Santai di rumah sebab PKP (Covid 19) (SIHIR 1/2)

Assalammualaikum semua.

Amacam semua sihat? Sibuk? 
Of coz la sihat dan tak busy kan...😂😂😂😂

Saya terpanggil untuk mencoret hari ni sebab tiba-tiba teringat bulan January 2020 lepas saya dirawat menggunakan perubatan Islam.

Sepanjang tahun 2018 dan 2019 saya sangat menderita k.. pelbagai cara dan orang kami jumpa untuk berubat. (Hospital review tu memang WAJIB la k) kaedah perubatan selain moden ni kita mesti juga ikhtiar.

Hanya Allah swt yang berhak memberi kesembuhan. Kita sebagai hambaNya hanya mampu berusaha iaitu ikhtiar selebihnya kita doa dan tawakal Allah akn memberi izin untuk kita sembuh. 

Ingatlah bahawa sakit itu ujian jadi hanya yang terpilih sahaja akan diujiNya. Terasa diri ini berdosa dan Allah swt memberi peluang kepada diri iniuntuk berdoa, patuh dan menyebut-yebut namaNya. 

Kawan-kawan, mama bapa dan adik beradik saya telah membawa saya kebanyak tempat untuk mengubati penyakit saya.

Saya tidak hanya menghidap satu penyakit sahaja iaitu autoimmune disease yang disebut-sebut Rheaumatoid Arthritis malah saya juga kena saspek kanser.  Bukan itu sahaja kepala saya perlukan penyokong atau stand sebab tak boleh pusing. Selain tu, doktor juga saspek saya ada multiple scelorosis

Saya terpaksa menelan ubat tahan sakit yang pelbagai. Sedih rasanya apabila saya bergantung harap dengan semua ubat pain killer. Apabila menjelang malam semua sakit akan datang. Sebelum tidur sana kena adjust pinggang dan leher supaya tekanan tu kurang dan dapatlah saya lelap. Namun selepas 2 atau 3 jam berjaya lelap mata RA akan mula menyerang. Seluruh kaki akan keras dan sakit. Kejang dan tegang segala urat dari jari kaki sampai hujung jari tangan. Sakit tau 😢

Saya bangun untuk zikir dan berdoa. Selepas tu pinggan dan tulang belikat macam direntap dan diperah-perah. Hanya Allah yang tahu. Benarlah ujian ini memberi keinsafan.

Kadang-kadang saya terlelap sebab menangis sambil menahan sakit. Saya kuatkan juga semangat kerja perlu diteruskan. Walaupun pergerakan terhad. Saya sentiasa membawa ubat-ubatan.

Semasa saya dirawat oleh ustaz.
Adalah beberapa kali eawatan dengan ustaz yang sama. 

Mula-mula tak nampak sangat kesannya. Saya masih merasakan sakit yang sama..
Kali kedua ust tu cakap dia dah jumpa sakit saya tu. 

Orang kejam yang bertopengkan iblis tu menanam 7 benda dari pagar utama sampai depan rumah. Halaman rumah dia tak masuk sangat sebab semua bersimen. Tapi jalan dari pagar utama menuju halaman tu ada kawasan tidak bersimen. Pagar utama kiri dan kanan habis ditanamnya..dan sepanjang laluan keluar masuk rumah pun abis ditanamnya benda iblis tu.

Ust dan kawan-kawannya berjaya menyiram dan membakar benda tu. Ipar dan adik saya turut menyaksikan malam tu. Memang berbau hangus di kawasan yang disiram. 

Ini semua berlaku atas izinNya. Hanya Allah Maha Berkuasa dan hanya Allah jua yang berhak ke atas segala makhluk dibumi mahupun dilangit. 

Kira-kira seminggu selepas jumpa ust kali kedua ni. Sakit pinggang dan dada datang semula. Dada seperti ditikam. Saya ingatkan haritu suda gol 😂😂 Allah Maha Besar saya masih bernyawa.
Alhamdulillah.

Pagi tu saya merasakan sakit yang teramat. Saya menangis dan segera menuju kehispital untuk minta suntikan pain killer. Dr segera memberi suntikan. Saya memang selalu jumpa Dr ni. Memang dia yang merawat saya sepanjang tahun 2019. Tahun 2018 doktor India..pempuan. sangat lemah lembut. Doktor tu sangat prihatin.

Dan malam tu, kami menjemput Ust datang ke rumah lagi. Memang kafir la orang yang memperlakukan saya ni. 😤 

Kejap nanti sambung. Bahagian 2.

Comments

Popular posts from this blog

Ikhlas Tu Macamana?

Renungan ku renungan mu jua..siri 2

Ujian Itu Hanya Untuk Orang Yang Kuat