CIRI-CIRI KETUA YANG BAIK

Ketua atau pemimpin adalah seorang yang terpilih di kalangan kelompok atau wakil-wakil. Seseorang ketua tanggungjawabnya sangat berat. Pemilihan seorang ketua di dalam kumpulan atau organisasi sangat rumit. Apatah lagi apabila ia memerlukan seorang ketua yang pantas membuat keputusan. Ketua yang telah tdipilih adalah sokongan majority. Namun terdapat juga ketua yang melantik dirinya sendiri berdasarkan gerak hati sendiri. perjalanan seorang ketua di dalam kumpulan ibarat tukul dan pahat. Tanpa tukul masakan pahat bergerak sendiri dan tahu arah yang hendak dibentuk. Begitulah ibaratnya seorang ketua yang tidak bijak merancang tmaka setiap rnacangan yang disusun mungkin hancur ditengah jalan atau hanya dibibir semata-mata.

Ketua di dalam kumpulan, hendaklah aktif dan mahir dengan tugas yang diberi. Sekiranya dia tidak tahu tugasnya saya pasti anak buahnya juga mengalami nasib yang sama. Ibarat mana tumpahnya kuah kalau tak ke nasi. So, apa yang penting ketua itu aktif mencari jalan penyelesaian dan tahu arah yang dituju. Keluhan hanya akan merapuhkan lagi kumpulan tersebut.

Selain daripada itu, ketua juga hendaklah bijak dan kreatif. Setiap masalah yang dihadapi mungkin sahaja tidak ditanggani dengan cermat sekiranya ketua tersebut tidak panjang akal.

Ketua seharusnya mendengar masalah ahli dan berkongsi idea untuk menyelesaikan setiap dilemma di dalam organisasi. Apabila ketua ‘syok sendiri” maka ahli secara tidak langsung lalai dan mula melakukan kerja masing-masing. Sekiranya ada masalah, ketua yang baik seharusnya duduk semeja dan menasihati. Ketua tidak seharusnya mengejek atau memburukkan pekerjanya kepada pekerja yang lain. Etika yang tidak professional akan menjejaskan reputasi ketua itu sendiri.

Seorang ketua juga hendaklah tidak mementingkan diri sendiri. Cek diri anda, adakah anda seorang ketua yang mementingkan diri sendiri atau mementingkan prestasi kumpulan anda. Sekiranya anda bekerja anda tidak tergolong dalam kumpulan ini TETAPI sekiranya anda ialah seorang ketua  dan sedang bekerja keras untuk meningjatkan nama anda namun SEBENARNYA  anda adalah pasukan sangat mustahil untuk anda mengecapi matlamat anda. Percayalah, setiap usaha yang di lakukan untuk kepentingan diri sendiri sehingga menjatuhkan atau meluoakan usaha rakan yang lain, anda telah melakukan kesilapan. Balik rumah dan periksa diri anda.

  1. Adakah anda disukai oleh rakan anda?
  2. Adakah kawan disekililing ikhlas mengenali anda?
  3. Adakah anda pernah diajak oleh kawan-kawan diorganisasi keluar berjalan atau makan bersama selain daripada anda yang memulakannya dahulu?
  4. Adakah anda sedar TINDAKAN anda sehingga ke hari ini?


Sekiranya jawapan kepada semua soalan ini YA, anda telah menipu diri sendiri.  Namun sekirannya anda sentiasa diselilingi dan di sokong oleh ahli dalam kumpulan walaupun anda tidak sehebat ketua dari jabatan yang lain, andalah pilihan mereka. Andalah yang akan mewakilkan mereka dan mempertahankan setiap gerak geri kumpulan anda. Ini adalah ciri-ciri ketua yang berikut:

  • Sentiasa di damping oleh rakan sekerja.
  • Sentiasa berusaha membantu rakan sekerja menyelesaikan masalah mereka. (tidak riak dalam membantu rakan).
  • Sentiasa ada masa bergurau senda dengan kawan, walaupun “peak season” hampir tiba.. Ini menandakan, kita adalah aura positif dikalangan rakan sekerja yang juga positif. (andai negatif maka tiada seorang pun disekiling kita) Periksa sekitar anada.
  • Sentiasa dikunjungi oleh rakan yang lain untuk meluahkan pendapat atau meminta idea-idea yang lagi bernas daripada idea mereka.


Janganlan anda menjadi seorang ketua yang membuang masa rakan-rakan dalam kumpulan dengan sia-sia. Berusahalan berubah kea rah yang lebih positif dan usahlah mengambil hati atau bersikap hebat sekiranya anda tiada apa-apa.



So, terakhir, 

FIKIRKAN APA YANG SAYA ADA UNTUK AHLI KUMPULAN SAYA?

Comments

Popular posts from this blog

Ikhlas Tu Macamana?

Renungan ku renungan mu jua..siri 2

Ujian Itu Hanya Untuk Orang Yang Kuat