POLIGAMI
Bagaimana kewajaran berpologami menurut Islam dan syarak: Hanya untuk bacaan bersama. Jangan di jadikan sebagai bahan untuk mencari kesilapan orang lain.
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.
Berpoligami atau
mempunyai isteri kedua adalah suatu yang diharuskan oleh syarak
berdasarkan firman
Allah Taala:
Bermaksud: “Maka
berkahwinlah dengan siapa yang kamu sukai daripada wanita-wanita dua, tiga atau
empat. Maka jika kamu bimbang tidak dapat berlaku adil, maka berkahwinlah
dengan seorang sahaja atau (pakailah) hamba perempuan yang kamu miliki.” (Surah al-Nisa’ (4); ayat 3)
Berikut adalah
hadith yang tercatat dalam Sunan Abu Daud, terbitan Darul Kutub al-Ilmiyyah,
cetakan ketiga 2007, dalam Kitab al-Nikah, Bab Man Tazauwaja al-Walud, jilid
kompilasi penuh, halaman 327, hadith nombor 2050:
Bermaksud: “Seorang lelaki
telah datang kepada Rasulullah SAW lalu berkata: “Wahai Rasulullah!
Sesungguhnya aku menyukai seorang wanita yang berketurunan baik, mempunyai
kedudukan dan berharta, akan tetapi dia tidak boleh beranak. Adakah boleh aku
menikahinya?” Maka Rasulullah bersabda: “Jangan kamu menikahinya”. Kemudian
lelaki itu datang lagi untuk kali kedua dan bertanya soalan yang sama. Lalu
Rasulullah tetap melarangnya. Kemudian dia datang untuk kali ketiga dengan
soalan yang sama. Lalu Rasulullah bersabda: “Kahwinilah wanita yang penyayang
dan mampu melahirkan ramai anak kerana aku berbangga dengan umatku yang ramai.”
Syarat
memberi layanan dan bersikap adil, seperti dengan pandangan Mazhab Syafi'i
berdasarkan kitab al-Iqna’ oleh al-Khatib al-Syarbini, terbitan Darul Kutub
al-Ilmiyyah, jilid 2, halaman 275-276: Hadith riwayat: Abu
Daud, Ahmad, al-Baihaqi, al-Hakim, al Tabrani dan al-Daruqatni.
Bermaksud: “Menyamakan
dalam giliran bermalam di antara isteri-isteri adalah WAJIB dan tidak boleh
suami memasuki (rumah) isteri yang bukan pada masa gilirannya tanpa sebarang
keperluan… Adapun jika suami memasuki (rumah) isteri tersebut (yang bukan pada
masa gilirannya) kerana keperluan seperti meletak barang atau mengambilnya,
atau menyerahkan nafkah atau mengetahui perkhabaran maka ia diharuskan
berdasarkan kepada hadith Aisyah r.a. berkata: Rasulullah SAW pernah
mengunjungi kami semua lalu Baginda singgah ke rumah setiap isteri tanpa
bersentuhan (yakni bersetubuh) sehingga Baginda sampai ke (rumah) isteri yang
mempunyai giliran pada hari itu, lalu Baginda bermalam bersamanya.” Dan tidak
perlu suami itu menqada’ giliran jika ia dilakukan kerana keperluan walaupun mengambil
masa yang lama.
Gambar di bawah hanya contoh sahaja.
Sajak Noor Dayana untuk suami:
Comments
Post a Comment
....have a nice day..