Ujian Itu Hanya Untuk Orang Yang Kuat

Assalammualaikum waramatullaahi wabarakatuh.

Selamat menyambut bulan Ramadhan al mubarak kepada semua umat Islam dan selamat berpuasa. 

Awal bulan puasa baru-baru ni saya sempat berpuasa 5 hari saja. Puasa keenam suda ponteng bersebab ya.

Saya mengalami sakit perut atas dan bawah yang teruk. Adalah lebih kurang 3 minggu. Tapi saya pendamkan sahaja. Sampailah satu tahap saya muhasabah diri harus ke hospital. So, saya pun driving merempuh road block sempena PKP 2020. 

Jammed yang teramat dari rumah sepatutnya hanya 10 minit ke hospital. 

Disebabkan oleh PKP tu sy sangkit agak lama. Saya khuatir sakit perut datang lagi. Tiba-tiba ada seorang pegawai polis ketuk tingkap kereta yang saya pandu.

"Mau kemana cik" kata pegawai polis yang bertugas.
"Saya mau p klinik"  kata saya.
"Lebih bagus simpang ke hospital terus, ok sila ikut laluan ni". Kata polis sambil menunjuk arah shortcut tu. 

Saya pun dengan rela ke hospital. Padahal ingin ke klinik saja. 😅😅
Lebih kurang sejam menunggu. Akhirnya turn sy pun tibaaaaaa.

Pendekkan cerita. Saya sakit perut dan dalam masa yang sama sakit dada kanan. Teramat sakit. Doktor beri ubat bla..bla..bla... dan nasihat bla..bla..bla...

Tonsil dan ulser dalam mulut saya ni memang sangat bekerjasama. Sudahnya saya sakit perut, mereka pun berduyun-duyun datang. Tonsil sampai bengkak dan doktor sudah beri ubat. Ulser beranak pinak doktor pun ada beri ubatnya.

Saya kuatkan hati "saya yakin ini ujian Allah SWT untuk hamba yang terpilih saja". 

Saya redha dan bersabar. Iya memang sakit. Ada 2 3 orang sahaja sahabat yang mengetahui keadaan saya.

Mereka pun turut memberi nasihat kepada saya. Ada banyak nasihat. Iya terima kasih semuanya. Saya tahu semua sayangkan saya. Saya juga 😍😍.

Hebatnya ujian Allah SWT yangvsaya tanggung ini tidak sama berbanding para sahabat dan keluarga baginda Rasulullah SAW. 

Apalah sahaja yang saya tanggung ni. Sunghuhpun sakitnya sehingga saya perlu meraung-raung mengharapkan belas kasihan mama sahaja. 

Semoga Ibubapa ku mendapat kemuliaan dan kebaikan di dunia dan akhirat..amiin. (Sahabat yang membaca jangan lupa doakan ibubapa kalian juga setiap hari ya) 

Sekian sahaja coretan saya untuk hari ini. Saya sebenarnya sedang dalam kesakitan namun ingin juga berkongsi disini. So, selamat berpuasa dan selamat menunaikan ibadah zakat ya. 

Assalammualaikum wbt.

Comments

Popular posts from this blog

Ikhlas Tu Macamana?

Renungan ku renungan mu jua..siri 2