Kehilangan Orang Tersayang

Bismillahirrohmannirohim..

Assalammualaikum wbt..
Allohumma solli ala sayyidina muhammad wa'ala ali sayyidina muhammad..

Matian itu Pasti!












Baru-baru ini kita dikejutkan dengan tiga kematian orang yang saya percaya kita kenali iaitu, Adik Syahid anak kepada kumpulan nasyid terkenal Saudara Bazli Hazwan, artis dari Indonesia iaitu Allayarhamah Julia Perez atau nama sebenarnya Yuli Rachmawati dan yang terakhir atau mungkin bukan terakhir kematian di dalam bulan ramadan ini iaitu Allayarhamah Shea Rasol seorang blogger dan pengacara program TV.

Mula-mula kita sedekahkan Al-Fatihah kepada mereka dan semoga roh mereka dicucuri rahmat dan mendapat tempat yang tinggi dikalangan orang-orang yang beriman. Amiin. (al-Fatihah)

Apakah persamaan ketiga-tiga di atas adalah KANSER. Namun apa yang pasti, hanya Allah swt sahaja yang mengetahui tarikh kematian kita. Sedangkan ada di antara kita yang masih leka langsung tidak menginsafi apa yang telah dipertanggungjawabkan oleh kita pada hari ini.

Bila lagi ingin bertaubat?


Apa yang ingin saya kongsikan di sini adalah, saya juga pernah mengalami kehilangan orang yang kita sayang. Sesiapa pun bisa kita sayang, namun apa yang saya maksudkan disini adalah pasangan hidup atau bakal menjadi pasangan hidup. Saya pasti Chef Nabil yang sedang sedih sekarang sedang mengalami detik sukar menahan rasa rindu dan perit kehilangan orang yang dikasihi. Jika cinta itu  Lillahi taala kita kena redho. Dulu semasa kehilangan Allayarham Redza (Al-Fatihah) sebulan tidur bertemankan air mata. Setiap saat hanya teringatkan dirinya sahaja. Pelbagai persoalan yang timbul..seakan tidak redho dengan takdir yang telah Allah SWT tentukan.

Allah SWT mengetahui apa yang terbaik untuk hambaNya. Allah SWT lebih menyayangi hambaNya berbanding kita ini insan biasa.

Hanya SABAR sahaja menjadi peneman..
Berteman DOA yang tidak akan putus..
Hanya MEMORI TERCIPTA sahaja yang mampu dikenang..
Berteman ZIKRULLAH mencari ketenangan..

Kita mesti menerima takdir hidup ini.. Memang tersangat sedih namun kesedihan itu akan berlalu pergi seperti angin malam. Kuatkan semangat dan teruskanlah perjuangan. Ingatlah sayangnya kita pada dia sayang lagi Allah SWT Sang pencipta kepada hambaNya.








Comments

Popular posts from this blog

OLIMPIK 2012 DI LONDON

Santai di rumah sebab PKP (Covid 19) (SIHIR 1/2)

Cemburu