PELAJAR IPTS DAN PELAJAR IPTA
Assalammualaikum wbt.
Pelajar IPTS sekarang lagi pintar berbanding pelajar IPTA.
Ini bukan dari mana-mana survey tetapi hanya dari pandangan saya sendiri
mengajar di IPTA dan IPTS. Kenapa saya berpendapat begini??
1)
Ketika saya mengajar di salah sebuah IPTS di
Kota Kinabalu majority pelajar berbangsa cina, seperti biasa saya akan
memulakan kuliah dengan ulang kaji pelajaran minggu lepas. Yang saya Nampak,
pelajar IPTS ini cenderung menggunakan perkataan, Kenapa? Apa? Siapa?
Bagaimana? Manakal di IPTA, akhir slide tiada soalan dari pelajar bumiputra.
Apabila saya Tanya Faham kelas? Hanya sedikit sahaja respon faham selebihnya
diam.
2)
Pelajar IPTS lagi rajin menghadirkan diri ke
kuliah dan “on time”. Manakala pelajar IPTA mengambil masa setengah jam lagi
untuk duduk dan buat itu ini di dalam kelas.
3)
Pelajar IPTS rajin menggunakan gadget untuk
menambah pengetahuan tentang subjek yang sedang berjalan. Manakal IPTA pula
cenderung menulis nota. Saya rasa tumpuan ketika menulis nota dan kurang
mendengar menyebabkan pelajar sukar memahami apa yang disampailan oleh tenaga
pengajar.
4)
Pelajar IPTS majority berbangsa cina tadi suka
minum air putih ketika di dalam kelas. Mankala pelajar IPTA mengawal diri
mereka dari meminum air putih yang mana bagus untuk memberi tenaga dan kesegaran
kepada diri kita.
5)
Pelajar IPTS tidak segan silu meminta nota dan
menggunakan masa tambahan untuk bertanya kepada tenaga pengajar, malahan
pelajar IPTA tidak merebut peluang yang telah terbentang malah sibuk mengejar
bas kerana takut bas penuh dan mereka tertinggal.
Kesimpulannya adalah, pelajar IPTS
dan IPTA hendaklah sentiasa berusaha bersungguh-sungguh untuk kejayaan diri
sendiri. Apabila pelajar terpengaruh dengan kawan-kawan yang tidak sihat maka,
pertumbuhan otak akan terbantut dan pelajar juga kemungkinan mengalami
kemerosotan dalam peperiksaan. Pelajar IPTA dan IPTS yang saya maksudkan adalah
HANYA institusi yang pernah saya terlibat, tidak melibatkan sepenuhnya IPTA di
MALAYSIA dan IPTS di MALAYSIA.
Ini hanya perkongsian pengalaman
dan pemerhatian saya tiada kena mengena dengan yang hidup atau yang sudah
meninggal dunia. Terima kasih.
Comments
Post a Comment
....have a nice day..