Kenapa Perlu Rahsia?
Assalammualaikum Semua,
Tajuk kali ini ialah, Kenapa Perlu Rahsia? Rahsia tu kita sudah tau maksudnya, iaitu menyimpan sesuatu atau menyembunyikan sesuatu tanpa pengetahuan orang lain. Ok jelas bukan?!. So, kenapa perlu ada rahsia? Di sini saya ada beberapa sebab kenapa seseorang perlu ada rahsia.
1) Niat. Ya, ini ialah yang paling utama. Ada orang tidak ingin berkongsi kerana sudah niatnya dari awal atau sejak azali. Sekiranya dia ingin memberitahu maka akan tiba masanya. Cuma niatnya sekarang ialah tidak ingin sesiapa tahu. Maka janganlah suka memaksa sahabat mu.
2) Malu. Ya, ini ialah cabaran terbesar buat dirinya. Sekiranya dia telah memberitahu seseorang tentang rahsianya, maka individu itu telah mencabar dirinya untuk berkongsi sesuatu yang tidak mungkin bias tertanggung lagi. Perasaan itu seakan-akan menghalang ia dari membeitahu, kerana takut di tertawakan oleh orang sekeliling. Maka jaga lah rahsia sahabat mu.
3) Jaga maruah. Ya, ini ialah demi menjaga maruah orang di sekelilingnya. Bukan maruah dirinya. Kenapa??? Kerana “kenyataan” itu mungkin menyakitkan orang disekeliling atau mengaibkan orang itu. So apa yang perlu dibuat ialah, simpan rahsia itu, maka itulah yang terbaik untuk menjaga hubungan kita. Sesama kekasih, adik beradik, ibu bapa, kawan, atau sesiapa sahaja. Biar diri kita dan Allah SWT sahaja yang tahu. Maka, cubalah mejadi seseorang yang tahu menjaga hati dan perasan pasangan/teman.
4) Kepentingan diri sendiri. Ya, ini ialah kategori ‘egoisme’. Kenapa??? Sebab, orang yang suka berahsia ini, tidak ingin melihat kejayaan oarng di sekelilingnya. So apa yang dia buat ialah, dia simpan rahsia kejayaan itu dan tidak berkongsi. Apakah kategori orang ini? Yup, itu ialah pentingkan diri dan tamak. Sepatutnya kita berkongsi resepi kejayaan, supaya kejayaan yang kita ada sekarang itu sentiasa diberkati dan dimurahkan Allah SWT rezeki kita dari masa ke masa akan datang. Maka, janganlah tergolong dalam kategori ini ya.
Ya ok, ini sahaja la yang dapat saya kongsi bersama dengan para pembaca. Tiada sebab kenapa saya post tajuk begini. Tetapi hanya kerana, berkongsi ilmu dengan anda semua. jika anda rasa point saya keterlaluan anda boleh komen dan jika anda rasa ada kurang sila lah beri tunjuk ajar.
Ini ialah hasil dari kotak fikiran saya, bukan di tiru dari mana-mana entry. Ya ok. Sekian.
Comments
Post a Comment
....have a nice day..