Posts

Ramadan

Semoga ramadan tahun ini <2017> penuh makna untuk kita semua. Tahun ini saya sempst menjahit dress untuk anak sedara. First time jahit utk budak. Tak sangka puka menjadi. Well practice makes perfect ba kan. Kslo baju untuk saya sudah pelbagai u. Saya tinggal draf saja atas kertas dan ukur tepat then taadaaa jadilah. Semuanya hanya terpulang pada kita. Sesungguhnya apa yg kita niat lillahi taala maka jadi la iya.. "innama'al binniat". Alhamdulillah dengan rezeki faham dan rezeki boleh menjahit yang sudah diberi Allah swt. Jum sama-sama selswat. Sollu alan nabiy. Allahumma solli ala sayyidina muhammad wa ala ali sayyidina muhammad.

Siri Khas Tazkirah Ramadan 2017

*SIRI 1 : AWAL AL-MUBARAK* "Berpuasa pada bulan Ramadhan dan berpuasa sebanyak tiga hari pada setiap bulan akan menjauhkan fikiran jahat daripada hati dan membersihkannya."  Ramadhan menjenguk lagi. Dan sedari awal kedatangannya memang dinanti. Inilah masa yang paling sesuai untuk merebut ganjaran pahala yang berlipat kali ganda tanpa diganggu-gugat oleh syaitan dan iblis, hanya nafsu yang perlu dikawal. Setiap individu mempunyai cara yang tersendiri menyambut Ramadhan. Ada juga mukmin yang memulakan sambutan puasa dengan berpuasa sunat. Sebagaimana sabda Rasulullah SAW  yang bermaksud :  ""Janganlah kamu mendahului Ramadhan dengan berpuasa sehari atau dua hari sebelumnya, kecuali seseorang yang telah membiasakan diri berpuasa sunat, maka ia dibolehkan berpuasa." - HR Tujuh Ahli Hadith " Puasa Ramadhan tidak boleh dimulakan dengan berpuasa sunat atas alasan ingin menyambut ketibaan Ramadhan. Namun, jika seseorang individu itu telah biasa dan memang me...

Panduan Mengeluarkan Zakat

* PANDUAN MENGELUARKAN ZAKAT FITRAH* Oleh Ustadz Abu Rasyid 1. Diriwayatkan dari Ibnu Umar t.ia berkata : Rasulullah telah mewajibkan zakat fithrah dari bulan Ramadhan satu sha' dari kurma, atau satu sha' dari sya'iir. atas seorang hamba, seorang merdeka, laki-laki, wanita, anak kecil dan orang dewasa dari kaum muslilmin. ( H.R : Al-Bukhary dan Muslim ) 2. Diriwayatkan dari Umar bin Nafi' dari ayahnya dari Ibnu Umar ia berkata:   Rasulullah telah mewajibkan zakat fithrah satu sha' dari kurma atau satu sha' dari sya'iir atas seorang hamba, merdeka, laki-laki, wanita, anak kecil dan orang dewasa dari kaum muslimin dan beliau memerintahkan agar di tunaikan / dikeluarkan sebelum manusia keluar untuk shalat 'ied. ( H. R : Al-Bukhary, Abu Daud dan Nasa'i) 3. Diriwayatkan dari Ibnu Abbas ra. ia berkata : Rasulullah saw telah memfardhukan zakat fithrah untuk membersihkan orang yang puasa dari perbuatan sia-sia dan dari perkataan keji dan untuk member...

Kuih Raya 2017

Assalammualaikum wbt, Jum sebarkan salam. Orait..tahun ini saya berazam buat kuih raya sendiri. Oleh itu, tunggu dan lihat...huhuhu. Listing biskut raya : 1) Biskut Arab 2) Biskut Semprit 3) Biskut Dam 4) Cornflakes Badam 5) Biskut Butter 6) Biskut Tart 7) Biskut Thumb print. Kita tengoklah nanti mana-mana yang saya dapat buat. ^^ Kadang-kadang saya sibuk dengan kelas, crafting, biz online dan macam-macam lagi bisnes. Oleh itu, saya tidak jamin semua kuih di atas ada dalam balang raya. He he he Sekian malam ini. 8.08pm 15 May 2017 P/s esok birthday my dad.

Tengok kartun

Image
Kalo ada budak di rumah, memang macam ini la siaran tv kami. Bukan anak sendiri namun anak anak saudara saya sangat ramai. Siaran tv kami akan menjadi taufan. Bertukar sepuluh siaran hanya dalam beberapa saat. Hebat bukan! Sekian, laporan pati Sabtu, jam 9.10 am. Saya lapar, mau makan maggie jap. Adios

Kembali

Assalammualaikum bloggers, Sekian lama tidak menaip kini I'm back! !!!! Apa kabar semuanya? Buat apa sekarang? Diharapkan sihat la ya, walau dimana jua berada. Saya ingin berkongsi dengan kawan-kawan semua yang mengenali diri ini. Bahawasanya sahabat baik saya Redza telah kembali kerahmautullah 15 Nov 2016. Allayarham meninggal dalam lenanya. Saya masih ingat 3 hari sebelum menemui Penciptanya dia sempat meminta maaf, halal segala makan dan minum. Memang sedih dan sangat perit apabila kehilangan orang yang kita sayang. Namun apakan daya, Allah swt lebih menyayanginya. Beginilah kita hidup di dunia ini. Yang hidup akan mati... Allayarham sangat baik hati, suka menolong dan sangat pemurah. Saya masih ingat segala memori indah kami bersama. Sedihnya. Saya mengambil masa yang lama untuk mengubat hati. Sepatutnya, dia akan datang Sabah tapi tidak sempat. Semoga dirimu tenang dan mendapat limpahan rahmat Allah swt dari dunia hingga akhirat. Semakin kita sayang akan sesutu, semaki...

Al-Quran Wirid Dalam Sembahyang Tengah Malam

Bersama Habib Ali Zainal Abidin Nanti sy taip ya. Sedang sibuk skg.