BANGSA SAMAH DI KOTA BELUD bahagian 3


BANGSA SAMAH  DI KOTA BELUD bahagian 3
Menurut orang-orang lama di Daerah Kota Belud, suku kaum utama di Kota Belud ialah Samah bukan Bajau seperti yg ada sekarang. Semua orang Samah di Kota Belud mengenali suku kaum mereka ialah BAJAU bukan SAMAH. Banyak sejarah lama menceritakan perihal ini.

Bajau sudah di daftar dan di iktiraf malah SAMAH retak menanti belah. Apakah yang akan terjadi sekiranya “SAMAH” tidak di pertahankan.

Hal ini sangat merunsingkan, kerana orang-orang Kota Belud sendiri ada yang tidak pandai bertutur SAMAH malah memilih untuk berbahasa Melayu dengan anak-anak mereka. Tidak kurang juga ada yang menggunakan Bahasa Inggeris sebagai bahasa pertuturan di rumah. Bukan saya tidak membanggakan orang SAMAH ini tetapi perbuatan inilah yang menenggelamkan sendiri SAMAH itu.


Walau saya merayu atau memohon untuk mendaftarkan SAMAH ini tetapi bangsa itu sendiri sudah membunuh akan nama tersebut. Saya sudah melihat apakah yang akan terjadi sekiranya suku kaum SAMAH ini di iktiraf. Of course “lah” JPN sibuk, dan segala-galanya la akan jem. Tetapi harus di ingat, ini suku kaum kita yang (bagi orang SAMAH Kota Belud) kenapa kita harus membiarkannya terjadi..? tepuk dada tanya selera.  Semua orang kita ni sibuk mengumpul harta. Sehingga harta yang lebih utama ini di lupakan begitu sahaja. Janganlah Tuan-Tuan dan Puan-puan memarahi saya dengan terbitnya artikel ini, kerana tujuan utama saya hanya lah mengumpul data.

Proses pengumpulan data saya sudah bermula tahun 2010. Tetapi usaha saya terbantut kerana kurang maklumat. Sekarang saya sudah berjumpa siapa yang layak membantu usaha saya ini. 
Till then, see u again. 

will cont. 

Comments

Popular posts from this blog

Ikhlas Tu Macamana?

Renungan ku renungan mu jua..siri 2

Ujian Itu Hanya Untuk Orang Yang Kuat