POLIGAMI

Bagaimana kewajaran berpologami menurut Islam dan syarak: Hanya untuk bacaan bersama. Jangan di jadikan sebagai bahan untuk mencari kesilapan orang lain. 

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.


Berpoligami atau mempunyai isteri kedua adalah suatu yang diharuskan oleh syarak
berdasarkan firman Allah Taala:

Bermaksud: “Maka berkahwinlah dengan siapa yang kamu sukai daripada wanita-wanita dua, tiga atau empat. Maka jika kamu bimbang tidak dapat berlaku adil, maka berkahwinlah dengan seorang sahaja atau (pakailah) hamba perempuan yang kamu miliki.” (Surah al-Nisa’ (4); ayat 3)


Berikut adalah hadith yang tercatat dalam Sunan Abu Daud, terbitan Darul Kutub al-Ilmiyyah, cetakan ketiga 2007, dalam Kitab al-Nikah, Bab Man Tazauwaja al-Walud, jilid kompilasi penuh, halaman 327, hadith nombor 2050:


Bermaksud: “Seorang lelaki telah datang kepada Rasulullah SAW lalu berkata: “Wahai Rasulullah! Sesungguhnya aku menyukai seorang wanita yang berketurunan baik, mempunyai kedudukan dan berharta, akan tetapi dia tidak boleh beranak. Adakah boleh aku menikahinya?” Maka Rasulullah bersabda: “Jangan kamu menikahinya”. Kemudian lelaki itu datang lagi untuk kali kedua dan bertanya soalan yang sama. Lalu Rasulullah tetap melarangnya. Kemudian dia datang untuk kali ketiga dengan soalan yang sama. Lalu Rasulullah bersabda: “Kahwinilah wanita yang penyayang dan mampu melahirkan ramai anak kerana aku berbangga dengan umatku yang ramai.”


Syarat memberi layanan dan bersikap adil, seperti dengan pandangan Mazhab Syafi'i berdasarkan kitab al-Iqna’ oleh al-Khatib al-Syarbini, terbitan Darul Kutub al-Ilmiyyah, jilid 2, halaman 275-276: Hadith riwayat: Abu Daud, Ahmad, al-Baihaqi, al-Hakim, al Tabrani dan al-Daruqatni.
Bermaksud: “Menyamakan dalam giliran bermalam di antara isteri-isteri adalah WAJIB dan tidak boleh suami memasuki (rumah) isteri yang bukan pada masa gilirannya tanpa sebarang keperluan… Adapun jika suami memasuki (rumah) isteri tersebut (yang bukan pada masa gilirannya) kerana keperluan seperti meletak barang atau mengambilnya, atau menyerahkan nafkah atau mengetahui perkhabaran maka ia diharuskan berdasarkan kepada hadith Aisyah r.a. berkata: Rasulullah SAW pernah mengunjungi kami semua lalu Baginda singgah ke rumah setiap isteri tanpa bersentuhan (yakni bersetubuh) sehingga Baginda sampai ke (rumah) isteri yang mempunyai giliran pada hari itu, lalu Baginda bermalam bersamanya.” Dan tidak perlu suami itu menqada’ giliran jika ia dilakukan kerana keperluan walaupun mengambil masa yang lama.

Gambar di bawah hanya contoh sahaja.





 Sajak Noor Dayana untuk suami:


Comments

Popular posts from this blog

Ikhlas Tu Macamana?

Renungan ku renungan mu jua..siri 2

Ujian Itu Hanya Untuk Orang Yang Kuat