Jenis-Jenis Kemahiran Berfikir

Hai kawan-kawan, cuba kita pakai otak kita berfikir?? apa yang kita dapat??Jum kita lihat kemahiran berfikir..

Jenis-Jenis Kemahiran Berfikir



Apakah komponen utama kemahiran berfikir (KB)?

1.       Komponen utama KBKK:
  • Berfikir secara kritis,
  • Berfikir secara kreatif.

2.       Apakah kemahiran berfikir secara kritis?
 KB secara kritis ialah kecekapan dan keupayaan menggunakan minda untuk menilai kemunasabahan  dan kewajaran sesuatu idea, meneliti kebernasan dan  kelemahan sesuatu hujah, dan membuat pertimbangan yang wajar dengan menggunakan alasan dan bukti.

3.       Apakah kemahiran  berfikir secara kreatif?
             Kecekapan menggunakan minda untuk:
  • menjana dan menghasilkan idea
  • mencipta sesuatu yang baru, asli, luar biasa, pelbagai, dan bernilai  sama ada bersifat maujud, abstrak, idea atau gagasan.
  •  menerokai dan mencari makna , pemahaman  dan penyelesaian masalah seacara inovatif.

4.       Apakah contoh-contoh  kemahiran  berfikir bagi setiap komponen itu?
           Contoh-contoh  kemahiran berfikir secara kritis:
  • membanding dan membeza:
  • membuat kategori,
  • meneliti bahagian-bahagian kecil dan keseluruhan.
  • menerangkan sebab.
  • membuat sekuen / urutan.
  • menentukan sumber yang dipercayai,
  • membuat ramalan,
  • mengusul periksa andaian,
  • membuat inferens
       Contoh kemahiran berfikir secara kreatif:
  • mencipta analogi
  • menjana dan menghasilkan idea baru
  • mencipta metafora,

     5.   Bagaimanakah dengan kemahiran membuat keputusan dan menyelesaikan masalah?
  
      Kedua-duanya termasuk ke dalam komponen berfikir secara kritis dan komponen berfikir secara kreatif.



Comments

Popular posts from this blog

Ikhlas Tu Macamana?

Renungan ku renungan mu jua..siri 2

Ujian Itu Hanya Untuk Orang Yang Kuat