Kena Reject

Assalammualaikum wbt,

Baiklah topik kali ini sadis sedikit. Seperti tajuknya Kena Reject. Bukan sy yg rejek orang. Tapi saya yg direjek. Alololo kesiannya.

Okay ini story tahun 2012 ya. Ada sedikit lucu di sini. Time ni sy kerja dgn syarikat swasta di kota kinabalu. Then, sy lupa macamana saya boleh kenal dengan mamat dari Sarawak ni. Namanya bermula dgn H bekerja dia KDN. So diawal perkenalan biasala sesi temuduga berjalan serius.. Haha temuduga yg memakan masa dua ari okayyyy.

Then H ni tanya mcm2 soalan. Dan sy manusia yg tidak akan bg info dgn detail. Perkenalan ni mesti jujur... Yeee taak!! Tapi jangan harap lelaki pun JUJUR sama!! hahaha.

Ok skg part kerja.

Sidia ni ingin mencari life partner yang berkerjaya serta bijak pandai..(jgn harap phd suka org biasa2 mcm u kiikuikuii). Coz tengok dari cari mesej sangat ketara mencari yg begitu.

So pendekkan cerita, part kerja ni sy ada keberanian untuk jujur. Sy kerja dgn syarikat swasta. Sebab sy memang kerja dgn syarikat swasta tiada masalah sy nampak disitu..yee takk!!

Then u all tau apa yg berlaku?????

Jeng ...jeng.... jeng...

Boleh2 dia cakap dia mau cari calon isteri yg kerja dgn KERAJAAN sahaja. adoiiiii lucu sedikit ya. Sy tiada pun cakap suka dgn dia dan mau kawin dgn dirinya yg telah memiliki sebaik-baik pekerjaan itu. <••> fenin fenin

Sy suda kena REJEK.!! Hebat tidak. Sebab sy tidak kerja dgn govt. Kahkahkah... 

Yg lagi lucu dia cakap dia pakai exora. Coz saya hanya Saga BLM. Hello boss proton ba pula dua dua ni. (Gosok mata jap) bukan pun import. Padahal sy lagi awal beli saga drpd u. Huhuhu

Aduhai insan kita patut bersyukur di mana pun kita bekerja, Allah SWT suda tetapkan bahawa itulah rezeki kita. Kenapa perlu memandang rendah? Apa alasannya? Bnyk haiwan yg melatah dan suka cakap besar, maka dari itu kita tidak boleh sama seperti haiwan yg tidak ada akal.

Then baru-baru ini saya ternampak pula post fb dia yg kesunyian dan mencari jodoh. Kuang kuang kuang.. Masa H ckp begitu dgn sy duluuu sy telah mendoakan sesuatu untuk dirinya. Mudah-mudahan doa saya tidak makbul. Kerana setiap makhluk berhak untuk bahagia.

Sy harap H segera bertemu jodoh dan berhenti kecam orang yg berkerja dgn syarikat swasta. Doa org yg dizalimi makbul tau. Rezeki Allah SWT luas ada di mana2.. ingat kah doa Dhuha? Allohumma in kana rizki fissamai faanzilhu wainkana fil ardhi faakhrijhu  seandainya rezeki di langit turunkanlah sekiranya rezeki dibumi keluarkanlah. Dan sambung la ya sehingga habis....

Inila antara doa saya setiap pagi. So di mana khilafnya kerja dgn swasta tidak layak bahagia dan sentiasa menderita? Astagfirullah. Cuba bayangkan jika Allah SWT tarik rezeki tu? Sedihkan.

Lihat ni: Burung terbang sejauh yg mungkin meninggalkan anaknya demi mencari rezki ..anak disangkar ditinggalkan tidak tau pulang dapat cacing ka tidak. Lihat ba, burung pun berusaha ke sana kemari. Burung tau pasti ada rezeki utknya cuma yg diperlukan usaha sahaja.

Saya meminta dilimpahi rezekinya Allah SWT, dan Dia Allah swt suda memberi. Maka bersyukurlah. Alhamdulillah..

Sekian itu sahaja. Tiba2 teringat pengalam lucu di rejek dan alasan tidak berasas.

Comments

Popular posts from this blog

OLIMPIK 2012 DI LONDON

Santai di rumah sebab PKP (Covid 19) (SIHIR 1/2)

Cemburu