Suku Kaum Bugis
Mari kita sama-sama belajar dan meneliti sejarah kedatangan
Bugis ke Sabah. Ada yang mengatakan Bugis berasal dari Tawau. Memang Bugis
banyak di Tawau, tetapi mereka bukan berasal dari Tawau. Penerokaan mereka yang
pertama ialah Tawau, sebab itu Bugis banyak di Tawau. Oleh itu kita jangan
keliru. Adalah dipercayai suku kaum ini
telah meninggalkan Kepulauan Sulawesi menuju ke Pulau Jawa, Sumatera, Semenanjung
Malaysia, Kalimantan dan Borneo sejak abad ke-16 lagi. Kita boleh rujuk Dewan
Bahasa dan Pustaka untuk keterangan lanjut ya. Sebab, tidak semua apa yang saya
kongsi adalah benar. Hidup kita sentiasa penuh dengan tanda tanya. So jangan
terus-terus mempersalahkan saya sekiranya apa yang di kongsi kurang tepatnya.
Di tawau, Bugis bertapak di kawasan yang di kenali Ranggu.
Yang mana jarak dengan Indonesia tidaklah jauh sangat. Suku kaum Bugis berulang
alik, dari Ranggu ke Indonesia untuk berdagang. Tidak hairanlah, kenapa ada
yang berpendapat orang Bugis ini kaya raya. Semangat bangsa Bugis ini harus di
teladani oleh semua kaum. Untuk terus maju. Bugis pada masa dahulu bekerja
sebagai pedagang dan membawa masuk pekerja buruh ke ladang-ladang milik
kerajaan British. Kemudian, ada seorang bangsa Bugis yang bernama Petta Senong berasal
dari kerabat diraja Bone pada masa itu menetap di Sungai Imam, Bombalai, usaha
mereka pada ketika itu adalah sebagi orang upahan kepada Kerajaan Sulu, tujuan
utama untuk menghapuskan lanun-lanun yang bergerak di perairan Laut Sulu,
Borneo.
Post akan datang, kita kaji tentang keturunan, pasola, peris
yang hilang, waris keturunan Raja Bone,..etc..menarik pula membaca sejarah
Bugis ni.
Comments
Post a Comment
....have a nice day..