Skip to main content

Makna Cinta

Assalammualaikum wbt.

Allohumma solli ala sayyidina muhammad wa ala ali sayyidina muhammad.

Apa itu cinta?
Lain orang lain tafsirannya. Saya yakin setiap kita memberi makna yang berbeza untuk CINTA.

Pada pandangan saya..CINTA pada dasarnya melibatkan perasaan yang terdalam. Apa itu perasaan terdalam?

Perasaan yang ada naluri untuk sama-sama saling memiliki dan saling memerlukan. Jika tidak ada perasaan terdalam bagaimana boleh dua jiwa bertamu? Bukan bertemu ok.

CINTA lahir saat jiwa kosong. Kenapa KOSONG? Sebab tidak ada yang mengisinya. Jiwa yang kosong memerlukan pemimpin yang boleh memandunya.

Jangan tanya SIAPA pemimpin itu. Sebab kita semua tahu..kita adalah bertanggungjawab ke atas setiap perbuatan kita. Baik bertemu dengan  pemimpin yang betul ataupun salah.

Cuba duduk antara dua sujud dan istighfar 3 kali. Masa istighfar tu kenang silap kita.. dalam pada itu percayalah hati kita tenang seketika... Ingat jangan tuding jari blame sana sini. Kenang silap diri sendiri dulu...orang yang kita tuding jari itu belum tentu sedang bersenang lenang sekarang apa yang penting kita tenangkan jiwa kita seketika. Cari silap dalam diri bukan pada orang lain..muhasabahlah!

Nasihat dan cadangan saya... Juga pesanan untuk diri sendiri yang selalu khilaf ini..kita carilah pemimpin yang cintanya hanya kepada Allah swt dan rasul. Kerana jika CINTA diletakkan atau dinilaikan seumpama intan, permata, zamrud atau berlian..pasti hilang! Jika di dadanya hanya ada Allah swt dan rasul..inshaallah selamat dunia akhirat.☺

#Tips cari pasangan hidup!  Jangan cari yang hatinya ada matcam2 taman
...tapi carilah hati yang ada.....IMAN.

Cinta pada saya simple saja. Iaitu apa yang saya sudah luah di atas. Itulah cinta.

Comments

Popular posts from this blog

Ikhlas Tu Macamana?

Ikhlas? Hurmmm..kalau ikhlas...
Tidak perlu ungkit !
Tidak perlu uji itu ini!
Tidak perlu soal selidik kenal berbulan2 akhirnya tidak kemana... akhirnya ditinggalkan begitu sahaja sebab tiada persefahaman.Inilah kategori tidak ikhlas.😧Jika kita ikhlas berkawan, kita akan terima siapa dirinya sebenar. Tidak ada istilah nasib baik baru kenal biasa2 saja. Kalau kita rasa baru kenal sedikit pasal org tu. Belum tentu org tu pun sama. Kita tidak tahu apa harapan dan doanya. Kita tidak tahupun yg sidia tu entah di kirim Tuhan utk kita(mcm drama pula) atau hanya ujian dari Tuhan.Waspadalah dengan hati ciptaan Allah swt.
Hari ini kita menduga hati orang..lain hari diri sendiri yang akan mendapat ujian pula.
Barulah ko rasa betapa sedihnya dibuat begitu. Kalau setakat ayat "single selamanya aku tidak kisah" ....baik hati-hati.Jika dipanjangkan usia kita, insha Allah..
Siapalah yang akan menjaga mu dihari tua mu...?Jika anak sedara ko tinggalkan sejuta harta pun kalo mereka berkomi…

Mencari ubat

Assalammualaikum wbt..Adoii sengsaranya menanggung luka bekas post-op ni..😧Apa ya ubat yang terbaik supaya kulit slps operation tu tidak meninggalkan kesan yang buruk? Kemarin STO ok saja..tertutup rapat.
Dressing pagi tadi adoiii terbuka pula lapisan kulit paling atas tu. Abis nampak isi 11 inci bekas jahitan tu..😧😧😧
17hb Dec 2018 ada lagi next appointment. Harap2 keputusan biopsy tu tidak ada apa2 yang buruk. Ya Allah semoga semuanya baik-baik sahaja. Saya tidak sanggup lagi cucuk sana sini dan bermalam dalam wad. Pengalaman seminggu tu ngeri oooohhh... berat turun mendadak akibat sakit yang menyerang. Semoga semuanya Ya Allah baik2 sahaja. Ya Allah andai sakit ini terbaik untuk ku,
Maka aku redho.Jika Ya Allah, sakit ini membuatkan aku semakin dekat kepadaMu, Aku redho.Namun jika sakit ini ujian buatku, maka Engkau kuatkan aku untuk menempuh ujian ini Ya Allah.Tiada dayaku..aku hamba Mu yang lemah dan sentiasa mengharapkan pertolongan dariMu..amiin amiin amiin Ya Rabb.

Risau

Assalammualaikum.Hurmmm ibu mana yang tidak sedih melihat anaknya balik2 masuk wad cucuk jarum sana sini. Ubat segala macam...Hebat dan besarnya jiwa seorang ibu!
Ibu melahirkan..
Dgn hrpn ank sihat hingga penghujung usianya.. Namun siapalah kita utk menghukum takdir.Kita hanya perlu terima dgn hati yg terbuka. Berlapang dada yakni redho.
Aturan Sang Pencipta lagi hebat drpd kehendak kita. Allah swt lagi mengetahui yg terbaik buat  hambaNya. Sy turut simpati dgn nasib mama yg terpaksa menjaga sy 24 jam tanpa henti. Ibu mana yg tidak risaukan apabila anak2 sakit..Sy hanya berharap ia tidak mengambil masa yg lama..inshaAllah sy redho. 😊