Tuesday, October 22, 2013

Perniagaan Dan Tokoh

Ada pengusaha blog menggunakan ruangannya untuk menambah pendapatan. Ada juga yang ingin meraih populariti. Untuk tujuan bisnes pun ada juga. Oleh itu, tajuk kali ini adalah untuk mempelajari sedikit teknik atau skill untuk menambah pendapatan selain bekerja 8 jam di pejabat. Apa yang penting adalah kekuatan semangat untuk terus mencuba. Seseorang usahawan yang betjaya tidak pernah selamanya berjaya. Mereka juga pernah mengalami kejatuhan. Daripada kejatuhan inilah datangnya semangat untuk terus berjuang. Oleh itu, para usahawan yang ingin mencuba memiliki perniagaan sampingan jangan terus mengalah. Usaha yang sedikit itu hasilnya juga sedikit. Tetapi usaha yang berterusan hasilnya pasti lumayan. Ya, kita perlukan seorang tokoh atau role model untuk berjaya. Oleh itu, carilah sesiapa saja yang boleh membantu anda berjaya.

No comments:

Post a Comment

....have a nice day..