YAKJUJ DAN MAKJUJ BAHAGIAN 2
Seperti yang saya ceritakan sebelum ini, hasil kajian dan bacaan sy, sebenarnya bukan Tembok Besar China itu sahaja yang ada untuk menghalang keluarnya Yakjuj dan makjuj, malah terdapat beberapa halangan lain seperti yg ditulis sendiri oleh Muhammad Alexander membahagikan tembok yang menghalang Yakjuj dan Makjuj itu terbahagi kepada dua iaitu:
1. Tembok penghalang semula jadi : Rangkaian penghalang semula jadi berupa Pergunungan Kaukasus, Pergunungan Elbrurz, Pergunungan Hindu Kush, Sungai Syrdarya, Sungai Amu Darya, Pergunungan Tien Shan dan Pergunungan Himalaya.
2. Tembok penghalang buatan manusia : Tembok Darial di Kaukasus Tengah, Tembok Derbend antara Gunung Kaukasus dengan Laut Kaspia, Tembok Gorgan di sempadan Iran Utara, Tembok Besi Alexander Zulqarnain di Fergana dan Tembok Besar China.
Bagaimana yakjuj dan Makjuj ini keluar pula ialah mereka berusaha menggali dan terus menggali sehingga mereka akan kelihatan cahaya lalu ketua mereka berkata, mari pulang esok kita akan teruskan lagi, perkara ini akan terus terusan.
Yakjuj dan Makjuj apabila keluar, maka keluarnya serangan yang mereka akan menembusi tembok penghalang semula jadi seperti Pergunungan Kaukasus, Pergunungan Himalaya, Pergunungan Hindu Kush, dan Pergunungan Tien Shan.
Mereka juga akan menghancurkan tembok penghalang buatan manusia seperti Tembok Darial, Tembok Derbend, Tembok Gorgan, Tembok Besi Alexander di Fergana serta Tembok Besar China dengan kekuatan pasukan berkuda.
Tembok Besar china dipoerbuat daripada tembok batu bata yang besar-besar belaka, manakala bezanya dengan Tembok Alexander ialah, tembok ini diperbuat daripada besi atau logam. Apabila melaluinya tersangat la licin sehingga tiada siapa dapat melaluinya.
Bagaimana kaum ini pula mati??? Sesungguhknya kaum Yakjuj dan Makjuj ini akan mati dan musnah akibat berkat doa Nabi Isa a.s. dengan izin Allah. Pertolongan Allah akan datang dalam bentuk ulat (Muhammad Alexander berpendapat ulat tersebut mungkin merujuk kepada kuman yang berupa virus dan bakteria pada zaman moden ini) yang menyerang leher Yakjuj dan Makjuj sehingga Yakjuj dan Makjuj mati serentak.
SEKIAN JUMPA LAGI KITA DI BAHAGIAN 3.
Comments
Post a Comment
....have a nice day..