Ikhlas Ketika Bekerja
Assalammualaikum,
Apakah yang dimaksudkan dengan ikhlas?
Dari segi bahasa: ikhlas bermakna bersih dari kotoran dan
menjadikan sesuatu bersih tidak kotor. Maka orang yang ikhlas adalah orang yang
menjadikan agamanya murni hanya untuk Allah saja dengan menyembah-Nya dan tidak
menyekutukan dengan yang lain dan tidak riya dalam beramal.
Manakala dari segi istilah: ikhlas bererti niat mengharap redha
Allah saja dalam beramal tanpa menyekutukan-Nya dengan yang lain. Memurnikan niatnya
dari kotoran yang tidak bagus.
Kunci ikhlas adalah orang yang ikhlas dalam hidupan
hariannya akan sentiasa berasa senang dan tenang. Oleh itu cuba belajar menjadi
seseorang yang ikhlas. Tenang ka tidak hari-hari anda?
SANGAT TENANG BUKAN?
Pernah dengarkah Sabda Rasullah ini: “Ikhlaslah dalam
beragama; cukup nagimu amal yang sedikit”. Rasulullah saw. bersabda,
“Sesungguhnya Allah tidak menerima amal kecuali dilakukan dengan ikhlas dan
mengharap ridha-Nya.”
Kerja di pejabat apabila sudah ditugaskan hendaklah ikhlas
melakukannya. Kerana setiap bulan kita menerima imbuhan dari setiap yang kita
lakukan iaitu GAJI. Yang kita bagi kepada kedua ibubapa kita, yang kita beri
kepada anak isteri kita makan, yang kita gunakan untuk membayar rumah tempat
berteduh, kereta sebagai kendaraan ke pejabat dan sebagai makan dan minum kita.
Jika tidak ikhlas bekerja dan sering merungut bagaimana kita hendak menerima
gaji dan apatah lagi membelanjankannya? Tidak MALUkah untuk menerima semua
pemberian ini? Kerja di pejabat tidak pernah memudaratkan apatah lagi mencelakakan diri sediri. Maka ikhlaskanlah
bekerja. Jangan harapkan sanjungan ke atas sumbangan yang sedikit anda itu.
Sama-samalah kita sentiasa muhasabah diri sendiri. Sekadar peringatan kepada
diri sendiri dan anda yang membaca.
Assalammualaikum.
Comments
Post a Comment
....have a nice day..