Kasih Sayang
Assalammualaikum wbt..
Topik saya kali ini adalah KASIH SAYANG. Ini adalah pandangan peribadi saya..kalo anda anda dan anda tidak setuju sila abaikan saja entri saya ini.
So, apakah maksud KASIH SAYANG? pada pandangan saya maksud KS (kasih sayang) tidak sama dengan kata berkasih sayang. KS ini satu perasaan yang lahir dari hati yang terdalam.
Contoh: KS seorang ibu kepada anak. Itu adalah sejak azali.
KS di antara hubungan suami isteri dizahirkan. Maksudnya saling kasih mengasihani. Jika tidak ada perasaan KS, institusi perkahwinan tidak akan terbentuk. Ditumbuhi dengan bibit cinta menjadikan ia satu perasaan yang saling memerlukan.
Cinta tanpa jiwa ibarat tengkorak tidak berdaging. Tengkorak yang bergerak..kosong..tidak ada daging atau tubuh menyaluti tengkorak itu.
Begitu juga dengan cinta. Jika tidak ada perasaan kasih sayang bagaimana kita hendak zahirkan perasaan itu? Just cakap CINTA tapi jiwa kosong. Jiwa itu salah memilih CINTA yang tidak wujud KS di dalamnya.
Oleh itu, cuba tanya pasangan masing-masing. Apa erti kasih sayang yang sebenarnya pada pandangan mereka.. jika jawapan ada menyebut JIWA & CINTA yang lahir untuk saling memerlukan atau memiliki dan melindungi nah itulah pasangan yang tepat.
Jika jawapan hanya cinta atau 143 (I Love You).... maka hati-hatilah..sebab cinta boleh hilang, pudar.
Kasih sayang itu penting. Kita rasa ada orang yang melindungi diri kita. Kalo sampai hilang kasih sayang itu nampaknya tiada jodoh la. Ingat 4 perkara yang bukan dalam kawalan kita.
Jodoh, Ajal, Rezeki,
Mau tahu cara mendapatkan jodoh yang terbaik antara terbaik?
Jodoh yang diidam-idamkan atau soul mate yang sanggup menerima segala kekurangan diri kita?
Jum sama-samalah kita mengajak diri kita berubah ke arah yang lagi baik. Pernah dengar pepatah ini? Jodoh yang baik untuk orang yang baik.
Selagi belum feel telah melakukan yang terbaik, jadi jangan putus asa untuk terus melakukan kebaikan. Buat lagi kebaikan dan kebaikan yang lain. Setiap kebaikan itu ada ganjarannya. Ikhlas dan redho dengan setiap perbuatan kita akan mengajar kita erti hidup yang sebenar.
Jum mulakan diri kita dengan belajar mencintai Allah swt dan Rasulullah saw. Jodoh yang baik itu cintanya hanya satu. Iaitu kepada Allah swt dan Rasulullah saw.
Cara berdoa mendapat jodoh yang baik-baik itu macamni..(ini contoh doanya yang saya pun amalkannya, supaya dihadirkan seorang kekasih yang terbaik) Ya Allah, Engkau kurniakanlah kepadaku seorang kekasih yang cintanya hanya kepadaMu dan Rasul Mu agar ia dapat membimbing diriku dan zuriatku supaya selalu berada di dalam agamaMu..amiin.
Kenapa cari lelaki yang cintanya hanya kepada yang Hak dan kepada kekasihNya? Nanti kita sambung ya..kejap lagi masuk waktu solat isyak saya mau solat..assalammualaikum wbt....
Comments
Post a Comment
....have a nice day..