Derita sihir
Assalammualaikum semua. PKP dilanjutkan lagi nampaknya. 13 april - 28 april 2020.
Marilah kita sama2 menjaga diri kita. Kalau bukan kita siapa lagi. Janganlah pentingkan diri sendiri ok!.
Ok topik malam ni saya hanya ingin kongsikan pengalaman saya selepas pembedahan "biopsy" tu ari.
Sepanjang recovery tu kulit saya memang nampak cantik saja. Saya re-stitches setelah beberapa kali jahitan asal terkoyak. Bayangkan semasa cuci luka (CTU), jururawat cakap kulit saya cantik. Jahitan cantik. Kulit bersih..saya pandai jaga jururawat cakap. Setiap hari datang hospital untuk cuci luka setiap tu juga jururawat puji. Seperti pepatah melayu langit tidak selamanya cerah...maka benda yang tidak diingini pun berlaku.
Peritnya hanya Allah swt yang tahu.
Kenapa boleh re-stitches??
(Gambar my mum yang ambilkan nombor dan buat pendaftaran setiap kali CTU..my mum jugalah yang driving dan support ssya setiap hari)
Ok sambung...
Cuba bayangkan perasaa saya, apabila hampir setiap hari kulit bahagian tu gatal serta seperti di carik-carik rasanya...saya menangis sepanjang tempoh rasa sakit tu. My mom dan dad selalu ikhtiar cari orang yang boleh mengurangkan rasa sakit saya alami. Saya faham mereka mesti rasa sedih melihat keadaan saya seperti tu.
Kadang-kadang saya hampir pengsan menahannya...solusi terakhir selalunya injection. My mom dan dad akan bawa ke Emergency Department untuk injection tahan sakit. Selepas injection biasanya saya akan senyap..ahahaha sakit lor... hahahaha& kesan ubat tu juga la actually buat saya senyap.
So...
You all, saya ni paling fobia la p hospital setelah mengalami warded yang sangat lama. Saya tahu sekiranya saya ke hospital ini "mesti ditahan lagi". Inilah yang selalu ada di dalam benak fikiran saya.
So saya akan selalu tahan sampai saya rasa menangis dan jerit sekuat hati untuk menghilangkan rasa sakit tu. Pernah aritu, kulit saya tu seperti disiat-siat. Saya cuba korek jahitan tu dan ingin sahaja memasukkan jari saya kedalam parut tu agar lega. Tapi you all...itu tidak akan berlaku. My mum dan dad selalu ada disisi...selalu sebut 'istighfar' banyak2..ingat Allah... Lawan rasa tu. (Semoga kedua-dua ibubapa ku menjadi penghuni di dalam Syurga mu Ya Allah) aaminn.amiin ya rabbala alamin...
Mereka tahu bahawa itu kesan perbuatan orang tu terhadap saya. Dia berjaya melumpuhkan pergerakan saya selama sebulan dua. Namun dia lupa Allah swt melihat segala-galanya. Sekiranya dia bersuka ria sekarang saya sudah tentu menderita. Tapi saya yakin azab perbuatannya didunia dan akhirat itu sudah pasti ada.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Kami didatangi seorang ustaz yang tidak jauh dari rumah kami. Ustaz dan adiknya boleh merawat saya setiap kali saya mengalami seperti 'tantrum' hah bole dikatakan seperti itu la. Setiap kali menjelang maghrib. Saya akan menyendiri dan mula menyentuh dan memukul-mukul bahagian jahitan tu dengan kuat.
Bayangkan lah, saya tidak rasa sakit jahitan tu tapi yang saya rasa sakit dan perit adalah kulit dan isi saya seperti disiat-siat dan dibakar. Sakit teramat sakit. Sebab itulah kenapa saya re-stitches. Doktor marah. Saya cakap saya aktif dirumah..namun sebaliknya .(tipu sunat) he he he
Sekiranya anda membaca coretan luahan perasaan saya ini..saya maafkan kamu.
Saya tidak bisa menghukum. Saya serahkan segala-galanya kepada Allah SWT.
Ingatlah Allah SWT Maha Adil lagi Maha Berkuasa atas segala sesuatu.
Comments
Post a Comment
....have a nice day..