Santai di rumah sebab PKP (Covid 19 dan Sihir 2/2)

Assalammualaikum semua..salam subuh pejuang-prjyang Islam 😊...

Sorry bahagian 2 ada delayed sedikit. 

Ok. Masa ust datang malam tu. 
Ust start dengan soalan-soalan, selepas tu dia pun rukyah dengan ayat-ayat quran yang memang kita familiar (saya selalu juga baca Quran jadi sedarlah surah-surah yang dibaca) πŸ˜‰

Selepas lebih kurang 15 minit begitu, ustaz pun mula merawat bahagian yang sakit..ust pakai ilmu batin dalam merawat. Saya tengok saja. Semua keluarga pun tengok..kiranya depan semua orang lah gituw..😊

Ust tanya pinggang mana yang sakit..saya cakap kiri. Semua anggota sebelah kiri saya memang sakit. 😒

Ust seperti mencabut sesuatu sahaja. Tangannya tu seperti mencabut-cabut sesuatu yang ada d pinggang kanan dan kiri dan di tulang belakang saya. Mama saya cakap ust seperti mengumpul semuanya kemudian mencabutnya seperti merentap dengan kuat. Agak besar juga benda tu. Sebab jari jemari ust tak bersatu. Kanan dan kiri agak jauh antara satu sama lain. 

Selepas tu saya cakap leher seperti jammed pada certain time, tak boleh pusing kiri dan kanan. Ust pun gerakkan tangan dan mula merawat. Saya dapat rasakan sesuatu seperti satu ikatan tu terbuka secara perlahan-lahan. Memang terlerai tali tu. (Ust pakai sarung tangan k)

Kemudian saya tunjuk pula kaki. Kaki saya ni sentiasa kejang, keras dan seperti ditarik-tarik dan diikat supaya tak bole bergerak. Ust cuba juga tengok dan rawat. Saya dapat rasakan seperti ikatan atau simpul tali tu terlerai sedikit demi sedikit. Kemudian ust cabut beberapa lagi di tapak kaki. Seperti 'paku atau benda tajam' sebab bahagian tu "tapak kaki" memang sakit, susah untuk dipijak apatah lagi berjalan kesana kemari. Apalagi masa driving😧. Mencucuk-cucuk sakitnya. Sangat sangat sakit.

Rawatan malam tu memang agak lama. Banyak yang terlerai banyak yang tersingkap. Lebih kurang jam 12.30pagi sesi rawatan selesai. Lama juga kan..saya mula dirawat sekitar jam 8.30 malam macam tu. Pada malam jumaat. 

Apa yang sempat kami faham daripada ust tu, "orang tu" menggunakan sihir angin.
"Orang tu" juga menggunakan gambar saya yang penuh. Kiranya gambar tu satu badanla macam tu. Sebab tu, beringatlah semua jangan suka-suka post gambar ya. Sakit tau. Kita tak tau sesiapa yang dengki dengan kita. Orang tu tidak akan tunjukkan sifatnya atau perasaannya depan kita. Dia akan simpan dalam hati dan mencari cara untuk membuatkan dia agar puas hati dan membalas sekaligus mencederakan.

Saya sangat beruntung kerana sempat dirawat. 
Menurut ust, gambar saya dipuja dan "org tu" juga melukis bentuk fizikal saya pada sesuatu dan memahat seluruh sendi-sendi menggunakan benda tajam. (Cuba bayangkan "dia" pahat, "dia" puja. Puja ni maksudnya dia asapkan atau dia baca mantera bertujuan untuk menyakiti)

Gambar saya turut ditanam. Saya tak pasti kenapa ditanam. Terlalu busuk hati dan mendalam syaitan dan iblis didalam dirinya. Ibarat dirinya tu diselubungi rasa dendam. Saya andaikan juga dia memang syaitan yang wujud dalam jelmaan manusia.  Motif memang dengki. Ya Allah sesungguhnya Allah swt melihat dan memberkati usaha saya kerja keras saya. Saya selalu berdoa mencari rezeki yang halal dan barokah. Tapi ada juga orang tidak puas hati. Saya usaha siang malam bekerja. Buatlah sesuatu!! Takkan rezeki datang bergolek tanpa usaha.  

Dua tahun saya menderita sakit misteri akhirnya tubuh badan saya bebas daripada segala perbuatan syirik manusia. Allah swt memang ada. Percayalah Allah akan membalas segala perbuatan mereka. Sahabat tau tak, saya seolah-olah mendapatkan semula diri yang telah hilang. Perasaan gembira tu hanya Allah yang tahu. Saya benar-benar bersyukur ditemukan dengan Ust yang merawat saya. Sungguh ilmu Allah sangat luas..Ust turut memberi saya ayat-ayat quran sebagai pelindung. Mesti baca selalu. Agar terhindar dari segala perbuatan syirik atau gangguan-gangguan lagi.

Kalo kena pun, Ust tu cakap sipi-sipi sahaja. 
Sahabat boleh bayangkan la kan betapa 2 tahun keluar maauk hospital rupa-rupanya daripada perbuatan kejam manusia yang dengki dengan kita.

Semoga Allah swt memberi petunjuk kepada orang tu  (aamiin) dan Allah swt menggerakkan hati dia untuk bertaubat sebelum terlambat (aamiin). Rasalah azab dunia yang kau pernah kerjakan dahulu kemudian, sekiranya kau tidak bertaubat kau rasalah juga betapa peritnya dan sakitnya azab di akhirat akibat perbuatan kau.

Semoga entri kali ini bermanfaat kepada pembaca sekalian ya. Ramadhan tak lama lagi. 

Semoga kita segera bebas daripada ujian dunia ni iaitu covid 19 (aamiin). Semoga Allah swt memberi kesempatan kepada kita agar dapat mengerjakan ramadhan tahun ini (aamiin) dengan hati yang penuh khusyuk beribadat hanyaNya..

Ya Allah, beri kami kesempatan untuk bertaubat dalam bulan ramadhan ini Ya Allah.
Terima taubat dan penyesalan kami dan segala perbuatan kami Ya Allah. 

Sesungguhnya hanya kepadaMu tempat kami meminta ampun hanya Engkau tempat kami mengadu. Engkau melihat Ya Allah, Engkau Mendengar Ya Allah, Engkau mengetahui apa yang terbuku dihati kami ini Ya Allah..
Sedang kami ini lemah dan tidak berdaya maka ampuni dosa-dosa kami dan berilah kami hidayah petunjuk Mu dari dunia hingga akhirat.
Aamin amin ta rabbal alamin.

#stayathome
#kitajagakita
#covid19

Comments

Popular posts from this blog

Ikhlas Tu Macamana?

Renungan ku renungan mu jua..siri 2

Ujian Itu Hanya Untuk Orang Yang Kuat