Dunia Hanya Pentas Semata
Assalammualaikum wbt.
Setiap hamba pasti menerima ujian.
Semakin kita kuat semakin banyak ujian yg akan ditempuhi.
Zat Yang Maha Mengetahui tidak pernah tidur.
Kita di uji kerna kita kuat!
Kita mampu mengharunginya!
Aku jua di uji. Ya Allah ujian ku ini tidaklah sehebat mana pun. Tidaklah sehebat cinta hati Rasul Mu Siti Khadijah.
Aku pernah mengeluh Ya Allah.
Aku pernah meraung.
Namun Engkau tetap menguji ku tanpa belas.
Ya Allah.
Aku tahu ujian ini memang untukku,
Aku tahu ujian ini takdirku,
Aku tahu ujian ini tertulis namaku.
Dengan lafaz bismillah. "Aku redha Ya Allah."
Aku hambaMu yang sangat kecil lagi sangat lemah memohon ampun andai aku pernah khilaf dengan ujian ini.
Kerna aku tidak tahu bahawa ujian ini sebenarnya Engkau memilihku daripada berjuta-juta khalifah yang Engkau ciptakan. Aku bangga Ya Allah menjadi yang terpilih.
Engkau sungguh dekat Ya Allah.
Engkau sungguh dekat.
Ya Allah,
Zat Yang Maha Kaya,
Zat Yang Maha Mendengar,
Zat Yang Maha Adil,
Zat Yang Maha Tinggi,
Zat Yang Maha Penyayang..
Beri aku iman, nur, kekuatan, ketabahan, kekal istiqamah, rezeki dan beri aku kasih sayang Mu Wahai Zat Yang MahaMembolak Balikkan Hati.
Aamiin..ya rabb.
Comments
Post a Comment
....have a nice day..