SIAPA BANI ISRAEL? 2

BANI ISRAEL KELUAR DARI MESIR

Setelah berlaku apa yang kita semua ketahui di antara Nabi Musa dan Firaun dengan mukjirat-mukjizatnya, maka Nabi Musa a.s meminta daripada Firaun untuk membawa keluar kaumnya dari bumi Mesir menuju ke suatu tempat yang telah dijanjikan oleh Allah kepada mereka.

Maka Musa dan kaumnya telah menuju ke arah timur. Apabila mereka sampai di persisiran Teluk Suez mereka dapati di hadapan mereka ialah lautan yang terbentang dan di belakang mereka, bala tentera Firaun mengejarnya. Maka Nabi Musa pun berdoa kepada Allah lalu berlaku satu mukjizat yang mengkagumkan. Bani Israel dapat menyeberangi lautan tersebut dengan selamat dan di waktu yang sama Firaun dan bala tenteranya mati di telan laut.

Apabila Musa a.s dan kaumnya telah menjejaki tebing semenanjung Sinai, maka bermulalah kehidupan baru bagi Bani Israel. Sudah semestinya kehidupan ini berbeza dari kehidupan yang lama. Di Mesir terdapat pelbagai kemewahan dan kenikmatan berbeza dari semenanjung Sinai. Kehidupan mereka boleh dikatakan lasak dan mencabar kerana di sekeliling mereka dipenuhi oleh batu batan yang panas dan terdedah kepada bahang kepanasan matahari, lebih-lebih lagi sumber air yang jarang di dapati kawasan tersebut .

Bani Israel begitu marah dengan kehidupan baru mereka lalu berjumpa dengan Nabi Musa a.s dan meminta daripadanya untuk mengembalikan semula mereka ke Mesir .
Nabi Musa a.s telah dipanggil oleh Allah untuk bermunajat kepadaNYA selama 30 hari. Sepanjang pemergian Nabi Musa a.s untuk bermunajat dan menerima Kitab Taurat, Bani Israil telah dipimpin oleh saudaranya Nabi Harun a.s selama kepergiannya.
Apabila Nabi Musa a.s terlambat pulang dari bermunajat kepada Allah , mulalah Bani Israil meragui akan kenabian dan agama yang diperolehnya. Salah seorang daripada pemimpin yang bernama Samiri telah menghimpun emas, perak, dan barang perhiasan daripada bani Israil dan membentuk seekor anak lembu lantas membawa patung tersebut ke hadapan Nabi Harun a.s lalu dia meminta daripada kaumnya supaya menyembah dan menyembelih korban kepada Tuhan baru mereka. Sekembalinya Nabi Musa a.s dari bermunajat, dia membawa bersamanya kitab Taurat sebagai ajaran dan panduan kepada Bani Israil setelah dia mendapati kaumnya mensyirikkan Allah dengan menyembah berhala yang dibuat oleh Samiri.
Nabi Musa a.s dengan perasaan penuh kecewa telah menghapuskan tulisan-tulisan Kitab Taurat yang diturunkan oleh Allah kepadanyam(ada sejarah mengatakan tidak semua dihapuskan) dan meminta kepada kaumnya supaya bertaubat .
Nabi Musa a.s dan kaumnya merentasi semenanjung Sinai menuju ke Palestin iaitu bumi yang telah dijanjikan oleh Allah kepada mereka. Bagi memenuhi janji tersebut mereka dituntut untuk memerangi orang-orang Kan'an iaitu penduduk Palestin tetapi mereka enggan dan takut untuk berperang kerana mereka telah sekian lama diasuh dengan kehidupan yang senang dan hina.

Disebabkan keengganan mereka maka Allah telah menghukum mereka dengan mengharamkan mereka daripada memasuki tanah suci Palestin yang telah dijanjikan oleh Allah kepada mereka. Bani Israel telah disesatkan oleh Allah di sebuah padang yang luas bernama Tieh selama 40 tahun. Sepanjang tempoh tersebut Allah telah mematikan mereka yang ingkar terhadap suruhan Nabi-NYA dan diwaktu yang sama telah wafatlah Nabi Harun a.s kemudian diikuti oleh Nabi Musa a.s. Setelah kewafatan Nabi Musa a.s, Bani Israel dipimpin oleh seorang muridnya yang taat dan berjiwa pahlawan iaitu Yusha' Bin Nun. Dengan kepimpinan Yusha' dan ketabahan Bani Israel mereka berjaya memasuki tanah Palestine.



reference: ashar: Isteri Mamak tua.

Comments

Popular posts from this blog

OLIMPIK 2012 DI LONDON

Santai di rumah sebab PKP (Covid 19) (SIHIR 1/2)

PERSATUAN BOLA SEPAK MALAYSIA