BANGSA SAMAH DI KOTA BELUD bahagian 3
BANGSA SAMAH DI KOTA BELUD bahagian 3 Menurut orang-orang lama di Daerah Kota Belud, suku kaum utama di Kota Belud ialah Samah bukan Bajau seperti yg ada sekarang. Semua orang Samah di Kota Belud mengenali suku kaum mereka ialah BAJAU bukan SAMAH. Banyak sejarah lama menceritakan perihal ini. Bajau sudah di daftar dan di iktiraf malah SAMAH retak menanti belah. Apakah yang akan terjadi sekiranya “SAMAH” tidak di pertahankan. Hal ini sangat merunsingkan, kerana orang-orang Kota Belud sendiri ada yang tidak pandai bertutur SAMAH malah memilih untuk berbahasa Melayu dengan anak-anak mereka. Tidak kurang juga ada yang menggunakan Bahasa Inggeris sebagai bahasa pertuturan di rumah. Bukan saya tidak membanggakan orang SAMAH ini tetapi perbuatan inilah yang menenggelamkan sendiri SAMAH itu. Walau saya merayu atau memohon untuk mendaftarkan SAMAH ini tetapi bangsa itu sendiri sudah membunuh akan nama tersebut. Saya sudah melihat apakah yang akan terjadi sekiranya suku kaum SAMAH ini di ik...