Usaha Tamu Besar Kota Belud 2017
Assalammualaikum wbt. Sepanjang sabtu dan ahad saya berkampung di pekan Kota Belud untuk menyambut pesta tamu terbesar di Sabah. Saya datang tamu besar ada banyak urusan sebenarnya.. ewahh kalah menteri jo.. 😅😅 Iya memang betul. Saya datang tamu besar ni ada tujuannya tersendiri. Pertama saya buat survey kedua saya menjadi agen sah Marissa Cosmetic. Sebagai usahawan saya perlu untuk membuat tinjauan di open market seperti ini...kadang-kadang benda yang tidak ada pasaran boleh jadi laku keras semasa event seperti ini. Oleh itu saya ambil kesempatan untuk menjadi supplier atau memajak yang perlu sahaja. Kadang-kadang kita tidak tahu pun sesetengah barang tu permintaannya sangat tinggi. Dan kadang-kadang permintaan itu sebenarnya kita yang create pasarannya. Faham ka tidak? Usahawan perlu bijak. Kita yang mesti create pasaran untuk barang tu. Tapi ingat jangan menipu customer. Customer yang tertipu pasti akan boikot atau burukkan jualan anda. Hati-hati semasa ...