Ikhlas
Assalammualaikum wbt.
Topik mlm Jumaat ni ialah IKHLAS.
Tuan2 tau ka maksud ikhlas ni apa?
Pernah ikhlas ka tuan2 puan2 yg sdg membaca ni?
Ikhlas buat apa sahaja..?
ikhlas tolong org ka..?
ikhlas menderma ka...?
ikhlas mengajar ka...?
ikhlas menegurka..?
Pernah ka tuan2 rasa diri tu suda cukup ikhlas atau belum?
Susah tau..oleh itu, didiklah diri tu perlahan2.. ikhlas memberi, ikhlas menerima.. 😊
Kita ni kadang2 suda memberi sedikit suda mula bangga dengan pemberian sedikit itu. Riak dan sombong...itulah konco syaitan..
Astahfirullah al aziim..
Saya skg sdg mendidik diri dengan ikhlas.. sdg mendidik hati ini agar tidak riak.. jum la kita sama2 renung.
Suda cukup ikhlas ka aku ini?
Ikhlas tu apa? Tanya diri balik...
Apa rasanya jika benar2 ikhlas menghalalkan sesuatu?
Bagaimana pula rasanya jika tidak ikhlas?
Berbezakan tuan2 dan puan2...
Ya Allah..aku pun sdg bljr ilmu ikhlas ini.. terlalu berat sehingga setiap hari menjadi mainan dibenak fikiran ku.
Ya Allah bantu hamba Mu ini Ya Allah..pelihara hambaMu ini Ya Allah...
Ya Allah aku penah lalai aku penah melakukan dosa. Aku kini taubat Ya Allah..aku takut esok aku mati dan tidak sempat memohon keampunan Mu Ya Allah..
Jadila kita tergolong di dlm insan2 yg sentiasa memohon hidayah dan petunjuk dariNya. Jgn la kita rasa sombong dan riak dgn apa yg kita ada skg. Dunia ini sementara sahaja..keseronokan itu sekelip mata sahaja..waspadalah!
Semoga posting ini memberi teguran dan keinsafan kpd diri yg hina ini dan hidayah untuk pembaca yang lain.
Hanya Allah SWT Tuhan yg disembah dan hanya kepadaNya kita berserah..amiin ya rab...
Comments
Post a Comment
....have a nice day..