Usaha Tamu Besar Kota Belud 2017

Assalammualaikum wbt.

Sepanjang sabtu dan ahad saya berkampung di pekan Kota Belud untuk menyambut pesta tamu terbesar di Sabah.

Saya datang tamu besar ada banyak urusan sebenarnya.. ewahh kalah menteri jo.. 😅😅

Iya memang betul. Saya datang tamu besar ni ada tujuannya tersendiri. Pertama saya buat survey kedua saya menjadi agen sah Marissa Cosmetic.

Sebagai usahawan saya perlu untuk membuat tinjauan di open market seperti ini...kadang-kadang benda yang tidak ada pasaran boleh jadi laku keras semasa event seperti ini. Oleh itu saya ambil kesempatan untuk menjadi supplier atau memajak yang perlu sahaja. Kadang-kadang kita tidak tahu pun sesetengah barang tu permintaannya sangat tinggi. Dan kadang-kadang permintaan itu sebenarnya kita yang create pasarannya. Faham ka tidak? Usahawan perlu bijak. Kita yang mesti create pasaran untuk barang tu. Tapi ingat jangan menipu customer.

Customer yang tertipu pasti akan boikot atau burukkan jualan anda. Hati-hati semasa berniaga. Mesti ikhlas, jujur dan amanah. Ingat Allah swt sentiasa memerhati apa yang kita lakukan. Jangan menipu timbangan, jangan menipu preloved ka new, jangan menipu untuk hanya mendapatkan wang sahaja. Ini USAHAWAN pintar tapi bodoh namanya.

Oleh itu saya pun berjumpa dengan beberapa produk dan "itu" akan menjadi produk sampingan saya yang lain. 😀😀

Bercerita mengenai Marissa Cosmetic ni pula. Ini memang sangat baharu di pasaran namun, ia semakin ke depan. Produk ni di usahakan oleh seorang usahawati yang sangat cinta kepada kosmetik. Marisaa Cosmetic ni akan launch di Mood Republic Kuala Lumpuraybe Festival Y.E.S tu. Inshaallah..doakanlah semoga success. ☺

Doa kita untuk kebaikan orang akan makbul inshaallah oleh itu jangan doakan yang buruk-buruk. Doa yang baik yakni mendoakan agar perjalanan perniagaan atau mempermudahkan urusan orang lain kelak Allah swt akan memberi jalan dan rezeki jua untuk kita. Wallahualam. Tapi kita perlu berusaha dan tawakal..sesudah itu redho dengan apaa yang telah Allah swt  tentukan kepada kita.

Jum sambung tentang Marissa Cosmetic. Nama Marissa ini di ambil sempena nama puteri tunggal founder ni. Founder ini hanya ada sepasang anak.

So nama Marissa Cosmetic ini sempena nama puterinyalah. Ok cukup pengenalan untuk produk Marissa ni.

Pendekkan cerita la ya. Hari terakhir pesta tamu besar tu saya turun padang la untuk bersama-sama dengan founder. Saya tidak tahu pula foundation Coco Beige dan foundation Country Wild ni mendapat permintaan yang banyak.. Huhu.. alhamdulillah. Orang mula datang beli foundation ni satu persatu. Alhamdulillah.

Saya ni bukan penggemar kosmetik. Apalagi menggunakannya. Namun selepas involved dalam marketing Marissa Cosmetic ni saya dapati wanita-wanita di luar ni suka kelihatan CANTIK dan MENAWAN. Saya TERPEGUN okay. Siapa yang tidak mahu tampil dengan imej cantikkan?

Mostly yang beli foundation ni golongan ibu-ibu yang berkerjaya, surirumah dan pelajar-pelajar. Coco Beige ni ada Vitamin E dan C, Extract Argan Oil dan Rose Essence. Apabila saya tanya kenapa beli mereka cakap

"tahan dan glowing tu of coz la ya. Senang lap dengan wet tissue dan muka tidak berminyak."

Ok ini apa yang mereka cakap bukan saya yang cakap.

Item kedua yang laku keras juga adalah Sabun 24K Gold Miracle dan Blacky Soap. Sabun memang main produk Marissa Cosmetic ya.. ramai yang ingin hilangkan parut di wajah, hilangkan jeragat, pudarkan bekas jerawat dan menegangkan kulit wajah. Oleh itu mereka pun beli 2 sabun ni. Saya sebenarnya study dengan feedback dari customer. Saya akui saya zero knowledge tentang kosmetik. Saya ZERO. Tidak tahu apa-apa mengenai produk-produk kecantikan. Tetapi selepas mengenali Marissa Cosmetic saya pun cerminla muka sendiri. Huhuhu

Lalu mula menggunakan 24K Gold Miracle Soap sebeb mahu tegangkan kulit wajah dan menghilangkan bekas jerawat. Sabun ni jimat ok. Potong 4.😅😅 Then boleh tahan sampai 3 bulan. Ambil buihnya sahaja. Jangan rendam dalam air atau siram bawah air lama-lama. Cepatlah sabun tu habis kan...kita pengguna ni kena bijak. Barang tu mahal, so bijaklah pakai. Lainlah kalau kaya rayaaaaa. Boleh beli monthly. He he😅

Ok, sekian sahaja perkongsian sedikit mengenai produk Marissa Cosmetic ni ya. Next time kita up lagi cerita ni dan diselang selikan dengan mempelajari ilmu agama. Kita mestilah perbaiki diri kita dari masa ke semasa. Bukannya zahiriah namun batiniah pun penting.

Assalammualaikum kawan-kawan.  Sekian.

Comments

Popular posts from this blog

Ikhlas Tu Macamana?

Renungan ku renungan mu jua..siri 2

Ujian Itu Hanya Untuk Orang Yang Kuat