Campurtangan Pengurus Dalam Kehidupan Pekerja

Topik ialah hasil luahan perasaan rakan penulis yang sengaja di kongsikan untuk di nilai dan di fikir bersama pembaca.

Pengenalan:Pengurus ialah merujuk kepada salah seorang ketua yang ada di syarikat / tempat kerja.Pekerja ialah kakitangan yang bekerja di syarikat / tempat kerja.Hidup peribadi ialah kehidupan atau perkara yang tidak berkaitan dengan pekerjaan di kantor / tempat kerja.

Di pendekkan cerita:
1. Pengurus tidak seharusnya "busy body" dalam kehidupan pekerja. Terutamanya selepas waktu bekerja.

2. Kehidupan atau sebarang perbuatan pekerja selepas waktu bekerja adalah bukan di bawah pemerhatian pengurus lagi!

3. Semua aktivi pekerja selepas waktu bekerja seperti bisnes, memasak, menyanyi dan lain-lain adalah di luar pengawasannya. Oleh itu Pengurus tidak boleh sewenang-wenangnya masuk campur dalam hal kehidupan pekerja. Cukuplah hanya di dalam syarikat!

4. Lainlah pengurus ada kaitan dengan pekerja. Contoh hubungan kekeluargaan. ( Namun ---> Perkara ini tidak termasuk dalam topik.)

5. Penulis benci dengan Pengurus yang suka masuk campur dalam hal kehidupan pekerja dan mengawal semua bidang kerja pekerja. (Ini bukan syarikat lu okay. So di luar syarikat I boleh buat apa I suka----> hanya luahan perasaan shj).

6. Pada pandangan penulis, Pengurus sudah melampau sekiranya menghadkan peluang kerja pekerja walaupun after office hours. 

7. Keputusan Pengurus untuk "perlu meminta izin" sekiranya membuat sesuatu perkara atau assign untuk membuat sesuatu perkara adalah tidak relevan!

8. Penulis harap pembaca blog ini akan bersetuju dengan Penulis.    

9. Pengurus yang tidak berpandangan jauh dan pentingkan diri adalah pengurus yang tidak lama lagi akan...... gol!

10. Abaikan sekiranya anda adalah Pengurus dan tersentuh dengan mesej penulis. Bukan anda yang saya maksudkan. 

Sekian. 

Comments

Popular posts from this blog

OLIMPIK 2012 DI LONDON

Santai di rumah sebab PKP (Covid 19) (SIHIR 1/2)

Cemburu