POLIGAMI
Bagaimana kewajaran berpologami menurut Islam dan syarak: Hanya untuk bacaan bersama. Jangan di jadikan sebagai bahan untuk mencari kesilapan orang lain. Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. Berpoligami atau mempunyai isteri kedua adalah suatu yang diharuskan oleh syarak berdasarkan firman Allah Taala: Bermaksud: “Maka berkahwinlah dengan siapa yang kamu sukai daripada wanita-wanita dua, tiga atau empat. Maka jika kamu bimbang tidak dapat berlaku adil, maka berkahwinlah dengan seorang sahaja atau (pakailah) hamba perempuan yang kamu miliki.” (Surah al-Nisa’ (4); ayat 3) Berikut adalah hadith yang tercatat dalam Sunan Abu Daud, terbitan Darul Kutub al-Ilmiyyah, cetakan ketiga 2007, dalam Kitab al-Nikah, Bab Man Tazauwaja al-Walud, jilid kompilasi penuh, halaman 327, hadith nombor 2050: Bermaksud: “ Seorang lelaki telah datang kepada Rasulullah SAW lalu berkata: “Wahai Rasulullah! Sesungguhnya aku menyukai seorang wanita yang berketurunan baik, mempunyai ...