ini.

*Penolakkan Terhadap Penakwilan Ayat Dan Hadith Mutasyabihat*

Hal ini dapat dibuktikan dengan apa yang terdapat di buku usrah tersebut, berjudul _Manhaj Qurani (MQ)_,bilangan ke 6, pada hlm. 29 ketika menyenaraikan *rukun baiah* dalam gerakan ini:

_“1.10 Mengenal Allah taala, mentauhidkannya dan membersihkannya adalah merupakan akidah islamiah yang paling tinggi. *Manakala ayat-ayat al-Quran dan al-Hadith yang berkaitan sifat-sifat Allah hendaklah diterima dengan tidak melakukan sebarang takwil* atau membekukan nas-nas tersebut”._intaha

Rujukan : Yayasan Islam Kelantan (YIK), _Manhaj Qurani (MQ)_, Percetakan Yayasan Islam Kelantan (YIK), tahun 2011, Kelantan, bilangan 6, hlm. 29.

Hal ini bermakna mereka yang bergerak dengan gerakan yang dimaksudkan oleh penulis ini hendaklah menolak sebarang manhaj atau metod pentakwilan _ijmali_ yang dilakukan oleh kebanyakkan ulama salaf dan takwilan _tafsili_ yang dilakukan oleh sebahagian kecil salaf yang lain dan khalaf secara umumnya. Jika begitu keadaannya, ini adalah saranan kepada berpegang dengan zahir ayat atau hadith yang mutasyabihat tanpa sebarang pentakwilan sebagaimana yang dilakukan oleh golongan al-Musyabbihah termasuk ibn Taymiyyah dan al-Wahhabiyyah pada hari ini, padahal ulama salaf dan khalaf bersepakat untuk tidak berpegang kepada zahir bagi ayat atau hadith yang mutasyabihat.

Persoalannya, bagaimana penolakkan pada pentakwilan ini boleh dijadikan sebagai rukun baiah bagi gerakan ini dan dijadikan buku usrah yang diterapkan di sekolah-sekolah?!! Bukankah ini membahayakan fahaman dan pegangan agama masyarakat?!

Kami berasa hairan bagaimana buku usrah ini yang kebiasaannya disandarkan kepada gerakan al-Ikhwan yang diasaskan oleh as-Syaikh Hasan al-Banna boleh diisi dengan maklumat seperti ini padahal as-Syaikh Hasan al-Banna sendiri jika diteliti di dalam persoalan akidah, beliau mendasarkan fahamannya berteraskan fahaman Ahlus Sunnah Wal Jamaah mengikut metod al-Imam Abu al-Hasan al-Asy^ari dan al-Imam Abu Mansur al-Maturidi.

Di dalam risalah _al-^Aqaid_, as-Syaikh Hasan al-Banna (w. 1949 R) menegaskan :

وإذا تقرر هذا فقد اتفق السلف والخلف على أصل التأويل ، وانحصر الخلاف بينهما في أن الخلف زادوا تحديد المعنى المراد حيثما ألجأتهم ضرورة التنزيه إلى ذلك حفظا لعقائد العوام من شبهة التشبيه ، وهو خلاف لا يستحق ضجة ولا إعناتا .اهـ

_Apabila telah tetap perkara ini, maka golongan salaf dan khalaf telah bersepakat dalam melakukan asal pentakwilan [terhadap nas-nas mutasyabihaat]. Perselisihan antara kedua-duanya (salaf dan khalaf) iaitu khalaf menambah ke atas asal pentakwilan tersebut dengan menentukan makna yang dikehendaki [dengan ayat dan hadith yang mutasyabihat tersebut] sekira-kira keterdesakkan dalam menyucikan Allah daripada sifat makhluk membawa mereka melakukan perkara tersebut [menentukan makna yang dikehendaki] demi menjaga akidah-akidah orang awam daripada syubhah atau penyelewengan tasybih (penyerupaan Allah dengan makhluk-Nya). Ia merupakan khilaf yang tidak perlu untuk digembar-gemburkan dan tidak perlu dirosakkan”_intaha

Rujukan : as-Syaikh Hasan al-Banna, _Majmu^ Rasail_,Percetakan al-Muassasah al-Islamiyyah, Beirut-Lubnan, hlm. 417.

as-Syaikh Hasan al-Banna dalam risalah _al-^Aqaid_ menyebutkan lagi :

وخلاصة هذا البحث أن السلف والخلف قد اتفقا على أن المراد غير الظاهر المتعارف بين الخلق، وهو تأويل في الجملة، واتفقا كذلك على أن كل تأويل يصطدم بالأصول الشرعية غير جائز، فانحصر الخلاف في تأويل الألفاظ بما يجوز في الشرع وهو هيّـن كما ترى، وأمر لجأ إليه بعض السلف أنفسهم.اهـ
 
_“*Kesimpulan dalam perbahasan ini bahawa golongan salaf dan khalaf bersepakat bahawa makna ayat mutasyabihat tidak diambil secara zahir* sebagaimana penggunaan makna yang biasa diguna oleh manusia [sebagaimana makna zahirnya]. Maka method ini sebenarnya adalah takwil secara umum (takwil Ijmali). Begitu juga kedua-dua mereka [salaf dan khalaf] bersepakat bahawa setiap takwilan yang bercanggah dengan usul-ushul syarak adalah sesuatu yang tidak harus [seperti duduk bersemayam, mengambil tempat, menetap dan lain-lain]. Maka khilaf [antara salaf dan khalaf] dalam pentakwilan lafaz-lafaz hanya terbatas pada makna yang diharuskan pada syarak dan ia adalah sesuatu yang amat mudah sebagaimana kamu dapat lihat. Perkara ini juga dilakukan oleh sebahagian ulama salaf itu sendiri”._intaha

Rujukan : as-Syaikh Hasan al-Banna, _Majmu^ Rasail_,Percetakan al-Muassasah al-Islamiyyah, Beirut-Lubnan, hlm.418.

Bahkan as-Syaikh Hasan al-Banna menolak dengan tegas golongan yang berpegang dengan zahir nas dan menamakan golongan yang berpegang dengan zahir nas ini sebagai al-Musyabbihah dan al-Mujassimah :

1 - فرقة أخذت بظواهرها كما هي , فنسبت لله وجوها كوجوه الخلق , و يدا أو أيديا كأيديهم , و ضحكا كضحكهم , وهكذا حتى فرضا الإله شيخا , و بعضهم فرضه شابا , وهؤلاء هم المجسمة و المشبهة , و ليسوا من الإسلام في شيء , و ليس لقولهم نصيب من الصحة , و يكفي في الرد عليهم , قول الله تبارك وتعالى : (لَيْسَ كَمِثْلِهِ شَيْءٌ وَهُوَ السَّمِيعُ الْبَصِيرُ) (الشورى:11) . وقوله تعالى : (قُلْ هُوَ اللهُ أَحَدٌ , اللهُ الصَّمَدُ , لَمْ يَلِدْ وَلَمْ يُولَدْ , وَلَمْ يَكُن لَّهُ كُفُوًا أَحَدٌ) الإخلاص.اهـ

_“Golongan pertama ialah golongan yang mengambil nas-nas secara zahirnya, lalu golongan ini menyandarkan kepada Allah taala dengan sifat al-wajah yang warid seperti muka mahkluk, sifat yad atau aidiy seperti tangan makhluk, sifat dhahik seperti ketawanya makhluk dan begitulah seterusnya hingga mereka itu ada yang mengatakan Allah taala seperti orang tua, ada antara mereka mengatakan Allah adalah seperti muda remaja. Mereka itu adalah kelompok al-Mujassimah dan al-Musyabbihah. Mereka itu bukan daripada Islam sama sekali. Pendapat mereka tidak benar atau tidak sahih sama sekali. Memadai menolak mereka ini dengan firman Allah taala dalam Surah Syura, ayat 11, yang mafhumnya :_

_“Allah taala tidak sama dengan makhluk-Nya dari semua sudut dan Dia Maha mendengar lagi maha melihat”_

_Dan firman Allah dalam surah al-Ikhlas, ayat 1-4, yang mafhumnya : “Katakanlah [wahai Muhammad], “Dialah Allah, Yang Maha Esa. Allah adalah Tuhan yang bergantung kepada-Nya segala sesuatu. Dia tidak melahirkan dan tidak pula dilahirkan; tidak pula ada sesuatu pun yang setara dengan-Nya.”_ intaha

Rujukan : as-Syaikh Hasan al-Banna, _Majmu^ Rasail_,Percetakan al-Muassasah al-Islamiyyah, Beirut-Lubnan, hlm.411-412.

As-Syaikh Zainul ^Abidin bin. Muhammad Al-Fathani dalam Kitab _^Aqidatun Najin Fi ^Ilmi Usuliddin_, hlm. 12, menyebutkan:

_“Telah berkata ulama : haram belajar Ilmu usuliddin daripada orang yang tiada mahir ilmunya dan tiada mengambil daripada gurunya. Maka, adalah pada zaman sekarang ini, beberapa daripada manusia yang mendakwa dirinya ^alim yang mengajar ia akan manusia yang awam dengan pengajaran yang menyesatkan hamba Allah. (Dan setengah) daripada mereka itu yang berpegang dengan ayat Al-Quran yang mutasyabihah atau Sunnah (hadith) yang mutasyabihah [mereka adalah golongan al-Wahhabiyyah]. Pada hal, tiada dilintangkan dengan “Qawati^ a^liah” (dalil akal yang putus) dan “Naqliah” yang muhkamat (ayat-ayat Al-Quran dan Hadith-hadith yang nyata), tetapi mengambil mereka itu dengan “Dzawahir” (makna-mana zahir) ayat mutasyabihaat. Maka, jadi jatuh mereka itu pada laut kufur. Maka, sesat mereka itu, dan lagi menyesatkan mereka itu akan manusia yang awam. A^uzubillahi minzalik...Maka, adalah mereka itu seperti dajjal atau terlebih jahat lagi daripada dajjal.”_intaha

Rujukan : As-Syaikh Zainul ^Abidin bin. Muhammad Al-Fathani, _^Aqidatun Najin Fi ^Ilmi Usuliddin_, Percetakan Mathba^ah ibn Halabi, Fatoni-Thailand,hlm.12.

Ini juga ditegaskan oleh ulama yang sebelum As-Syaikh Zainul ^Abidin bin. Muhammad Al-Fathani iaitu al-Imam Ahmad al-Rifa^i (w. 578 H) dalam kitabnya _al-Burhan Al-Muayyad_, menegaskan:

"صونوا عقائدكم من التمسك بظاهر ما تشابه من القرءان والسنة فإن ذلك من أصول الكفر “.اهـ

_“Peliharalah akidah kamu daripada berpegang kepada zahir ayat al-Quran dan al-Hadith yang mutasyabihat kerana perkara tersebut merupakan salah satu usul atau pokok kekufuran”._intaha 

Rujukan : al-Rifa^i, Ahmad bin ^Ali bin Thabit, _al-Burhan Al-Muayyad_,Percetakan Dar al-Kitab an-Nafis, Cet. 1, Tahun 1408 H, Beirut-Lubnan, hlm 14.

Syaikh Jamek al-Azhar, Syaikh Salim al-Bisyri (w. 1335 H) menyebutkan :

ومثل هذه يجاب عنها بأنها ظواهر ظنية لا تعارض الأدلة القطعية اليقينية الدالة على انتفاء المكان والجهة، فيجب تأويلها وحملها على محامل صحيحة لا تأباها الدلائل والنصوص الشرعية، إما تأويلاً إجمالياً بلا تعيين للمراد منها كما هو مذهب السلف، وإما تأويلاً تفصيلياً بتعيين محاملها وما يراد منها كما هو رأي الخلف.اهـ

_“Seperti ini [ayat dan hadith yang mutasyabihaat yang telah disebutkan sebelumnya] dijawab mengenainya bahawa ia adalah zawahir zanniyyah yang tidak bercanggah dengan dalil-dalil qath^ie yang bersifat yakin yang menunjukkan penafian tempat dan arah daripada Allah taala. Maka wajib ditakwilkannya (ayat dan hadith mutasyabihaat tersebut) dan menangungnya dengan makna sahih yang tidak dilarang ia oleh dalil-dalil dan nas-nas syarak, sama ada dengan pentakwilan secara ijmali tanpa menentukan makna yang dikehendaki dengannya sebagaimana yang dilakukan oleh mazhab salafussoleh, atau dengan pentakwilan tafsili dengan menentukan makna yang ditanggungnya dan makna yang dikehendaki dengan ayat-ayat tersebut sebagaimana yang dilakukan oleh khalaf...”_Intaha

Rujukan : Dinukilkan oleh al-Allamah al-Muhaddith as-Syaikh al-Qada^i al-^Azami as-Syafie, dalam kitabnya _Furqan al-Quran_,Percetakan Dar Ihya’ at-Turath al-Arabi, Beirut-Lubnan, hlm.75.

As-Syaikh Salim al-Bisyri menamakan golongan yang melakukan _tafwidh_ itu sebagai golongan yang mentakwilkan ayat dan hadith yang mutasyabihaat secara ijmali kerana mereka menafikan arah, tempat dan makna-makna atau sifat-sifat makhluk daripada Alllah taala (sebagaimana khalaf), cuma mereka tidak menentukan mana-mana makna yang dikehendaki daripadanya sahaja. Seterusnya beliau menamakan golongan khalaf sebagai golongan yang mentakwilkan dengan pentakwilan tafshili kerana mereka menafikan makna-makna atau sifat-sifat makhluk daripada Allah taala sepertimana salaf dan mereka  menambah daripada asal pentakwilan dengan menentukan makna yang dikehendaki dengannya.

Dalam Majalah al-Azhar, _Nur al-Islam_, sebuah majalah ilmiah yang menghimpunkan penulisan para masyaikh al-Azhar dengan semakan yang dilakukan oleh ketua semakan as-Syaikh Muhammmad al-Khadhir Husain yang merupakan ulama Azhar yang terkenal, berkata As-Syaikh Yusuf ad-Dijwi al-Mishri (w. 1365 H), salah seorang ulama besar di al-Azhar as-Syarif di Mesir (Member Of Supreme Council Of Al-Azhar):

ولا بد أن تكون قد عرفت أن السلف في آيات الصفات وأحاديث الصفات يفوضون بعد التنزيه، وأن الخلف يؤولون خوفا من التشبيه، فكلهم متفقون على التنزيه ، وإنما الفرق بينهما أن علماء الخلف يعينون المعنى المراد فيقولون مثلا في قوله تعالى ((يد الله فوق أيديهم)) : المراد باليد القدرة، والسلف يفوضون بعد التنزيه فيقولون : إننا ننزهه تعالى عن الجارحة ولا نعين شيئا خاصا من المعاني التنزيهية كما يفعل علماء الخلف. أما أولئك المتفيهقون الذين يعينون ويشبهون فهم مجسمون مشبهون يبرأ منهم السلف والخلف جميعا، فهم كراميون لا سلفيون ولا خلافيون

_ “Hendaklah kamu mengetahui tentang salaf berhubung ayat-ayat dan hadith-hadith yang berkaitan dengan sifat-sifat Allah taala bahawa mereka menyerahkan makna (yang dikehendaki dengannya) kepada Allah taala setelah mereka menyucikan-Nya daripada sifat makhluk, juga hendaklah diketahui bahawa khalaf pula mentakwilkannya (dengan menentukan makna yang dikehendaki dengannya) kerana bimbang berlaku penyerupaan Allah dengan makhluk-Nya. Justeru, semua mereka itu (Salaf dan Khalaf) sepakat dalam menyucikan Allah taala. Hanya beza antara kedua-duanya adalah ulama khalaf menentukan makna yang dikehendaki dengannya lalu mereka mengatakan misalnya berhubung firman Allah taala :_

((يد الله فوق أيديهم))

_Yang dimaksudkan dengan yad di sini adalah kekuasaan. Manakala golongan salaf pula mereka menyerahkan makna setelah mereka menyucikan Allah daripada sifat makhluk (takwil Ijmali). Lalu mereka mengatakan kami mensucikan Allah taala daripada anggota tangan dan kami tidak menentukan apa-apa daripada makna-makna yang menepati tanzih [penyucian Allah daripada sifat makhluk yang terkandung dalam kalimah yad] sebagaimana yang dilakukan oleh ulama khalaf. Adapun mereka yang angkuh itu (golongan al-Musyabbihah dan al-Wahhabiyyah) mereka menentukan makna [dengan makna anggota tangan, duduk bersemayam pada ayat istiwa dan lain-lain] dan mengumpamakan Allah dengan makhluk-Nya maka mereka adalah golongan mujassimah dan musyabbihah, para salaf dan khalaf berlepas diri daripada mereka itu semuanya. Maka mereka itu adalah pengikut Karramiyyun (Karramiyyah atau Karramiyyun merujuk kepada pengikut Muhammad ibn Karam yang merupakan ketua golongan musyabbihah dan mujassimah) bukan mereka itu pengikut salaf mahupun pengikut khalaf._intaha

Rujukan : Majalah al-Azhar, _Nur al-Islam_, Percetakan Mathba^ah al-Ma^ahid ad-Diniyyah al-Islamiyyah, diterbitkan pada Rabiul Akhir tahun 1350 H, Mesir, juzuk 4, j.2 hlm. 283.

Ayat dan hadith mutasyabihat hendaklah tidak diambil secara zahir itu adalah dengan ijmak atau kesepatan ulama. Al-Imam Al-Hafiz al-Faqih al-Lughawi An-Nawawi (w. 676 H) yang terkenal menyebutkan pendirian ijmak ulama di dalam kitabnya Syarh an-Nawawi ^Ala Sahih Muslim:

قَالَ الْقَاضِي عِيَاض : لَا خِلَاف بَيْن الْمُسْلِمِينَ قَاطِبَة فَقِيههمْ وَمُحَدِّثهمْ وَمُتَكَلِّمهمْ وَنُظَّارهمْ وَمُقَلِّدهمْ أَنَّ الظَّوَاهِر الْوَارِدَة بِذِكْرِ اللَّه تَعَالَى فِي السَّمَاء كَقَوْلِهِ تَعَالَى : { ءأَمِنْتُمْ مَنْ فِي السَّمَاء أَنْ يَخْسِف بِكُمْ الْأَرْض } وَنَحْوه لَيْسَتْ عَلَى ظَاهِرهَا ، بَلْ مُتَأَوَّلَة عِنْد جَمِيعهمْ.اهـ

_“Al-Qadhi ^Iyadh (al-Maliki) berkata: “Tiada khilaf dalam kalangan umat Islam keseluruhannya (ijmak) ; termasuk para fuqaha’, ahli hadith, ulama mutakallim, ulama yang berijtihad mahupun yang bertaqlid bahawa ayat-ayat yang zahir yang warid pada menyebut  (اللَّه تَعَالَى فِي السَّمَاء)  seperti firman Allah Ta’ala :_

ءأَمِنْتُمْ مَنْ فِي السَّمَاءِ أَنْ يَخْسِفَ بِكُمُ الْأَرْضَ

_Dan yang seumpama dengan ayat ini tidak boleh dipegang secara zahirnya bahkan hendaklah ditakwilkannya pada sisi semua ulama”._intaha

Rujukan : Abu Zakariya Yahya bin Saraf bin al-Nawawi, Syarh an-Nawawi ^Ala Sahih Muslim, Percetakan Dar ihya’ al-Turath al-^Arabi, Cet.2, tahun 1392, Beirut-Lubnan,  j. 5, hlm. 25.

Hendaklah juga diperhatikan apa yang dinukilkan oleh Al-Mufassir al-Qurthubi di dalam kitabnya yang lain, _Sifaatullahi Taala Wama Warada Fiha Minal Aiy wal Ahadith_,daripada Syaikhnya yang bernama Abul ^Abbas Ahmad bin ^Umar al-Ansori (w. 656 H) bahawa beliau berkata :

لا خلاف بين المسلمين قاطبة محدِّثهم وفقيههم ومتكلِّمهم ومقلِّدهم ونظَّارهم أنَّ الظَّواهر الواردة بذكر الله تَعَالَى فِي السَّمَاء كَقَوْلِهِ : أَأَمِنْتُمْ مَنْ فِي السَّمَاءِ ليست على ظاهرها وإنها متأوّلة عند جميعهم.اهـ

_“Tiada khilaf dalam kalangan umat Islam keseluruhannya (IJMAK); termasuk para muhaddith, fuqaha, ulama mutakallim, golongan yang bertaqlid dan orang yang berijtihad bahawa ayat-ayat yang zahir yang warid pada menyebut  (الله تعالى فِي السَّمَاءِ)  seperti firman Allah Ta’ala ;_
ءأَمِنْتُمْ مَنْ فِي السَّمَاءِ

_Tidak boleh dipegang secara zahirnya bahkan hendaklah ditakwilkannya pada sisi semua ulama”._intaha

Rujukan : Al-Mufassir Muhammad bin Ahmad al-Qurthubi  dalam , _Sifaatullahi Taala Wama Warada Fiha Minal Aiy wal Ahadith_, Percetakan Darul Kutub al-^Ilmiah, Beirut-Lubnan hlm 153.

Walaubagaimanapun, kami melihat ada percanggahan yang ketara dilakukan oleh penulis dalam buku usrah ini terutamanya dalam isu pentakwilan, kerana dalam buku Usrah _Manhaj Qurani (MQ)_,bilangan 1,hlm. 35 pada bab ” Saya mestilah Muslim Dari Sudut Akidah” menyebutkan :

_”11. Saya mestilah berkeyakinan bahawa pendapat para salafussoleh lebih utama untuk diikuti supaya dapat menyelesaikan permasalahan yang berhubung dengan permasalahan takwil, pembekuan nas dan menyerahkan perkara-perkara seperti ini kepada ilmu dan pengetahuan Allah. Saya juga mestilah berkeyakinan bahawa pentakwilan yang dibuat oleh golongan khalaf yang datang kemudian tidak boleh dijadikan sebab kepada perselisihan yang berpanjangan antara golongan khalaf dan lainnya sama ada dahulu dan kini”_intaha

Penulis seolah-olah tidak memahami bahawa ulama salaf juga melakukan pentakwilan walaupun secara ijmali. Dalam masa yang sama penulis mengecam ulama khalaf yang melakukan takwilan dengan menyifatkan mereka sebagai pembawa ”perselisihan yang berpanjangan”. Padahal salaf dan khalaf bersepakat dalam tidak mengambil ayat dan hadith yang mutasyabihat secara zahir nas, berlawanan dengan pendirian golongan musyabbihah yang berpegang dengan zahir ayat dan hadith yang mutasyabihat.

Lihat percanggahan ini :

1. Penulis mengatakan : _*Manakala ayat-ayat al-Quran dan al-Hadith yang berkaitan sifat-sifat Allah hendaklah diterima dengan tidak melakukan sebarang takwil*_

2. Kemudian pada tempat yang lain penulis mengatakan : _“Pendapat para salafussoleh *lebih utama* untuk diikuti supaya dapat menyelesaikan permasalahan yang berhubung dengan permasalahan takwil”_. Berdasarkan kenyataan ini seolah-olah pada penulis salaf tidak pernah mentakwilkan walaupun takwilan secara ijmali dan ini adalah kesalahan yang bercanggah dengan nas-nas yang didapati daripada kalam para salaf seperti al-Bukhari, Ibn Abbas, Imam Ahmad bin Hanbal dan lain-lain yang melakukan takwilan terhadap ayat dan hadith yang mutasyabihat.

3. Seterusnya kita dapati penulis pada tempat yang lain telah meninggalkan kata-katanya sebelum ini yang menyarankan supaya tidak mentakwilkan ayat al-Quran dan al-Hadith yang mutasyabihat, penulis telah mentakwilkan firman Allah taala dalam Surah ar-Rahman, ayat 26-27 dengan pentakwilan secara tafshili :

كُلُّ مَنْ عَلَيْهَا فَانٍ وَيَبْقَى وَجْهُ رَبِّكَ ذُو الْجَلَالِ وَالْإِكْرَامِ

_“Semua yang ada di bumi itu akan binasa. *Dan kekal zat Tuhanmu* yang mempunyai kebesaran dan kemuliaan.” (Ar-Rahman : 26-27)”_intaha

Rujukan : Rujukan : Yayasan Islam Kelantan (YIK), _Manhaj Qurani (MQ)_, Percetakan Yayasan Islam Kelantan (YIK), tahun 2011, Kelantan, bilangan 3, hlm. 35.

Mentakwilkan al-Wajh yang terdapat dalam ayat tersebut dengan Zat Allah taala adalah termasuk dalam pentakwilan secara tafshili yang pernah dilakukan oleh sebahagian kecil salaf dan khalaf umumnya.

Ibn Abbas radhiAllahu Anhu telah mentakwilkan lafaz al-Wajh dalam firman Allah taala {وَيَبْقَى وَجْهُ رَبِّكَ ذُو الجَلَالِ وَالإِكْرَامِ} dengan Zat Allah.

Al-Qurthubi dalam Tafsirnya menyebutkan :

وقال ابن عباس: الوجه عبارة عنه كما قال: (ويبقى وجه ربك ذو الجلال والاكرام) وقال أبو المعالي: وأما الوجه فالمراد به عند معظم أئمتنا وجود الباري تعالى.اهـ

_"Ibn Abbas berkata : “al-Wajh” adalah ibarat merujuk kepada-Nya (zat Allah). Abu al-Ma^ali berkata : “Adapun al-Wajh maka yang dimaksudkan denganya di sisi kebanyakkan ulama kita adalah kewujudan Allah taala”_intaha

Rujukan : Al-Mufassir Muhammad bin Ahmad al-Qurthubi  dalam tafsirnya, _al-Jamek al-Ahkam al-Quran, Percetakan Darul Kutub al-Mishriyyah, cet. 2, tahun 1964 R/1384 H, al-Qaherah-Mesir, j.17, hlm 165.

*Pembahagian Tauhid Kepada Tiga Bahagian Terdapat Dalam Buku Usrah*

Dalam buku usrah yang berjudul _Manhaj Qurani (MQ)_,bilangan ke 3, pada hlm. 29 menyebutkan :

_“Tauhidullah terbahagi kepada tiga :_
1. Tauhid Rububiyyah : mempercayai Allah sebagai Rabb atau Pencipta dan berkuasa atas alam ini.
2. Tauhid Uluhiyyah : meyakini bahawa Allah sahaja yang memiliki sifat ketuhanan dan Dia sahaja yang layak disembah.
3.  Tauhid Asma’ Was- Sifat : meyakini bahawa Allah bersifat dengan sifat-sifat kesempurnaan dan maha suci daripada sifat kekurangan dan mempunyai 99 nama yang layak bagi-Nya”._intaha

Rujukan : Yayasan Islam Kelantan (YIK), _Manhaj Qurani (MQ)_, Percetakan Yayasan Islam Kelantan (YIK), tahun 2011, Kelantan, bilangan 3, hlm. 29.

*Ulasan*

Pembahagian tauhid yang bid^ah lagi palsu ini tidak pernah diketahui oleh para Salafus-Soleh. Sesiapa yang menyandarkan pembahagian ini kepada Salafus-Soleh, maka pasti dia adalah seorang yang bukan Ahlus Sunnah Wal Jamaah sebagaimana disebut dalam Resolusi seminar PIPK II, APIUM, Universiti Malaya (20-22 JULAI 2010).

Meskipun seseorang itu meletihkan dirinya sepanjang masa, dia tidak akan menjumpai pembahagian ini dalam ucapan para ulama seperti al-Imam al-Syafi^i dan selainnya dalam kalangan para ilmuan pada zaman Salafus-Soleh.

Pembahagian ini direka oleh Ibnu Taymiyyah al-Mujassim yang meninggal pada tahun 728 H. Ibn Taymiyyah bukanlah Salaf sama ada dari sudut masa mahupun dari sudut keyakinannya kerana dia mempunyai percanggahan yang amat ketara dengan para Salafus-Soleh sama ada pada perkara-perkara pokok agama begitu juga dalam perkara-perkara furuk agama. Dia adalah hamba yang tidak diberikan taufiq bahkan disesatkan oleh Allah taala sebagaimana keterangan Ibn Hajar al-Haitami al-Faqih dalam kitabnya al-Fatawa.

Dalam menangkis dakwaan adanya pembahagian tauhid ini, maka didatangkan hadith pertanyaan kubur yang diriwayatkan oleh Abu Dawud dan Ahmad:

"وَيَأْتِيهِ (أي المؤمن) مَلَكَانِ فَيُجْلِسَانِهِ فَيَقُولاَنِ لَهُ: مَنْ رَبُّكَ فَيَقُولُ: رَبِّيَ اللَّهُ"

_Mafhumnya: “Seseorang (yang beriman) itu akan didatangi oleh dua malaikat lalu kedua-duanya mendudukkan si mati. Kedua-dua malaikat tersebut bertanya kepada si mati: Siapakah Tuhanmu? Jawabnya: "Tuhanku adalah Allah”._

Sekiranya Tauhid Rububiyyah itu adalah suatu yang berbeza dengan Tauhid Uluhiyyah sudah tentu pertanyaan malaikat itu tidak kena pada tempatnya atau jawapan yang diberikan oleh orang yang beriman itu kepada kedua malaikat tersebut tidak kena pada tempatnya. Kedua-dua perkara ini pasti bathil.

Al-^Allamah al-Syaikh Yusuf al-Dijwi al-Azhari (w. 1365 H) yang merupakan ulama mazhab Maliki yang terkemuka di Mesir pada zamannya dan juga salah seorang ulama besar di al-Azhar as-Syarif di Mesir (Member Of Supreme Council Of Al-Azhar) berkata :

"قولهم (أي الوهابية) : "إن التوحيد ينقسم إلى توحيد الربوبية وتوحيد الألوهية" تقسيم غير معروف لأحد قبل ابن تيمية (متوفي سنة 728 هـ.)، وغير معقول أيضا كما ستعرفه، وما كان رسول الله صلى الله عليه وسلم يقول لأحد دخل في الإسلام : إن هناك توحيدين وإنك لا تكون مسلما حتى توحد توحيد الألوهية، ولا أشار إلى ذلك بكلمة واحدة، ولا سُمِع ذلك عن أحد من السلف الذين يتبجحون باتباعهم في كل شىء، ولا معنى لهذا التقسيم، فإن الإله الحق هو الرب الحق، هكذا يقال لهم كلامكم وتقسيمكم مردود عليكم.اهـ

_“Pendapat mereka (al-Wahhabiyyah) bahawa tauhid itu terbahagi kepada Tauhid Rububiyyah dan Tauhid Uluhiyyah adalah pembahagian yang tidak diketahui oleh sesiapapun sebelum Ibn Taymiyyah  (w. 728 H). Juga tidak masuk akal sebagaimana kamu akan mengetahuinya nanti. Rasulullah ﷺ tidak pernah mengatakan kepada sesiapapun yang baru memeluk agama Islam: “ Di sana ada dua jenis tauhid, sesungguhnya kamu tidak akan jadi muslim sehinggalah kamu bertauhid dengan Tauhid Uluhiyyah”. Nabi juga tidak pernah mengisyaratkan ada pembahagian ini walaupun dengan satu isyarat. Tidak pula didengari pembahagian tersebut daripada para Salafus-Soleh yang al-Wahhabiyyah beriya-iya sangat mahu mengikutinya dalam semua perkara sedangkan mereka pada hakikatnya berdusta. Tambahan lagi, pembahagian tauhid ini juga tidak mendatangkan sebarang makna dan erti. Sesungguhnya (الإله الحق) ILAH yang sebenar Dia jugalah (الرب الحق) RAB YANG SEBENAR". Begitulah dijawab kepada mereka bahawa: “ucapan dan pembahagian REKAAN kamu adalah hujah ke atas kamu sendiri”._intaha

Rujukan : Dinukilkan juga oleh Abu Hamid Bin Marzuq ( Syaikh Muhammad ^Arabi Al Tabbani) dalam kitabnya _Baraah al-Asy^ariyyin Min ^Aqaid al-Mukhalifin_,Percetakan al ^Ilm- Dimasq, j. 1,hlm. 166-167. Juga lihat Majalah Nur al-Islam yang diterbitkan oleh masyaikh al-Azhar as-Syarif pada Rabiul Akhir, tahun 1352 H

Memadai bagi menolak golongan bid^ah tersebut dengan hujah bacaan yang dibaca oleh seorang muslim pada setiap rakaat dalam solatnya pada setiap hari iaitu bacaan dalam Surah al-Fatihah:

الحمد لله رب العالمين

Mafhumnya : “Segala puji bagi Allah, Tuhan bagi sekalian alam”.

Ayat ini sahaja sudah cukup menolak mereka. Kerana “ILAH yang berhak bagi-Nya segala pujian ialah Allah. Allah adalah ILAH/ إله yang baginya ketuhanan/ الألوهية; iaitu Tuhan yang menjadikan sesuatu daripada tiada kepada ada. Dan Dialah juga “RAB sekalian alam” iaitu RAB/رب yang berhak baginya RUBUBIYYAH /الربوبية dengan erti kata lain dialah yang memiliki segala sesuatu.

Justeru,Tauhid Rububiyyah adalah juga Tauhid Uluhiyyah, tiada perbezaan antara kedua-duanya.

Antara hujah yang menunjukkan kebenaran perkara tersebut adalah kenyataan yang disebut oleh Ibn Khalawaih (w. 370 H) dalam kitabnya _Fi I^rabil-Quran_ yang merupakan antara ulama terkemuka dalam bahasa Arab dan nahu, katanya:

إن لفظ "ربّ" مجرور إما على أنه نعت لله أو بدل من لفظ لله. .اهـ

_“Sesungguhnya lafaz (رب) adalah majrur sama ada ia adalah (نعت) iaitu sifat bagi kalimah Allah atau (بدل).”_intaha

Maka dalam dua situasi tersebut, Dia adalah Allah yang berhak baginya ULUHIYYAH DAN RUBUBIYYAH. Maka Allah Dia adalah RAB sekalian alam dan RAB sekalian alam adalah Allah. Ayat ini sahaja adalah cukup untuk menolak golongan al-Musyabbihah (termasuk al-Wahhabiyyah) yang menyangkakan ada perbezaan antara Tauhid Rububiyyah dan Tauhid Uluhiyyah”.

Al-Hafiz Ibn Hajar al-^Asqalani dalam menghuraikan Kitab Tauhid dalam Sohih al-Bukhari mengatakan :

وأما أهل السنة ففسروا التوحيد بنفي التشبيه والتعطيل، ومن ثم قال (إمام الصوفية) الجنيد فيما حكاه أبو القاسم القشيري: "التوحيد إفراد القديم من المحدث"..اهـ

_“Ahlus-Sunnah wal- Jama^ah mentafsirkan tauhid dengan erti penafian daripada tasybih (penyerupaan Allah dengan makhlukNya) dan ta^thil (penafian terhadap zat dan sifat Allah ta^ala)._

Rujukan : Lihat Ibn Hajar Asqalani, Fath Al-Baari Syarh Sohih al Bukhari,j. 20,hlm. 437.

Justeru, (imam bagi golongan sufi) al-Junaid sebagaimana diriwayatkan oleh Abul-Qasim al-Qusyairi mengatakan :

التوحيد إفراد القديم من المحدث اهـ

_“Tauhid adalah menunggalkan yang qadim (Allah) daripada yang yang baharu (makhluk)”._

Tauhid Uluhiyyah termasuk dalam keumuman Tauhid Rububiyyah berdasarkan dalil Allah taala mengambil perjanjian dengan zuriat Adam alaihis-salam. Allah ta^ala berfirman kepada mereka (malaikat yang menyampaikan daripada Allah ta^ala bahawa Allah ta^ala berfirman kepada zuriat Adam): (ألستُ بربكم) “ Bukankah aku Tuhan kamu sekalian? Allah ta^ala tidak berfirman : (ألستُ بإلهكم). Dan menjadi suatu perkara yang maklum, sesiapa yang mengakui bahawa bagi Allah ta^ala (الربوبية) maka dia juga menyakini bagi Allah ta^ala (الألوهية).

Disebut dalam kitab _Mishbah al-Anaam_, Karangan ^Alawi bin Ahmad al-Haddad menyebutkan :

"توحيد الألوهية داخل في عموم توحيد الربوبية بدليل أن الله تعالى لما أخذ الميثاق على ذرية آدم خاطبهم تعالى بقوله {ألستُ بربكم} ولم يقل بإلهكم فاكتفى منهم بتوحيد الربوبية ومن المعلوم أن من أقرَّ له بالربوبية فقد أَقرَّ له بالألوهية إذ ليس الربُ غير الإله بل هو الإله وأيضا ورد في الحديث أن الملكين يسألان العبد في قبره فيقولان من ربُكَ ولم يقولا من إلهك، فدلَّ على أن توحيد الربوبية شامل له

_ “Tauhid Uluhiyyah termasuk dalam keumuman Tauhid Rububiyyah berdasarkan dalil Allah taala mengambil perjanjian dengan zuriat Adam alaihis-salam. Allah ta^ala berfirman kepada mereka (malaikat yang menyampaikan daripada Allah ta^ala bahawa Allah ta^ala berfirman kepada zuriat Adam): (ألستُ بربكم) “ Bukankah aku Tuhan kamu sekalian? Allah ta^ala tidak berfirman : (ألستُ بإلهكم). Dan menjadi suatu perkara yang maklum, sesiapa yang mengakui bahawa bagi Allah ta^ala (الربوبية) maka dia juga menyakini bagi Allah ta^ala (الألوهية). Kerana bukan RAB selain ILAH bahkan RAB itu adalah ILAH itu sendiri. Juga warid dalam hadith bahawa dua malaikat menyoal hamba dalam kuburnya maka “siapa Tuhan kamu”, malaikat kedua-dua itu tidak pula bertanya “siapa ILAH kamu”. Justeru, ia menunjukkan tauhid rububiyyah terkandung dalam tauhid Uluhiyyah (tidak ada perbezaan)_intaha

Dari sudut bahaya dan ancaman keselamatan yang terhasil daripada pembahagian tauhid ini adalah lahir pengkafiran terhadap orang umat Islam secara seberono dan dakwaan adanya tauhid bagi golongan musyrikin.

Seorang Wahhabi yang terkenal, Muhammad Ahmad Basymil, dalam kitabnya _Kaifa Nafham at-Tauhid_16 mengatakan :

توحيد أبي جهل وأبي لهب:
أبو جهل وأبو لهب ومن على دينهم من المشركين، كانوا يؤمنون بالله ويوحدونه في الربوبية خالقاً ورازقاً، محييا ومميتا، ضاراً ونافعاً، لا يشركون به في ذلك شيئاً؟؟ عجيب وغريب أن يكون أبو جهل وأبو لهب أكثر توحيدًا لله وأخلص إيمانًا به، من المسلمين الذين يتوسلون بالأولياء والصالحين ويستشفعون بهم إلى الله!! أبو جهل وأبو لهب أكثر توحيدًا وأخلص إيمانًا من هؤلاء المسلمين الذين يقولون لا إله إلا الله محمد رسول الله! ما هذا يا رجل، كيف تجرؤون على التصريح بمثل هذا الكلام الخطير، الذي هو وأمثاله مما تغالون فيه هو الذي جعلكم أعداء للملايين من المسلمين في العالم؟ فقلت له: ليس هذا عجيبا ولا غريبا، بل هذا هو الواقع الذي ستعرفه وستسلم به (إن شاء الله) عندما تنكشف لك الحقائق جلية، وتنتصب أمامك الأدلة مشرقة واضحة اهـ

_“*Tauhid Abu Jahal dan Abu Lahab : Abu Jahal dan Abu Lahab serta mereka yang seagama dengannya dari golongan musyrikin; mereka semua adalah orang-orang yang beriman kepada Allah dan mentauhidkan-Nya pada ketuhanan-Nya sebagai pencipta, pemberi rezeki, yang menghidupkan dan yang mematikan, yang memudharatkan, yang memberi manfaat,  mereka itu (kononnya) tidak menyekutukan-Nya dengan suatu apapun*. Pelik dan ganjil *Abu Jahal dan Abu Lahab lebih lebih banyak mentauhidkan Allah dan lebih lebih ikhlas keimanannya terhadap Allah daripada umat Islam yang bertawassul dengan para wali dan orang-orang soleh serta mencari syafaat dengan jalan mereka kepada Allah!! Abu jahal dan Abu Lahab lebih lebih banyak mentauhidkan Allah dan lebih lebih ikhlas keimanannya daripada mereka umat Islam yang mengucapkan "La Ilaha Illallah Muhammad Rasulullah"*. Apa ini wahai lelaki! Bagaimana kamu berani menyatakan seperti ucapan yang bahaya ini, yang dia dan orang seumpamanya melampau-lampau padanya, ia menjadikan kamu musuh kepada jutaan umat islam di dunia ini?! *Aku katakan : Bukanlah perkara ini pelik atau ganjil, bahkan ini adalah realiti yang kamu akan tahu dan kamu akan menyerah dengannya insyaAllah ketika terbuka kepadamu kebenaran yang nyata dan terdiri dalil-dalil yang jelas”*_intaha

Kemudian dia mengatakan pada hlm. 17:

الدليل على توحيد المشركين وإيمانهم بالله

_“Dalil tauhidnya golongan musyrikin adalah iman mereka kepada Allah”._Intaha

Lihat betapa melampaunya golongan al-Wahhabiyyah, mereka menganggap orang kafir itu ada tauhid manakala umat Islam pula dianggap sebagai golongan musyrikin hasil daripada fahaman pembahagian tauhid tiga ini. Bukan setakat pengkafiran terhadap umat Islam sahaja bahkan kita dapati mereka telah sampai ke tahap menghalalkan darah, menghukum bunuh ke atas umat Islam dan memerangi mereka, tidak syak lagi ia adalah hasil yang terbit daripada fahaman pembahagian tauhid kepada tiga bahagian tersebut. (Tauhid Rububiyyah, Tauhid Uluhiyyah dan Tauhid al-Asma’ Was Sifaat).

Dr. Nashir bin ^Abdul Kareem al-^Aql dalam kitabnya yang berjudul _Islamiyyah La Wahhbiyyah_ terbitan al-Mamlakah al-^Arabiyyah as-Saudiyyah, hlm. 92 menyebutkan :

ومنها : الاحتماع على رواتب المشايخ برفع الصوت ،وقراءة الفواتح والتوسل بهم في المهمات ، كراتب السمان وراتب الحداد ونحوهما، بل قد يشتمل ما ذكر على شرك أكبر ،فيقاتلون على ذلك اهـ

_“Antaranya perhimpunan manusia untuk melakukan ratib-ratib al-Masyaikh dengan meninggikan suara, membaca al-Fawatih dan bertawassul  dengan mereka dalam majlis-majlis seperti ratib as-Samman, ratib al-Haddad dan seumpamanya. *Bahkan merangkumi atas apa yang telah disebut itu atas syirik yang besar maka hendaklah dibunuh dan diperangi atas perkara tersebut”*_intaha

✨WAHHABI DI SISI SEBAHAGIAN PARA ULAMA NUSANTARA✨.

📖 Ketika menceritakan tentang fitnah yang berlaku pada zaman pemerintahan Sultan Salim, al-Syaikh Ahmad al-Fatoni (w.1325 H) berkata:

_"...[dan] setengah daripadanya ((fitnah to'ifah Wahhabiyyah)) yang melampaui mereka itu sehingga memerintah mereka itu akan dua Tanah Haram yang mulia dan mereka itu🔸satu kaum yang mempunyai mazhab yang jahat dan jalan yang sesat dan i^tiqad yang mudarat🔸dan adalah yang me[ng]hantarkan mazhab mereka itu yang keji dan yang meri[ng]tahkan dia [memerintahkan dia] Muhammad anak ^Abdul-Wahhab dan asalnya daripada masyriq daripada Bani Tamim dan adalah permulaan pekerjaannya bahawasanya ia adalah setengah daripada mereka yang menuntuti ilmu pada negeri Madinah al-Munawwarah ^ala sohibiha afdol al-solat wa al-salam dan adalah bapanya laki-laki yang solih demikian lagi saudaranya🔸dan adalah bapanya dan saudaranya dan sekalian guru-gurunya memfirasat mereka itu padanya bahawasanya lagi akan jadi daripadanya menyesat dan zaigh [kesesatan] dan ilhad [kekufuran] dari kerana barang yang diketahui oleh mereka itu daripada perkataannya dan perbuatannya dan bantahan-bantahannya daripada beberapa masalah...🔸...maka mereka ia bagi dirinya akan mazhab yang sesat dan menyalahi ia akan segala imam agama dan menyesat ia akan segala yang jahilin [golongan yang jahil] 🔸dan me[ng]kufur ia akan segala mereka yang tiada mengikut mazhabnya daripada mukmin🔸dan me[ng]hukum ia dengan syirik mereka yang ziarah akan kubur Nabi sollallahu ^alaihi wa sallam dan auliya' dan solihin dan yang bertawassul dengan mereka itu dan🔸me[ng]haram ia akan berselawat atas Nabi sollallahu ^alaihi wa sallam🔸dan beberapa i^tiqad yang lain daripada demikian itu dan bahawasa segala manusia telah kufur mereka itu daripada masa hijrah enam ratus tahun hingga kepada masanya itu dan [ia]lah yang membaharukan bagi mereka itu akan Islam mereka itu..."_Intaha.

📚Rujukan: Kitab Hadiqatul-Azhar war-Rayahin fi Manaqib al-Akhyar wa Akhbaris-Solihin, al-Syaikh Ahmad ibn Muhammad Zain ibn Mustafa al-Fatoni, Persama Press, Pulau Pinang, t. th., hlm. 169 - 170.

✒Beliau adalah guru bagi ramai ulama dan mufti di Nusantara seperti Syaikhul-Islam dan Mufti Selangor Tengku Mahmud Zuhdi bin Abdur-Rahman al-Fatoni, Tok Kenali, Tok Selehor, Kiyai Hasyim Asy'ari pengasas Nahdotul-^Ulama' dan lain-lain.

✒Beliau juga penasihat dan rujukan sultan-sultan Melayu seperti Sultan Fatoni, Sultan Kelantan, Sultan Kedah, Sultan Terengganu (Sultan Zainal Abidin III), Sultan Johor, Sultan Riau - Lingga, Sultan Deli, Sultan Langkat, Sultan Pontianak dan Sultan Sambas secara tidak rasmi dan beliau juga penasihat Syarif/ Raja Mekah secara rasmi.

Tuan Guru al-Syaikh ^Uthman Jalalud-Din Penanti al-Kelantani di dalam kitab beliau, _ad-Daurrtul Nafi^ah Fi Asyaraath as-Saa^ah (^Alamat Kiamat)_ menegaskan wahhabi dan juga syiah tidak termasuk dalam kalangan Ahlus Sunnah Wal Jamaah:

_“...Dan dikehendakkan dengan suatu kaum itu ialah kaum yang keluar daripada Ahlus Sunnah Wal jamaah seperti kaum Wahhabi dan Kaum Rafidhi (syiah) dan yang lain daripada mereka itu, kerana diriwayat hadith ibn ^Umar daripada nabi ﷺ bersabda ia :_

_“Akan keluar oleh manusia daripada pihak Masyriq (Timur Madinah), hal keadaan mereka itu membaca oleh mereka itu akan al-Quran padahal tiada melampaui ia akan segala halkum mereka itu. Tiap-tiap diputuskan suatu kurun, nescaya diganti oleh kurun yang lain pula hingga akhir mereka itu berhubung dengan dajjal bersama-sama dengan nabi isa alayhis salam kerana puak Wahhabi dan Rafidhi (syiah) itu diam [tinggal] mereka itu pada pihak Masyriq [Timur] Makkah Madinah dan mereka itulah membaca akan al-Quran tiada melampau ia akan halqum mereka itu, bahkan pada mulut jua. Tiada mesra ia pada memberi faedah ia akan mengikut mereka itu akan barang yang menengah akan dia oleh Allah taala._intaha

*Maklumat tambahan:* Tuan Guru al-Syaikh ^Uthman Jalalud-Din Penanti al-Kelantani adalah seorang daripada kalangan ulama Kelantan yang belajar di Mekah. Beliau adalah anak murid kepada Tok Kenali. Beliau meninggal dunia pada tahun 1371 H di Mekah.

*Undang-Undang Dalam Mempertahankan Akidah Umat Islam Perlu Dikuatkuasakan*

Masih perlu diingatkan bahawa dalam Enakmen Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) 1994 pada seksyen 37 (rujukan yang mesti diikuti) menyebutkan:

_“(1) Semasa mengeluarkan fatwa di bawah seksyen 36, Majlis atau Jamaah hendaklah pada lazimnya mengikut qaul muktamad Mazhab Syafie._
_(2) Jika Majlis dan Jamaah Ulama’ berpendapat bahawa qaul yang muktamad dari mazhab Syafie boleh membawa kepada keadaan yang berlawanan dengan kepentingan awam, majlis atau jamaah ulama’ bolehlah dengan keizinan Kebawah Duli yang Maha Mulia al Sultan mengikut qaul dari mana-mana mazahab [mazahib] Islam yang muktabar, *kecuali dalam perkara-perkara yang bersangkutan dengan akidah, maka qaul Ahli Sunnah Wal Jamaah hendaklah diikut”*_Intaha

Di dalam Undang-undang Perlembagaan Tubuh Kerajaan Kelantan menyebutkan tafsiran kepada “Ahlus Sunnah wal Jamaah” disebut sebagaimana berikut:

_*"4.(1) " Ahlus Sunnah wal Jamaah" maknanya ialah mazhab Abu al-Hasan al Asha'ari dan Abu Mansoor al-Maturidi dan orang yang mengikut jejak langkah keduanya [al-Asya^irah dan al-Maturidiyyah]"*._Intaha

Disediakan oleh:
*Kajian Ilmiah Asatizah Pondok (KIAP)*

Monday, July 17, 2017

Melawat Mahkamah Kota Kinabalu

Assalammualaikum wbt.

Siang tadi saya dan 6 orang pelajar telah membuat lawatan tidak rasmi ke mahkamah Kota Kinabalu. Tujuan lawatan adalah memberi pendedahan kepada pelajar senario kes atau hukuman dijatuhkan kepada tertuduh.

Diharapkan pelajar mengambil iktibar sepanjang beberapa perbicaraan siang tadi.

Saya amati sepanjang lawatan tadi, kelompok yang paling ramai menanti di koridor tempat kami duduk adalah golongan tua. Saya simpulkan mungkin inilah raut wajah yang membesarkan anak-anak dari kecil sehingga dewasa namun apa yang mereka dapat? Hanya mendengar hukuman untuk anak mereka.. perasaan sedih saya bertambah-tambah apabila terlihat sekelompok manusia yang sudah selesai perbicaraan.

Ceritanya begini:: Setelah hukuman dijatuhkan ibu bapa hanya sempat mengiringi anak tersayang yang bergari sampai ke lori polis. Si anak hanya mampu meraung "tolong selamatkan aku" namun harapan kedua ibu bapa ku kira lebih besar agar anaknya berubah namun tidak terluah hanya mampu membisikkan "anakku..anakku".. sungguhpun mereka bukan saudara ku namun perasaan hancur lagi kecewa ibu bapa itu tidak dapat disembunyikan.

Berbanggalah kita yang masih punya ibu bapa ini. Lihat sahaja dipintu mahkanah pun mereka sanggup berdiri malah mendoakan si anak inikan pula yang ada di depan mata.
Kita yang sihat ini perlulah sering memberi hadiah iaitu Al-Fatihah pagi dan petang kepada keduanya agar hidup kita lebih tenang tenteram dan diluaskan rezeki.

Saturday, July 15, 2017

Apa Kau Rasa?

Assalammualaikum wbt.

Bukan ingin berkongsi tentang hati hitam. Cuma ingin memberi teguran kepada insan-insan yang walau dimana jua anda berada.

Saya pasti kita semua pernah mendengar pepatah ini "what u give u get back" maknanya apa yang kita beri kita dapat semula. Direct translation 😅.

Selepas melalui beberapa tempoh memeritkan dalam bidang pemasaran ini saya rasa sangat tercabar dengan irang-orang sekeliling.
#Ada yang positif ada yang negatif.
#Ada yang membantu ada yang memerli
#Ada yang sekadar berkata2 namun habuk pun tiada
#Ada yang ringan tulang dan sangat mengharukan
#Ada yang setia ada yang tidak

Inilah lumrah pelbagai "makhluk" di dunia ini. Kenapa saya cakap makhluk sebab kita semua ciptaan Allah SWT oleh itu tidak ada yang boleh membinasakan yang lain tanpa izinNya.

Sedikit iktibar di mana kita perlu mencari kekuatan sepanjang menjalankan kerja adalah berbisik2 dengan Allah SWT.

Allah SWT maha mendengar. Apabila cubaan datang 1000 pax sasaran dalam merealisasikan objektif memberi bantuan kpd badan terpilih saya akui kadang2 saya lemah. (Alhamdulillah tercapai walaupun yg mendaftar hampir kpd sasaran namun pada hari event saya kira lebih seribu yg hadir..alhamdulillah)

Saya memandang wajah sekeliling meminta belas agar ada yang sudi menghulur tangan malah ada pula yang sanggup berkata saya mengganggu daily task mereka...tidak ada dalam job description....mengadu dengan ketua jabatan tidak dpt fokus dgn keja sebab konon sibuk dgn aktiviti amal saya.. berpura2 depan saya pun ramai.

Syukur Alhamdulillah Allah SWT memberi kemudahan kepada saya untuk mengenali wajah2 yang ikhlas atau tidak...

Alhamdulillah juga Allah SWT memberi kekuatan sehingga saya rasakan tidak pernah sunyi dengan pendaftaran walau sehari. Tidak pernah kosong. Siang malam sy dibantu oleh seorg rakan sekerja yg sama2 bahagian pemasaran dan mengurus pendaftaran turut berganding bahu mencari potential. Sedih tawa riang kami kongsi bersama.

Jika bercerita pengalaman pemasaran kami, memang memerlukan kreativiti dan paling penting ada INOVASI. Tidak perlu berlagak sombong calit kening dan berdandan rias untuk mencari potensi malah berkata dusta..cukuplah usaha, yakin dan sabar.

Ingatlah Allah SWT selalu membantu hambaNya selagi mana hambaNya berusaha dan memohon dan berbisik2 kepadaNya.

Tahajud ku dhuha ku hajat ku adalah sumber ketenangan yg ku tika itu..moga2 istiqomah selama mana ada usaha dan inshaAllah sehingga kini.

Cubalah pada yang berhajat...pada yang diuji...pada yang punya tanggunjawab..InshaAllah Allah SWT pasti akan membantu.

Wednesday, July 12, 2017

Jauhi Sifat Munafik

Dipetik dari Facebook Masjid Negeri Sabah.

بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ

Jauhi Sifat Munafik

Banyak perkara yang boleh menjerumuskan seseorang ke dalam sifat kemunafikan. Antaranya, berikut disenaraikan 50 ciri dan tanda orang munafiq tersebut:

1. Lupa Kepada Allah SWT
Orang-oang munafiq sering mengingati sesuatu kecuali Allah SWT. Dalam fikiran dan batin mereka tidak pernah terlintas untuk mengingat (zikir) Allah SWT, kecuali sebagai suatu helah penipuan sahaja.

2. Mempercepat Solat Agar Segera Selesai
Mereka (orang2 munafik) adalah orang yang mempercepatkan solat tanpa ada rasa khusyuk sedikit pun. Tidak ada ketenangan dalam mengerjakannya, dan hanya sedikit mengingat Allah SWT di dalamnya. Fikiran dan hatinya tidak menyatu. Dia tidak menghadirkan keagungan, kehebatan, dan kebesaran Allah SWT dalam solatnya.
Hadis Nabi SAW:  “Itulah solat orang munafik…lalu mempercepat empat rakaat (solatnya).”

3. Malas Beribadah Kepada Allah SWT
Firman Allah SWT:  “…Dan apabila mereka berdiri untuk solat, mereka berdiri dengan malas…”  (An-Nisa’: 142)
Jika orang munafik pergi ke masjid/surau, dia menyeret kakinya seakan-akan terbelenggu rantai. Oleh kerana itu, ketika sampai di dalam masjid/surau dia memilih duduk di shaf yang paling akhir. Dia tidak mengetahui apa yang dibaca imam dalam solat, apa lagi untuk menyemak dan menghayatinya.

4. Melalaikan Solat Fardu
Firman Allah SWT:  “Maka kecelakaanlah bagi orang-orang solat, (iaitu) orang-orang yang lalai dari solatnya.” (SurahAl-Ma’un : ayat 4-5)

5 Meninggalkan Solat Jumaat
Rasulullah SAW ketika baginda sedang berkhutbah di atas mimbar, sabdanya:
“Hendaklah orang-orang yang suka meninggalkan Jumaat menghentikan perbuatan mereka itu, atau adakah mereka mahu Allah membutakan hati mereka dan sesudah itu mereka betul-betul menjadi orang yang lalai?” (Hadis Riwayat  Muslim r.a.)

6. Meninggalkan Solat Berjemaah
Apabila seseorang itu segar, kuat, mempunyai waktu terluang dan tidak memiliki uzur syari’i, namun tidak mahu mendatangi masjid/surau ketika mendengar panggilan azan, maka saksikanlah dia sebagai orang munafik.

7. Menghina Nabi dan Sahabat Rasullullah SAW
Termasuk dalam kategori Istihzaa’ (berolok-olok) adalah mempersendakan hal2 yang disunnah Rasulullah SAW dan amalan-amalan lainnya. Orang yang suka memperolok-olok dengan sengaja hal-hal seperti itu, Jatuh Kafir.
Firman Allah SWT:  “…Katakanlah: ‘Apakah dengan Allah SWT, Ayat-Ayat-Nya, dan Rasul-Nya kamu selalu berolok-olok?’ Tidak usah kamu minta maaf, kerana kamu kafir sesudah beriman…”  (At-Taubah: 65-66)

8. Mengubah Dan Menyalahguna Ayat-Ayat Allah
Menggunakan dalil dan ayat Al-Quran untuk kepentingan diri semata-mata. Menjadi perosak agama di atas nama agama.

9. Mempersenda Kesucian Agama
Perbuatan mempersenda kesucian Allah dan agama Islam adalah suatu yang amat dibenci dan dilarang dalam Islam kerana ianya seolah-olah menentang sesuatu yang diturunkan Allah.

10. Bersumpah Dengan Selain Nama Allah SWT
Dan dalam hadis Ibnu Umar radhiallahu ‘anhuma; “Sesiapa bersumpah dengan nama selain Allah, maka dia telah berbuat syirik.” (Hadis riwayat Imam Ahmad)
Dalam hadits lain, Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda, “Sesiapa bersumpah demi amanat, maka dia tidak termasuk golonganku.” (Hadis riwayat Abu Daud)


11. Sombong Diantara Sesama Manusia
Orang2 munafik selalu sombong dan angkuh dalam berbicara. Mereka banyak cakap dan suka memfasih-fasihkan ucapan. Setiap kali berbicara, mereka akan selalu mengawalinya dengan bila ungkapan menakjubkan yang meyakinkan agar nampak seperti orang mulia, hebat, berwawasan luas, mengerti, berakal, dan berpendidikan. Padahal, pada hakikatnya dia tidak memiliki kemampuan apa pun. Sama sekali tidak memiliki ilmu bahkan lagi terserlah kemunafikannnya.

12. Riak
Berbuat sesuatu atau meninggalkan sesuatu kerana selain daripada Allah SWT dikategorikan sebagai riak. Apabila bersama orang lain dalam suatu majlis, dia nampak zuhud dan berakhlak baik, demikian juga pembicaraannya. Namun, jika dia seorang diri, dia akan melanggar hal-hal yang diharamkan Allah SWT.

13. Melampaui Batas Yang Telah Digariskan Oleh Allah
Perbuatan yang menurut kehendak nafsu sehingga boleh tersesat dan menyesatkan pada jalan yang benar sebagaimana Yahudi dan Nasrani.

14. Suka Berbantah Dan Bertengkar Sesama Muslim
Sabda Rasulullah SAW:  “Dan apabila bertengkar (berbantah), dia melampau.”

15. Fitnah
Menyampaikan keburukan orang lain di kalangan orang ramai supaya mereka membenci atau memusuhinya. Membuat laporan tanpa fakta dan usul periksa serta mengada-adakan cerita. Ia juga tergolong dalam sifat-sifat munafik dan dosa-dosa besar.

16. Mencaci Maki
Tidak berhikmah di dalam berkata-kata dan dalam menyampaikan dakwah. Menggunakan kata-kata kesat terhadap orang lain terutama yang tidak bersependapat dengannya.
Firman Allah SWT:  “…mereka mencaci kamu dengan lidah yang tajam, sedang mereka bakhil untuk berbuat kebaikan…”  (Al-Ahzab: 19)

17. Mengumpat
Berkata dan menyampaikan sesuatu keburukan orang lain yang tidak benar adalah berdosa kerana ia berupa fitnah. Akan tetapi berkata tentang keburukan orang lain yang benar tetap juga mendapat dosa iaitu dosa mengumpat.

18. Hasad Dengki
Tidak senang dengan kejayaan orang lain. Tidak senang juga jika sesuatu kejayaan itu terhasil di tangan orang lain dan bukan oleh tangannya sendiri.

19. Dusta
Hadis Rasulullah SAW yang diriwayatkan Imam Ahmad Musnad dengan sanad Jayid:“Celaka baginya, celaka baginya, celaka baginya. Iaitu seseorang yang berdusta agar orang-orang tertawa.”

Di dalam kitab Shahihain (Shahih Bukhari dan Muslim), Rasulullah SAW bersabda: “Tanda orang munafik ada 3, salah satunya adalah jika berbicara dia dusta.”

20. Mungkir Janji
Sabda Rasulullah SAW:  “Tanda orang munafik ada 3: jika berbicara dia dusta, jika berjanji dia ingkar, dan jika dipercaya (diberi amanat) dia berkhianat.” (HR. Bukhari dan Muslim)

21. Bakhil
Orang2 munafik sangat bakhil dalam masalah2 kebajikan. Mereka menggenggam tangan mereka dan tidak mahu bersedekah atau menginfakkan sebahagian harta mereka untuk kebaikan, padahal mereka orang yang mampu dan berkecukupan.

22. Mengungkit Kembali Pemberian Kepada Seseorang Dan Menyakiti Hatinya.
Mengungkit kembali pemberian kepada orang lain dengan harapan dikenang jasa dan sumbangannya serta ingin menyakiti hati orang lain. Perbuatan ini dicela didalam Islam bahkan menghilangkan pahala ikhlas.

23. Enggan Berjihad Di Jalan Allah SWT
“Kalau kamu melakukan perdagangan dengan riba, hanya menjadi penternak-penternak dan gembira hanya dengan bertani saja dan meninggalkan jihad (perjuangan) maka Allah akan menimpakan kehinaan atasmu. Kamu tidak dapat melucutkan kehinaan itu sehingga kamu kembali kepada Ad dienmu.” (HR. Abu Dawud dan Ibnu Majah)

24. Menyembunyikan Ilmu Pengetahuan
Orang-orang yang memiliki ilmu dan apabila ditanya orang lain sedang dia mengetahui persoalan yang ditanyakan itu tetapi tidak menjelaskannya. Ini merupakan perbuatan yang menghalang kemajuan ummat Islam dan dapat menutup kebenaran.

25. Mengkhianati Sesuatu Amanah
Diberi amanah tetapi menyalahgunakan kuasa dan mengkhianati amanah.
Sabda Rasulullah SAW: “Dan apabila berjanji, dia berkhianat.” Sesiapa  memberikan janji kepada seseorang, atau kepada isterinya, anaknya, sahabatnya, atau kepada seseorang dengan mudah kemudian dia mengkhianati janji tersebut tanpa ada sebab uzur syar’i maka telah hinggap pada dirinya salah satu tanda kemunafikan.

26. Ghasab
Ghasab ialah mengambil atau menguasai harta (tanah) orang lain dengan jalan aniaya, iaitu jalan yang tidak diredhai Islam. Perbuatan ini walaupun dengan mengambil cuma sedikit, adalah termasuk perbuatan dosa besar dan munafik.

27. Memakan Harta Anak Yatim
Orang yang mengambil dan menggunakan harta anak yatim serta orang yang tidak amanah di dalam mentadbir harta anak yatim. Berselindung di atas nama pemegang amanah akan tetapi menggunakan harta anak yatim untuk kepentingan diri sendiri ataupun orang lain hukumnya berdosa besar.

28. Menipu Dalam Jual Beli
Perbuatan menipu ini adalah melibatkan amalan timbang atau sukat sesuatu barang tanpa kadar yang mencukupi atau menjual barangan yang rosak dimana, menimbulkan rasa kecewa dan tidak puas hati pembeli pada akhirnya.

29. Menangguh Pembayaran Hutang
Hutang adalah wajib dibayar. Sabda Rasulullah SAW: “Demi yang jiwaku ada ditangan-Nya, seandainya seorang laki-laki terbunuh di jalan Allah, kemudian dihidupkan lagi, lalu dia terbunuh lagi dua kali, dan dia masih ada hutang, maka dia tidak akan masuk syurga sampai hutang itu dilunaskan.” (HR. Ahmad)

30. Membuka Rahsia Orang Lain
Suka mencari-cari keaiban dan rahsia orang lain dan kemudian menyebarkan dan mewar-warkan keburukan dan kelemahan itu samada di dalam majlis rasmi dan kuliah ataupun dengan cara menyampaikan daripada individu kepada individu.

31. Bergaul Dengan Orang Yang Memperolok Al-Quran
Firman Allah SWT:   “Dan jika kamu tanyakan kepada mereka (tentang apa yang mereka lakukan itu), tentulah mereka akan menjawab, “Sesungguhnya kami hanyalah bersenda gurau dan bermain-main saja.” Katakanlah: “Apakah dengan Allah, ayat-ayat-Nya dan Rasul-Nya kamu selalu berolok-olok?” Tidak usah kamu meminta maaf, kerana kamu telah kafir sesudah beriman.”  (Surah At-Taubah; ayat 65-66).

32. Berasa Aman Daripada Murka Allah Apabila Melakukan Dosa
Apabila seseorang melakukan dosa dan merasa selamat dari kemurkaan dan seksaan Allah, maka anggapan ini adalah berdosa besar dan amalan orang-orang munafik.

33. Bermuka-Muka
Sikap penuh kepura-puraan menjadi musuh kerana sifatnya menjadi gunting dalam lipatan, api dalam sekam, duri dalam daging, talam dua muka, gergaji dua mata dan lidah bercabang dua. Sesungguhnya suatu yang paling ditakuti terhadap apa yang aku takut menimpa ummatku ialah semua munafiqin yang petah lidahnya.

34. Memanggil Orang Dengan Gelaran Buruk Yang Tidak Disukai
Panggilan yang buruk ialah gelaran-gelaran yang tidak disukai oleh orang yang digelari dengan gelaran itu, seperti panggilan hai fasiq, hai kafir, hai pelacur, hai penjudi, dan lain-lain. Lebih-lebih lagi sekiranya orang tersebut sememangnya beriman dan telah bertaubat.
“Orang-orang yang beriman seperti satu jasad, sekiranya satu anggotanya merasa sakit maka seluruh tubuhnya akan merasakan sakitnya dan demam.” (Ibnu Jarir)
Firman Allah SWT:   “Neraka Wail (kecelakaaan yang amat besar) bagi setiap Luzamah (orang yang mencela dengan ucapan) dan Huzamah (orang yang mencela dengan perbuatan).” (Surah Al Humazah: 1)

35. Menuduh Orang Beriman Bodoh
Orang Munafik mempunyai pendirian yang lemah dan amat sedikit memiliki ilmu pengetahuan tentang perjara yang bermanfaat dan memudharatkan. Justeru, mereka menuduh orang beriman bodoh atau kurangf ilmu pengetahaun dalam urusan kehidupan.

36. Memutuskan Silaturrahim
Memisah dan merosakkan hubungan silaturahim, merosakkan hubungan sesama keluarga, sahabat handai, sesama jemaah ataupun organisasi mahupun sesama masyarakat.

37. Memecahbelahkan Perpaduan Kaum Muslimin
Menjadi batu api serta membuat laporan dan menaburkan fitnah sehingga berlaku perpecahan dan hilang kasih sayang di kalangan sesama umat Islam.

38. Menyembunyikan Persaksian Pada Jalan Yang Benar
Sebagai orang yang beriman,umat Islam tidak seharusnya sedia menjadi saksi yang palsu atau dusta dalam member keterangan bagi menyelesaikan sesuatu perkara pada jalan yang benar.Justeru itu,berdusta ketika menjadi saksi adalah golongan orang-orang munafik dan dibenci oleh Allah SWT.
“Dan janganlah kamu menyembunyikan perkara yang dipersaksikan itu. Dan sesiapa menyembunyikannya, maka sesungguhnya ia adalah orang yang berdosa hatinya. Dan Allah SWT Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan.” (Al-Baqarah:283)
39. Menghalalkan Perkara Yang Haram
Menjadikan matlamat sebagai sasaran utama sehinggakan sanggup melanggar batas aqidah, syariat dan akhlak. Matlamat tidak menghalalkan cara.

40. Menyanjung Dan Memuji Orang Tanpa Diketahui Keadaan Sebenarnya

41. Membazir Dalam Memanfaatkan Nikmat Allah
Membuat sesuatu perkara dan keputusan kemudian merubah semula dalam masa yang singkat, umpama membina rumah kemudian diruntuhkan semula.

42. Melakukan Dosa Dan Kemungkaran Secara Sembunyi
Berpura-pura melakukan kebaikan di tengah2 orang ramai dan gemar melakukan kemungkaran di belakang orang adalah dibenci Allah SWT.
Firman Allah SWT:  “Mereka bersembunyi dari manusia, tetapi mereka tidak bersembunyi dari Allah, padahal Allah beserta mereka, ketika pada suatu malam mereka menetapkan keputusan rahsia yang Allah tidak redhai…”  (An-Nisa’: 108)

43. Menghalang Orang Daripada Mengamalkan Ajaran Islam

44. Menyuruh Yang Mungkar Dan Melarang Yang Makruf
Mereka (orang munafik) menginginkan agar perbuatan keji tersiar di kalangan orang2 beriman. Mereka menggembar-gemburkan tentang kemerdekaan wanita, persamaan hak, penanggalan hijab/jilbab. Mereka juga berusaha memasyarakatkan nyanyian dan konsert, menyebarkan majalah2 porno dan narkotik.

45. Suka Kepada Kesesatan Dan Suka Menyesatkan Orang

46. Berasa Gembira Apabila Musibah Menimpa Orang Beriman.
Orang munafik apabila mendengar berita bahawa seorang ulama yang soleh tertimpa suatu musibah, dia pun menyebarluaskan berita duka itu kepada masyarakat sambil menampakkan kesedihannya dan berkata: “Hanya Allahlah tempat memohon pertolongan. Kami telah mendengar bahawa si fulan telah tertimpa musibah begini dan begitu… semoga Allah memberi kesabaran kepada kami dan beliau.” Padahal, di dalam hatinya dia merasa senang dan bangga akan musibah itu.

47. Membuat kerosakan di muka bumi
Membuat kerosakan di muka bumi seperti menggondolkan hutan dan bukit bukau tanpa mengadakan perbaikan.
Firman Allah SWT:  “Dan apabila dikatakan kepada mereka: janganlah kamu membuat kerosakan di muka bumi, mereka menjawab: ‘Sesungguhnya kami orang-orang yang mengadakan kebaikan.’ Ingatlah, sesungguhnya mereka itulah orang-orang yang membuat kerosakan, tetapi mereka tidak sedar.”  (Al-Baqarah: 11-12)

48. Berputus Asa Dalam Menghadapi Cabaran Hidup

49. Keluh Kesah Apabila Ditimpa Musibah

50. Mengingkari Takdir Allah SWT
Orang munafik selalu membantah dan tidak redha dengan takdir Allah SWT. Sesungguhnya orang yang tidak dapat menerima kekalahan dan menolak, membenci atau mengingkari takdir Allah, tergolong dalam golongan kufur, rosak iman dan mendapat azab serta kemurkaan Allah SWT.
.
Ingatlah Allah SWT  berfirman dalamAl-Quran:

  الْمُنَافِقُونَ وَالْمُنَافِقَاتُ بَعْضُهُم مِّن بَعْضٍ ۚ يَأْمُرُ‌ونَ بِالْمُنكَرِ‌ وَيَنْهَوْنَ عَنِ الْمَعْرُ‌وفِ وَيَقْبِضُونَ أَيْدِيَهُمْ ۚ نَسُوا اللَّـهَ فَنَسِيَهُمْ ۗ إِنَّ الْمُنَافِقِينَ هُمُ الْفَاسِقُونَ ﴿٦٧﴾

“Orang-orang munafik lelaki dan perempuan, setengahnya adalah sama dengan setengahnya yang lain; mereka masing-masing menyuruh dengan perbuatan yang jahat, dan melarang dari perbuatan yang baik, dan mereka juga menggenggam tangannya. Mereka telah melupakan (tidak menghiraukan perintah) Allah dan Allah juga melupakan (tidak menghiraukan) mereka. Sesungguhnya orang-orang munafik itu, merekalah orang-orang yang fasik.” (Surah At-Taubah, ayat 67)
.

.

والله أعلم بالصواب

Wallahu A’lam

(Hanya Allah Maha Mengetahui apa yang benar)

Friday, July 7, 2017

Tart Nenas Gulung Berkulat

Assalammualaikum wbt...

Apa kabar u ol..

Story sy arini tentang kuih raya tart nenas. Sy actually tidak larat buat bnyk kuih raya. Namun masa raya baru2 ni..bnyk pula kuih kami. Sibling beli lagi.

So pendekkan cerita kuih tart nenas gulung I berkulat ok. Sebalang rosak. Belum lagi  tersentuh pun walaupun satu biji. Sayangnya. Ayoyo..sy suda membazir satu balang tart.

Banyak lagi tu saya buat. Ayoiiii

Sekian tu saja utk mlm ni.

Thursday, July 6, 2017

7 Mahkota Dunia Akhirat

Assalammualaikum..

Mahkota zikir ini saya copy paste dari facebook Al-fadhil Ustaz Iqbal Zain Al-Jauhari

TUJUH MAHKOTA DUNIA AKHIRAT

Allah Subhaanahuu wa Ta'aala berfirman: "Sungguh Kami telah menciptakan atas kamu semua tujuh buah jalan dan kami sama sekali tidak akan lengah terhadap ciptaan Kami." (Al-Mu'minuun, ayat 17)

1) MAHKOTA ZIKIR

لا إله الا الله وحده لا شريك له، له الملك وله الحمد وهو على كل شيء قدير

Laa ilaaha illallaahu wahdahu laa Syariikalahu lahul Mulku wa lahul Hamdu wa huwa 'alaa kulli syai'in Qodiir.

2) MAHKOTA TASBIH

سبحان الله وبحمده عدد خلقه ورضا نفسه وزنة عرشه ومداد كلماته

Subhaanallah wabihamdihi 'adada holqihi wa Ridha nafsihi wa zinata 'arsyihi wa midada kalimaatihi.

3) MAHKOTA DOA

ربنا اتنا في الدنيا حسنة وفي الاخرة حسنة وقنا عذاب النار

Rabbanaa aatinaa fid dunya hasanah wa fil aakhirati hasanah wa qinaa 'adzaaban naar

4) MAHKOTA ISTIGHFAR

اللهم أنت ربي لا اله الا انت خلقني وانا عبدك، وأنا على عهدك ووعدك مااستطعت،أعوذ بك من شر ما صنعت، ابوء لك بنعمتك علي، وابوء بذنبي، فاغفرلي فإنه لا يغفروا الذنوب إلا أنت.

Allaahumma Anta Laa ilaaha illaa Anta, Kholaqtani wa anaa abdiKa, wa ana 'alaa 'ahdiKa wa wa'diKa mas tatho'tu, a'uudzu biKa min syarri maa shona'tu, abuu'u laKa binikmatiKa 'alayya, wa abuu'u bidzanbiy, faghfirliy fainnahu laa yaufirudz dzunuuba illaa Anta.

5) MAHKOTA PERLINDUNGAN

بسم الله الذي لا يضر مع اسمه شيء في الأرض ولا في السماء وهو السميع العليم.

Bismillaahil ladzii laa yadhurru ma'asmihii syai'un fil ardhi walaa fis samaa' wa Huwas Samii'ul 'Aliim

6) MAHKOTA PELEPAS BENCANA

لا اله الا انت سبحانك اني كنت من الظالمين

Laa ilaaha illaa Anta SubhaanaKa innii kuntu minadz dzoolimiin.

7) MAHKOTA PENENANG HATI

لا حول ولا قوة الا بالله العلي العظيم

Laa haula walaa quwwata illaa billaahil 'Aliyyil 'Adziim.

Jadikanlah Mahkota-mahkota ini selalu menghiasi kepala dan membasahi lisanmu, sebagai amalan dan senjata kita...

Mudah-mudahan dengan mengamalkan salah satu Mahkota tersebut Allah mengangkat segala cubaan, menghindari dari musibah, mengampuni dosa kesalahan, dan memasukkan kita ke dalam Syurga-NYA. Aamiin

Bagikan amalan doa ini dengan niat baik agar lebih banyak lagi orang merasakan dan mendapatkan manfaatnya dan kita tidaklah menjadi seseorang yang menyembunyikan ilmu. Kerana kita semua tidak tahu pahala mana yang akan memasukkan kita ke dalam Syurga Allah Subhaanahuu wa Ta'aala.

SILA SHARE DAN SEBARKAN